Gambar hiasan hasil carian Google.
Terlebih dahulu saya minta maaf jika ada yang terasa hati dengan entri saya ini. Saya tidak langsung berniat untuk menyakitkan hati sesiapa. Tiada nama sesiapa pun saya sebut.
Tahniah kepada mereka yang mendapat gelaran Dato' baru-baru ini. Tentulah banyak jasa bakti yang telah dicurahkan hingga mendapat pengiktirafan sedemikian tinggi.
Kebanyakan kenalan saya yang menerima darjah kebesaran ini tidak menghebahkanya kepada umum. Cuma keluarga dan rakan rapat sahaja yang tahu. Kita cuma tahu bila ada kenalan rapatnya beritahu atau terlihat nama atau gambarnya keluar kat surat khabar.
Bagi yang sudi berkongsi kegembiraan dengan rakan-rakan mereka, kadang-kadang lucu juga membaca ayat yang mereka gunakan dalam fesbuk, wasap atau sms mereka.
Saya pernah terjumpa dalam fesbuk, wasap atau sms tulisan seperti berikut ..
1. Beritahu yang dia baru dapat Dato' buat kali pertama.
"Alhamdulillah syukur dan terima kasih banyak-banyak kerana berkat doa sahabat semua saya telah dianugerahkan gelaran Dato' sempena keputraan Sultan Negeri Antah Berantah baru-baru ini".
(Sepanjang ingatan saya, tak pernah pun doakan dia dapat Dato')
2. Beritahu dia dah banyak kali dapat Dato'.
"Setelah 7 kali saya mendapat gelaran Dato' dari pelbagai negeri, inilah kali pertama saya menerimanya tanpa ditemani oleh isteri tersayang kerana beliau terpaksa dimasukan ke hospital malam tadi kerana diserang sakit batuk dalam perut"
(Nasib baik dia beritahu. Kalau tidak saya ingatkan dia baru 6 kali dapat Dato')
Paling buat saya tersenyum ialah peristiwa hampir 10 tahun yang lalu. Ada seorang pegawai khas menteri dapat gelaran Dato'. Umur dan gred jawatannya jauh lebih rendah dari saya. Saya pun tak pasti macamana nak panggil dia sebab sebelum ini saya panggil dia nama atau awak sahaja dan dia pula memanggil saya encik. Lalu saya tanya dia ..
"Kena panggil dato' juga ke"
Nak tahu apa dia jawab ?
"Saya tak kisah. Cuma bimbang Tuanku murka nanti".
Dalam hati saya terketawa. Tapi ada juga betulnya. Sebab penat-penat je tuanku bagi darjah kebesaran tapi orang tak hormat.
Sekali lagi saya minta maaf kepada yang terasa. Tiada langsung niat saya nak mempersenda cuma saya gemar memerhati gelagat manusia. Lagipun apa yang mereka tulis atas cakap itu tidak ada yang salahnya, cuma saya sahaja yang gatal-gatal tangan buat entri ini.