Tuesday, October 20, 2015
KERETA TERPAKAI MILIK SIAPA ANDA MAHU BELI ?
Saya suka tengok iklan kenderaan untuk dijual di applikasi Mudah.my atau Motor Trader kat henfon. Hari-hari mau tengok, walaupun sekejap. Sambil tengok sambil berangan-angan. Macam ketagih pulak. Memang saya ada bercadang nak tukar kereta kerana kereta sekarang dah berusia lebih 10 tahun dan sering terbatuk-batuk. Insuran pun dah kena "loading".
Saya tertarik dengan bahasa dan teknik pengiklanan yang dibuat oleh para penjual. Selain dari menceritakan kebaikan dan kehebatan kenderaan yang ingin dijual, ia juga turut menyatakan siapa pemiliknya. Antara pemilik yang sering saya lihat dinyatakan ialah milik seorang wanita, doktor, dato'.
Saya pun tak pasti adakah kalau kereta itu dimiliki oleh doktor misalnya, ia mesti kereta yang sihat. Apakah kalau kereta yang dimiliki oleh seorang Dato' itu, tak pernah alami kemalangan.
Dan saya lagi tidak pasti mengapa pengiklan menyatakan milik serang wanita ?
Saya nak tanya, kalau anda nak beli kereta terpakai, kereta milik siapakah pilihan anda ?
a. Wanita,
b. Doktor,
c. Dato' (atau Tan Sri).
d. Lain-lain ( eg.Imam, Mudim dsb)
Entri ini berkaitan dan saya sangat syorkan untuk di baca walaupun penulisnya bukan seorang Dato'.
Labels:
entri saja saja,
lawak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Betul.. selalu ikan begitulah trendnya.
ReplyDeleteTapi kalau boleh kakak tak nak beli kereta terpakai
Biar kereta baru walaupun kancil tidak mengapa.
tapi kereta baru pun selepas kita pakai akan jadi kereta terpakai juga .. bukan selama-lamanya baru.
Deletepengalaman dengan kawan-kawanlah kalau nak beli kereta cari yg owner sebelum ni perempuan. perempuan pakai cermat. elok je. hihihi.
ReplyDeleteada betul dan ada tak betulnya kerana ada juga pemandu perempuan yang nak tambah air bateri pun tak tahu. hehe.
DeleteAda orang kata tenguk meter berapa lama dah jalan ikut tahun dibeli tapi kalau meter milege dah rosak emmm tak boleh kira juga. Ada kata tenguk tuan punya jika tuannya perempuan bagus sebab tak lasak sangat... emm tak boleh juga sebab kadang orang perempuan tak tau dari segi kenderaan punya keperluan main hentam saje... bila rosak hantor bengkel. Dan kadang pemandu perempuan pun lasak juga bawa kereta. hehehehe Kalau tuannya Datuk mungkin ada kelebihan kut sebab dari segi pengendalian mesti tip top sebab penting jaga status dia sebagai Datuk. emmm akhirnya pada saya terpulang le Pak ngah... itu pendapat saya sahaja.
ReplyDeletelucu juga bila baca ulasan awak tentang pemandu perempuan ini. sungguh jujur, Pak Ngah setuju kalau beli kereta Dato' yang kaya dan banyak kereta kerana setiap kereta dijaga dengan baik dan tak banyak berjalan.
DeleteAda orang kata, kalau nak beli kereta, cari kereta orang tua sebab orang tua tak lenjan kereta.. Tapi ada juga berpendapat, kalau nak beli kereta, beli kereta orang muda, pasal orang muda jaga kereta dengan rapi..
ReplyDeletesaya tak kisah sangat .. asalkan bila test drive rasa ok, saya akan beli .. nak begantung pada mileage pun masa ini bukan boleh percaya sangat, banyak tipu.
Delete