Wednesday, November 30, 2016
Monday, November 28, 2016
ADAKAH ANDA TAHU SIAPA PEMINAT SENYAP ANDA ?.
Sekali sekala bila ada sedikit masa terluang, saya suka tengok siapa yang melawat blog saya. Saya tahu mereka melawat walaupun mereka tak meninggalkan jejak (komen) tapi saya dapat menjejaknya.
Bila saya susul ke blognya, saya dapati blog saya tersenarai dalam bloglist dia. Hati kita pun berbunga-bunga gembira. Rasa satu kepuasan kerana ada orang meminati tulisan kita secara diam-diam tanpa kita sedari.
Saya dapati ada pelbagai nama menarik untuk tajuk bloglist masing-masing. Antaranya:
Mereka yang dekat dihati
Favourite bloggers
Handai Taulan
Mencari Keharuman Di Sini
Situlis satu
Mereka Manusia Ohsem.
Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih secara terbuka kepada anda yang telah sudi meletakkan blog saya dalam bloglist anda. Kemurahan hati anda berbuat begitu itu sangat bererti bagi saya dan saya amat menghargainya.
Bila saya susul ke blognya, saya dapati blog saya tersenarai dalam bloglist dia. Hati kita pun berbunga-bunga gembira. Rasa satu kepuasan kerana ada orang meminati tulisan kita secara diam-diam tanpa kita sedari.
Saya dapati ada pelbagai nama menarik untuk tajuk bloglist masing-masing. Antaranya:
Mereka yang dekat dihati
Favourite bloggers
Handai Taulan
Mencari Keharuman Di Sini
Situlis satu
Mereka Manusia Ohsem.
Peminat Senyap 1: Mereka Yang Dekat Di Hati.
Peminat Senyap 2: Favourite Bloggers.
Peminat Senyap 3: Handai Taulan.
Peminat Senyap 4: Mencari Keharuman Di Sini.
Peminat Senyap 5: Si Tulis Satu.
Peminat Senyap 6: Mereka Manusia Ohsem.
Friday, November 25, 2016
RASA SEBIJI RAMBUTAN DARI SEBATANG POKOK SERUPALAH DENGAN MERASA SEMUANYA.
Gambar hiasan hasil carian Google.
Kita melihat sepohon rambutan yang lebat berbuah dan sedang masak ranum, lalu kita ingin merasa buahnya. Kita pun petik sebiji dari satu dahannya yang banyak. Kita merasa isinya cukup manis. Lalu perlukah kita mencuba setiap biji dari setiap dahan untuk mengetahui rasa buahnya yang lain-lain?
Adakah peraturan zakat sahaja yang baik tetapi peraturan yang lainnya kurang sesuai dengan kita ?
Siapkah kita yang hendak menentukan mana perintah Allah yang baik dan mana yang tidak, sedangkan diri kita sendiri Dia yang menjadikannya dan Dia juga yang memberi rezeki?
Wednesday, November 23, 2016
Friday, November 11, 2016
MENGUTAMAKAN ORANG LAIN DALAM IBADAT, BUKAN TINDAKAN YANG TERPUJI.
Satu daripada kaedah Fiqh.
Sebagai orang Islam, ada dua kewajipan atau fardhu yang harus dilaksanakan. Pertama Fardu 'Ain dan kedua Fardhu Kifayah. Semua orang tahu apa dia.
Cuma saya nak bahas sikit tentang kekeliruan sesetengah orang tentang pelaksanaan fardhu 'Ain. Kadang-kadang kerana terlalu ingin berbudi bahasa atau semata-mata kerana jahil, kita telah memberi salah keutamaan. Fardhu 'ain tertanggung ke atas diri kita sendiri melaksanakannya. Tidak boleh diwakilkan. Bila cukup syarat atau sampai waktunya, kita perlu lakukan, kecuali dalam beberapa situasi tertentu yag memerlukan perbincangan lebih lanjut di kesempatan yang lain.
Kalau tidak sia-sia sahaja amalan kita ataupun mungkin mendapat dosa pula. Dalam hal salah memberi keutamaan ini, saya kerap perhatikan dua tindakan kita yang saya rasa kurang tepat. Pertamanya yang paling biasa saya lihat ialah, bila kita beria-ia mempersilakan orang lain maju ke saf pertama semasa hendak sembahyang berjemaah sedangkan ruang yang kosong itu betul-betul di hadapan kita. Sepatutnya kita yang ke depan mengisi kekosongan itu kerana ganjaran untuk orang yang berada di saf pertama tentulah lebih besar dari saf kedua dan seterusnya. Tak kisahlah orang yang kita persilakan itu lebih tua atau lebih tinggi pangkatnya dari kita. Akan tetapi jangan pulak sampai bertarik atau bertolak-tolak berebutkan tempat di saf pertama.

Sebagaimana saya katakan tadi, kedua-dua tindakan itu adalah baik atau terpuji dari segi budi bahasa dan budaya akan tetapi tidak menepati kehendak syarak sebenarnya. Itulah yang dimaksudkan dengan petikan di atas iaitu "Mendahulukan orang lain dalam ibadah, DIBENCI (makruh). Namun dalam masalah lain DISUKAI".
Wallahua'lam. Saya bersedia diperbetulkan.
.
Wednesday, November 9, 2016
Monday, November 7, 2016
GELORA MENUNGGU.
Gambar hiasan hasil carian Google
Tidak ada manusia yang suka menunggu atau tertunggu-tunggu.
Malangnya tidak ada sesiapa yang boleh terlepas dari merasai gelora dan resah gelisah ketika menunggu samada si kaya atau si miskin, tua atau muda, raja atau rakyata biasa.
Cuma apa yang ditunggu mungkin berbeza. Contohnya, ada orang tunggu hari nak siang sebab nak segera lepas gian bermain golf, atau nak pergi pertandingan memancing, nak kutip durian, menunggu di luar bilik untuk menghadiri temuduga dan bagi suami menunggu isteri bersalin.
Pokoknya semua orang pasti pernah merasai resah menunggu. Yang paling memeritkan ialah ketika menunggu dalam kesesakan lalau lintas dan kita pula perlu segera sampai ke destinasi.
Jadi kalau ada persamaan antara sesama manusia mungkin salah satunya ialah bagaimana rasanya resah gelisah ketika menunggu.
Friday, November 4, 2016
DARI FESBUK # 7: RAHMAT SAKIT LUTUT.
Gambar hiasan hasil carian Google.
Dulu kita jarang bertakbir dan bertasbih. Kemudian kita sakit lutut. Setiap kali anak tangga kita naiki, kita mengucap Allahuakbar kerana menahan sakit. Setelah bertahun-tahun berubat dan kita hampir putus asa, kita pun sembuh spt sediakala. Maka air mata pun bertetesan sambil mengucap Subhanallah setiap kali kita menaiki anak tangga kerana sangat bersyukur atas kepulihan sakit lutut kita.
Sesungguhnya sakit itu tanda sayang Allah pada kita. Sakit itu membuat kita makin menghampiri dan lebih kerap menyebut-nyebut namaNya. Benarlah sakit itu adalah sebagai penebus dosa.
Subscribe to:
Posts (Atom)