Saturday, November 23, 2013

APA YANG SAYA MAKAN DI BUKIT TINGGI DAN PADANG.

Alhamdulillah percutian kami di Bukit Tinggi dan Padang selama 4H3M, sangat mewah dengan makanan dan minuman. Dan masakan Padang atau Minangnya sungguh kena dengan selera saya. Semuanya sedap, tiada yang tidak sedap melainkan semuanya sedap belaka.

Berikut adalah beberapa keping gambar makanan dan minuman yang sempat saya ambil beserta sedikit ulasannya.

 
 
Gambar 1: Minum pagi di rumah makan (restoran) Lamun Ombak. Saya  minta jus avocado (pokat) dengan mee goreng. Saya tak rekomen mee gorengnya tapi jus avocadonya terbaik.


Gambar 2: Makan tengahari di rumah makan Pak Datuk dalam perjalanan dari Padang ke Bukit Tinggi. Mak datuk sodap ea !

 

Gambar 3: Makan malam di rumah makan Gon Raya, Bukit Tinggi. Banyak lauk yang tak habis walaupun kita telah sedaya upaya mencuba menghabiskannya.



Gambar 4: Kuih lempeng (bika) pisang dan kelapa yang di bakar menggunakan pembakar seperti gambar 5 di bawah.


Gambar 5: Gambar dapur untuk memasak bika.


Gambar 6: Makan malam pada malam ke dua di Rumah Makan Sederhana.


Gambar 7: Makan tengahari di Rumah Makan Pondok Flora yang terapung di tengah sawah. Lebihan makanan kita dibuang ke dalam kolam dan disambut oleh ikan yang dipelihara di dalam kolam tersebut.


Gambar 8: Pertama kali saya merasa makan tapai ubi yang di goreng. Dengarnya kat Malaysia pun ada jual tapi saya belum pernah berjumpa lagi.


Gambar 9: Pais ikan. Mungkin beribu-ribu anak ikan menjadi korban dalam bungkusan sebesar ini. Rasanya cukup enak, dan saya makan 3 bungkus di samping kuih-kuih yang lain.


Gambar 10: Minuman dari daun kopi dan kayu manis disediakan secara percuma. Minumlah setakat mana yang mahu.


Gambar 11: Menjadi duta produk lantikan sendiri  kerepek jering.


Gambar 12: Makan malam di Rumah Makan Palanta Minang di tepi laut di Padang. Ikan bakarnya yang panas-panas enak dimakan begitu saja. Tidak jauh dari situ terdapat deretan 'tenda ceper'. Kalau nak tahu apa itu 'tenda ceper' silalah Google kerana ada cerita yang menarik mengenainya.

 

 Gambar 13: Gulai tunjang ini ada dalam menu setiap hidangan kami sebagai permintaan khas, kecuali pada hari pertama.



Pastinya saya akan miss (tokinyam kata Orang N9) dengan jus pokat, ikan pais dan juga gulai tunjangnya. Baru balik seminggu pun, saya dah merancang-rancang hendak pergi lagi ke sana.

Berikut adalah gambar-gambar saya di hadapan Rumah Makan yang saya sebutkan sebelum ini.






 * Rumah makan = restoran.

Friday, November 22, 2013

JANGANLAH KITA TERLALU BANYAK MERUNGUT.

Tiga keping gambar di bawah adalah hasil carian Google yang menunjukan bahana taufan Haiyan yang melanda Filipina baru-baru ini.




Mungkin kita belum pernah rasa betul-betul hidup sengsara. Barangkali cuma ibu bapa atau nenek moyang kita pernah merasakannya semasa pemerintahan Jepun atau Bintang Tiga dahulu.

Mungkin kita belum pernah mengalami ketiadaan letrik berhari-hari. Barangkali kita juga tidak merasa ketiadaan air paip berminggu-minggu. Kita tidak biasa beratur tujuh lapan jam hanya untuk membeli setangki penuh minyak petrol untuk motor kita.

Sekarang cuba kita bayangkan apa yang sedang dialami oleh mangsa tiupan angin taufan Haiyan yang melanda Filipina kira-kira dua minggu lalu. Bukan sahaja mereka telah mengalami terputus bekalan letrik, air paip dan kekurangan bahan makanan tetapi juga kemusnahan tempat tinggal dan harta benda bahkan kehilangan nyawa ahli keluarga masing-masing.

Taufan itu boleh sahaja melanda negara kita kalau itu kehendak Allah swt. Oleh itu bersyukurlah kita kerana masih dipelihara oleh Allah dari sebarang mara bahaya kecuali mara bahaya buatan kita sendiri.


Wednesday, November 20, 2013

WW # 93: TIADA GEMBIRA DI HATI KERANA MAKNGAHNYA TIADA DI SISI.


Saturday, November 16, 2013

BUKIT TINGGI MEMANG BAGUS.





Bergambar dengan ahli kumpulan di hadapan  Pusat Domkumentasi Dan Informasi Kebudayaan Minangkabau, Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia.


Saya ke Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia selama 4H3M dari 12/11 hingga 15/11 dalam kumpulan seramai 6 orang. Balik ke Seremban tengahari semalam.

Sekarang baru terasa letih. Semasa di sana, terlupa badan ini sudah tua dan lutut sakit. 

Nanti saya cerita dengan lebih lanjut dalam entri akan datang bila sudah selesai memilih gambar dan ada kelapangan.


Setakat ini sahaja dahulu untuk update blog.


Saturday, November 9, 2013

ISTANO LAMO SONANTI.

Kali terakhir saya menjejejakan kaki ke sini adalah pada awal tahun 60an semasa menghantar abang sepupu masuk bersekolah agama di Istana ini yang dijadikan sekolah agama sementara.

Beberapa minggu lalu saya singgah lagi semasa dalam perjalanan balik dari menghadiri kenduri kawin anak besan kepada abang ipar saya. Itu pun abang ipar saya yang memandu kereta membawa saya singgah di sini. Kalau ikutkan saya, entahlah bila akan singgah lagi.

Istana ini sudah berusia melebihi 100 tahun tetapi masih megah berdiri walaupun ia dibuat dari kayu sepenuhnya tanpa menggunakan sebatang paku pun. Tidak seperti bangunan moden yang dibuat dengan konkrit, tetapi baru guna setahun dua sudah retak sana sini atau pun runtuh terus. Bahkan ada yang masih dalam pembinaan pun sudah ada yang runtuh. 

Sedikit petikan dari Wikipedia mengenai sejarah dan latarbelakang istana ini.

The Istana Seri Menanti, also known as the Istana Lama Seri Menanti, is one of the famous landmarks in Negeri Sembilan. It is a timber palace constructed between 1902 to 1908. Today, the palace has been turned into a royal museum. This four-storey building is special because it was constructed without using any nails.[1] Hardwood rods were instead used to piece the timber together. The roof of this palace represents a buffalo's horns. The buffalo horns are widely regarded as the protective symbol of the palace.
It has four floors and was officiated by Yang DiPertuan Muhammad Ibni Almarhuni Yamtuan Antah. The palace was designed by two local Malay carpenters, Tukang Kahar and Tukang Taib. This palace has 99 posts including four posts which were 67 feet long.

Saya kagum dengan keindahan senibinanya yang diilhamkan dan dibina oleh tukang Kahar dan Tukang Taib itu (bukan orang putih) dengan pembantu-pembantu mereka. Kalau di barat atau di negara-negara maju, mungkin istana lama ini menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Sayangnya nasib istana ini tidak seperti nasib istana lama Gyeongbokgung di Seoul, Korea Selatan yang pernah saya lawati.

 

Gambar 1: Pintu gerbang yang  meletakan lambang kebesaran diraja (Canggai Putri) di tengah-tengahnya. Mungkin ramai orang Negeri Sembilan sendiri tidak tahu apakah maksud lambang itu.

Gambar 2: Pintu gerbang  ke makam di raja.


Gambar 3: Istana dipandang dari hadapan.


Gambar 4: Istana dari sisi. Memang layak di panggil istana.


Gambar 5: Sudah penuh uban baru datang semula melawat.


Gambar 6: Pemandangan istana dari luar pagar.


Gambar 7: Sebuah kole sebagai ole-ole berlatarkan Restoran Warisan kat Terachi.

 

Gambar 8: Gambar meja santapan ini orang yang beri dan bukan saya yang ambil kerana dalam istana tidak dibenarkan mengambil gambar.

Pemerhatian dan komen.

1. Saya agak kecewa kerana banyak benda yang saya ingin tahu tapi tak ada keterangan bertulis dan nak bertanya pun tak tahu kepada siapa kerana tiada petugas kelihatan.

2. Keduanya saya agak bimbang dan juga berharap pihak petadbiran istana ini mempunyai SOP dan persediaan yang baik untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kebakaran.

Akhirnya terimalah serangkap pantun dari saya yang terbit dari pengalaman saya memandu dari Kuala Pilah ke Seri Menanti.


p/s: Orang Negeri Sembilan panggil Seri Menanti tu Sonanti.


Wednesday, November 6, 2013

WW # 92: PUNAH RANAH.










Monday, November 4, 2013

BUDAK UMUR 12 TAHUN SUDAH ADA PERANCANGAN UNTUK BERKAHWIN.



 Haiqal bergaya dengan skate boardnya.


Satu petang dalam kereta semasa perjalanan pulang dari mengambil Haiqal - anak bongsu saya dari sekolah, saya mengadu jari hantu tangan kiri saya sakit. Lalu dia bertanya ..

kenapa ayah ?

biasalah .. bila dah tua macam nilah .. mungkin tak lama lagi ayah akan jadi macam Wan. Jawab saya. Wan tu adalah panggilan dia kepada bapa mertua saya yang tinggal bersama kami sejak sekian lama. Dia sudah terlalu uzur dan terpaksa diuruskan segala-galanya oleh isteri saya.

tak tahulah ayah, Haiqal sanggup ke tidak jaga ayah macam Mak jaga Wan .. sambung saya untuk melihat reaksi dia. 

Dengan segera serta dengan nada yang bersungguh-sungguh dia menjawab ..

Iqal cadang kalau Iqal kawin nanti .. kalau isteri Iqal ada emak ayah dia lagi, Iqal minta dia jaga emak ayah dia dan Iqal jaga ayah dan emak. Kalau emak ayah dia dah tak ada, Iqal suruh dia jaga mak dan Iqal pulak jaga ayah.
Jawabanya panjang lebar.


Tiba-tiba saya kehilangan kata-kata.





Friday, November 1, 2013

MERAMU

Semalam saya draf pantun seperti di bawah; tujuannya untuk dimasukan ke dalam fesbuk Grup K-PAP yang saya jadi adminnya. Secara tak sengaja, saya tertekan publish; yang dihajatkan sebenarnya ialah save. Apa nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak tekan terimalah padahnya.

Oleh kerana sudah terlanjur, saya publish jugalah pantun tersebut dalam loghat Negeri Sembilan, kerana mungkin ada pembaca yang tercari-carinya semalam.

Oghang ko ulu moncaghi  rotan,
Dio ko ulu moncaghi sogo.
Oghang moghamu kek dalam hutan,

Dio moghamu kek Nilai tigo.

sogo = sejenis rotan.
moghamu (meramu) = mencari ramuan.