Kelmarin program lawatan kerja H20 (Hisyammuddin Tun Hussien Onn) ke Lavender Heights yang menjadi tempat tinggal saya sejak kira-kira 7 tahun lalu, telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada Dato' Abd Rahim Radzi (Ketua Setiausaha, Kementeri Dalam Negeri) yang memandu persiapan dan Rukun Tetangga, Lavender Heights serta penduduk Lavender Heights yang telah membantu menjayakannya.
Bila saya bangun pagi tadi baru terasa letihnyanya. Sebenarnya saya tidak ada apa-apa jawatan dalam Rukun Tetangga atau Surau tetapi sekadar kenalan lama kepada KSU yang dijadikan penghubung dengan Rukun Tetangga dan orang-orang kampung. Di tempat saya tidak ada Persatuan Penduduk. Pernah ada suatu masa dulu, tapi telah tidak bergerak sejak sekian lama.
Saya gemar memerhatikan karektor manusia dalam mana-mana komuniti semasa membuat persiapan dan juga pada hari langsung program lawatan orang kenamaan ke tempat mereka.
Antaranya:
1. Ada individu yang sebelum ini tak kisah nak campur orang, tetiba menjadi pak sibuk pada masa persiapan dan juga pada hari langsung, seoalah-olah majlis itu dia yang punya. Dunia .. dunia !
2. Ada individu yang tidak diundang dalam pertemuan tertutup kerana sikap mereka yang selalu 'anti-klimaks' dan gemar tunjuk pandai, tetapi dengan muka yang tidak malu, tetiba muncul lebih awal dari orang lain menyambut ketibaan orang kenamaan tersebut. Dunia .. dunia !
3. Dan sebagaimana biasa, ada juga bahkan ramai sebenarnya, mereka yang cuma bekerja senyap-senyap di belakang tabir dengan iklhas tanpa mengharapkan pujian dan publisiti. Mereka inilah yang mengubat hati saya bila berhadapan dengan gelagat orang-orang di nombor 1 dan 2 di atas.
Gambar 1: Kain rentang yang mengalu-alukan ketibaan H20 yang memberi harapan kepada penduduk agar sesuatu yang positif dan konkrit akan terhasil dari lawatan kerja singkat tersebut.
Gambar 2: Walaupun notis lawatan adalah amat singkat, namun atas komitmen dan bantuan dari Dato' Abd Rahim dan juga orang kuatnya Dato' Mohd Asri, segala-galanya menjadi mudah.
Gambar 3: Datin isteri KSU memberi macam kueh raya sebagai tanda terima kasih atas kunjungan H20 ke rumah beliau sejurus selepas sesi dialog hati hati ke hati secara tertutup dengan H20.
Gambar 4: YB Khairy Jamaludin (KJ) juga turut hadir. Beliau adalah juga MP bagi kawasan ini. Perempuan yang duduk itu, kalau tak silap macam Makngahnya.
Gambar 5: H20 memberikan ucapannya yang membawa kelegaan dan harapan kepada warga Lavender Heights yang sejak akhir-akhir ini diselubungi kebimbanghan akan keselamatan terutamanya harta benda mereka.
Gambar 5: H20 memberikan ucapannya yang membawa kelegaan dan harapan kepada warga Lavender Heights yang sejak akhir-akhir ini diselubungi kebimbanghan akan keselamatan terutamanya harta benda mereka.
Gambar 6: Sebahagian penduduk yang turut hadir dengan sabarnya menunggu ketibaan H20. Terima kasih semua.
Gambar 7: Kaum ibu yang banyak memberi sokongan moral, mengabadikan kenangan bersama dengan H20.
Gambar 8: Pengerusi dan penasihat RT Lavender Heights di barisan hadapan bergambar bersama H20 dan KSU.
Gambar 8: Pengerusi dan penasihat RT Lavender Heights di barisan hadapan bergambar bersama H20 dan KSU.
"SELAMAT MENERUSKAN PUASA DAN BERSEMBAHYANG TARAWIH"