Saturday, June 30, 2018

SELEPAS HAMPIR 50 TAHUN TAK JUMPA, INILAH RUPA WAJAH MASING2 SEKARANG.


Reunion bekas pelajar SMBT, Jelebu di Hotel Sri Kelawang - 3.6.2018.

Bila ada reunion menghimpun kawan-kawan sekolah kita yang dah 40-50 tahun tak bertemu, salah satu daripada 4 kategori berikut pasti ada tentang wajah kawan-kawan kita.

1. Dulu comel sekarang pun comel.

2. Dulu comel tapi sekarang dah tak comel.

3. Tak comel dulu tapi comel sekarang.

4. Tak comel dulu dan tak comel juga sekarang.

Agak-agak anda rasa  anda berada di kategori mana? Saya kategori 4, tapi ramai juga kengkawan yang kata saya kategori 1. Hehe.


Wednesday, June 27, 2018

WW # 164 BERCANDA DI PANTAI SAMILA, THAILAND - 29.4.2018

.











Wednesday, June 20, 2018

DARI FESBUK # 22 : ADA JUGA PEREMPUAN BERSELUAR PENDEK DI HARI RAYA.

Saya perhatikan ada satu kaum tu, wanitanya suka sgt pakai seluar pendek sampai pangkal peha. Kalau pergi tepi pantai tak apalah jugak. Tapi mereka pakai semasa berhari raya di rumah org Melayu Islam. Saya bertemu sekelompok mereka yg dtg berhari raya di rumah adik saya di kg tempoh hari. Saya rasa sangat tidak selesa.
Saya tidak tahu adakah mereka tidak peduli, tidak sensitif atau jahil mengenai etika berpakaian semasa berkunjung ke rumah org Islam terutamanya di hari kebesaran agama.

Gambar keluarga di hari raya. Seorang menantu saya tiada dalam gambar kerana terpaksa bekerja..


Wednesday, June 6, 2018

SIAPA SALAH BELI DURIAN ?


Gambar hiasan hasil carian Google.


Petang semalam saya nampak ada orang jual durian di tepi jalan. Ye lah tak kan nak jual di tengah jalan pulak kan! Dari dalam kereta saya tanya,

"Dari mana ?".

"Johor".  Jawab salah seorang darinya.

Saya pun keluar dari kereta. Bila saya lihat duriannya, saya syak ia bukannya dari Johor. Lalu saya tanya sekali lagi untuk dapat kepastian asal usul durian tersebut.

"Siam". Jawab yang seorang lagi.

"Ai .. tadi dia cakap dari Johor". Saya minta kepastian.

"Yelah. Kami dari Johor. Durian tu dari Siam, kami beli kat Johor. Bawak jual kat sini". Suaranya sudah berbaur dengan sedikit bunyi kemarahan.



Dalam kes ini, siapa salah agaknya ?