Wednesday, June 6, 2018

SIAPA SALAH BELI DURIAN ?


Gambar hiasan hasil carian Google.


Petang semalam saya nampak ada orang jual durian di tepi jalan. Ye lah tak kan nak jual di tengah jalan pulak kan! Dari dalam kereta saya tanya,

"Dari mana ?".

"Johor".  Jawab salah seorang darinya.

Saya pun keluar dari kereta. Bila saya lihat duriannya, saya syak ia bukannya dari Johor. Lalu saya tanya sekali lagi untuk dapat kepastian asal usul durian tersebut.

"Siam". Jawab yang seorang lagi.

"Ai .. tadi dia cakap dari Johor". Saya minta kepastian.

"Yelah. Kami dari Johor. Durian tu dari Siam, kami beli kat Johor. Bawak jual kat sini". Suaranya sudah berbaur dengan sedikit bunyi kemarahan.



Dalam kes ini, siapa salah agaknya ?


9 comments:

  1. Macamana kalau pertanyaan awal Pak Ngah tu berbunyi begini "Durian awak jual ni dari mana?" :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berlaku silap faham di sini. Bila saya tanya dari mana, saya maksudkan durian tu dari mana dan bukannya penjualnya.

      Delete
  2. Skema sangat bunyinya tu... :-)
    "Durian mana?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutnya saya tanya mcm tu .. patutnya dia taulah maksud saya .. tentulah kita berminat nak tahu ttg durian.

      Delete
  3. bg sya silap penjual... selalunya kita pembeli klu nk beli durian bila tanya dr mana bkn tanya org tu dr mana tp maksudnya durian mana.... yg peliknya buatpe durian siam pastu beli kt johor lak kn pelik hehheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila saya tanya "dari mana" tentulah yg dimaksudkan durian tu, bukannya penjualnya.

      yg dia dari Johor jual kat Seremban, pun satu hal lagi .. kita tanya2 banyak2 karang, taķut dimarahnya kita.

      Delete
  4. tapi kalau difikir logik lah, org johor amik la durian pahang ka, nissimilan ka, johor ka.

    kalo g siam mcm jauh ja.

    soklah pak ngah memang tricky, sebab tu dia marah. tak psl dia kena explain in-detail modas operandi perniagaannya.

    huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan mudah je tapi pemahaman berbeza .. itulah punca masalahnya.

      Delete
  5. Information sounds interesting. Thanks for the sharing.
    Best vashikaran specialist in Mumbai

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.