Dalam entri saya dan juga fb saya semalam ada disebutkan sepintas lalu tentang aktiviti memancing saya pada hari Rabu malam Khamis yang lepas.
Berikut adalah catatan ringkas bergambar berhubung dengan aktiviti memancing saya bersama empat orang sahabat lagi.
Gambar 1: Kami bertolak dari rumah kira-kira pukul 5.45 petang menujuk jeti nelayan Port Dickson. Air masih lagi surut dan bot belum boleh keluar. Air pasang semula selepas jam 9 malam. Sementara itu kita sembahyang Maghrib, makan malam dan kemudiannya sembahyang Isyak.
Nampaknya jeti ini menjadi kubu kuat BN.
Gambar 2: Sempat juga bergambar meniru gaya Gedek.
Gambar 3: Sementara menunggu air pasang, saya melihat orang kita bermain judi tanpa menghiraukan waktu Sembahyang Maghrib dan Isyak. Saya ambil gambar pun dia orang tak perasan. Yang sedihnya tempat dia orang berjudi ini adalah bersebelahan dengan surau tempat kita sembahyang tadi.
Gambar 4: Di ruangan yang sempit inilah kita gunakan untuk duduk memancing, tidur bersempit-sempit secara bergillir-gilir, bersembahyang dan sebagainya.
Gambar 5: Kira-kira jam 11 malam tekong bot dengan anak bujangnya menurunkan pukat. Panjang pukatnya lebih dari 1km dan mereka mengambil masa lebih dari satu jam untuk menurunkannya. Kalaulah saya yang menurunkannya, sampai sekarang pun agaknya saya masih dalam bot.
Gambar 6: Kira-kira jam 3 pagi mereka menaikan pukat dengan hasil tangkapan. Nampak tak ikan yang bergelimpangan di sebelah kanan bot. Menurut tekong, berat pukat ini setelah basah terkena air adalah lebih kurang 3 ton. Kesemua ikan yang majoritinya ikan Tenggiri yang berjaya dinaikkan adalah sebanyak 50 ekor. Kerja menaikan pukat ini mengambil masa kira-kira 2 jam.
Gambar 7: Berehat dalam perjalan balik ke jeti. Sampai di jeti dia punya taukeh sudah tunggu maa !
Gambar 8: Setiap orang mendapat 5 ekor. Saya dapat empat ekor ikan Tenggiri dan seekor ikan Parang yang kesemuanya ada bertelur. Kalau beli kat pasar rasanya mungkin dekat RM200 kot disamping tidak lagi begitu segar.
Sebelum itu nak beritahu, kita bayar taukeh bot itu RM500 (iaitu RM100 seorang) dan perjanjiannya, kalau kita dapat ikan hasil pancingan, kita yang punya manakala ikan yang berjaya dipukat pula kita bahagi 50-50.
Gambar 9: Saya dengan 2 dari 5 ekor ikan segar bahagian saya. Salahkan anak saya kerana mengambil gambar tak cukup sifat.
Pemerhatian saya:
1. Yang kaya tetap taukeh dan orang tengah. Yang kekal dan terus miskin adalah nelayan yang barangkali tidak ada pilihan atau selesa dengan cara hidup begini.
2. Sesungguh rezeki di tangan Allah kerana ada bot yang cuma dapat 2 ekor sahaja walaupun kita memukat di kawasan yang sama.
3. Masih ada lagi, orang kita yang suka berjudi menghabiskan masa dan duit. Larangan Allah dalam surah al-Maidah ayat 90 seperti tertera dalam 'header' di atas itu mungkin sudah tidak ada dalam benak fikiran mereka.
4. Perangai sebenar sahabat kita boleh dilihat dan dinilai sepanjang aktiviti ini, samada mereka jenis enau dalam belukar atau aur di tepi tebing dan sebagainya.