Thursday, March 31, 2016

SONYUM SOKOJAP 77 - DIA SELALU IKUT SAYA.




Satu hari di bilik doktor psikatrik, seorang doktor bertanya kepada sang pesakit yang baru diterimanya.

Doktor: Beritahu saya apa masalah awak ?

Pesakit: Saya takut doktor ..

Doktor: Takut apa ?

Pesakit: Ada orang ikut saya ..

Doktor: Jadi apa masalahnya?

Pesakit: Saya takut sebab dia ikut saya dari depan !

Doktor:  Dah lama ke dia ikut awak ?

Pesakit: Saya rasa sejak minggu depan lagi.


Doktor: Memang serius sakit ini ... (dalam hati)





 

Monday, March 28, 2016

KALAU KELIRU DENGAN LONDON BRIDGE, SILA BACA SINI !


Siapa tahu nama jambatan ini?

Mesti ramai yang kata itu adalah London Bridge. Sebenarnya itu adalah Tower Bridge. Saya baru tahu rupanya London Bridge yang selama ini saya bayangkan sebenarnya adalah Tower Bridge.  Itu pun selepas diberitahu oleh pemandu pelancong semasa ikut pelayaran menyusuri Sungai Thames beberapa tahun lalu. Kalau tidak, saya pun macam ramai orang lain ingat Tower Bridge itu adalah London Bridge.

Di atas bot semasa menyusuri Sungai Thames. Gambar kitar semula.

Bukan kita orang Melayu atau orang Malaysia sahaja yang keliru, ramai orang lain termasuk Mat Salleh juga begitu. Kalau tak percaya, cuba Google London Bridge, maka kebanyakkan gambar yang keluar adalah Tower Bridge. 

Untuk lebih lanjut sila dapatkan maklumat tentang kedua-dua jambatan ini di Wikipedia.


Cetakan skrin dari Wikipedia mengenai London Bridge.

Cetakan skrin dari Wikipedia mengenai Tower Bridge.

Gambar Tower Bridge di waktu malam. Gambar kitar semula.


Secara perbandingan rupa London Bridge dan Tower Bridge adalah seperti di bawah. Kan jauh bezanya tu !

 Sumber:  sini

Setelah mengetahui mengenai kedua-dua jambatan tersebut,  kadang-kadang ada juga saya menegur beberapa kawan saya di fesbuk yang terkeliru. Mana kawan yang merendah diri, terbuka kepada teguran dan tidak sombong, mereka akan mengakui kesilapan dan berterima kasih kerana memberi teguran.

Tapi ada juga kawan saya bila saya tegur, "itu bukan London Bridgelah .."

Dia jawab,

"whatever .. "

Kalau orang Negeri Sembilan dia jawab,

 "London Bridge ko Tower Bridge ko apo bezo ea .. duo-duo tak ado kek Nismilan"



Gambar Tower Bridge yang diabadikan pada sebuah cenderamata yang sempat saya beli dan masih baik dalam simpanan saya.

Monday, March 14, 2016

SONYUM SOKOJAP 76 - MALU MENGAKU BUTA HURUF.



Che Ngok adalah seorang yang buta huruf tetapi malu nak mengaku. Satu hari dia terpaksa isi borang. Untuk itu dia minta Che Ngang tolong isikan.

Che Ngok: " Kau boleh tolong isikan tak ? Aku tak bawa cermin matalah ".

Che Ngang:  " Tak ada hal .. tapi ejaan nama kau, satu e ke dua e ?"

Che Ngok:  " Dua e ". Menjawab dengan yakin.

Che Ngang: "Ok .. siap" Juga mengisi borang dengan yakin.


Pengajarannya. 

Jangan malu mengaku tak tahu dan jangan tak malu mengaku tahu kerana lambat laun orang akan tahu juga kalau kita tak tahu.

 


.
.

Monday, March 7, 2016

CERDIK KE TAK CERDIK ?




Pendapatan Cecah Lima Angka Sebulan:
Beli Banglo Hasil Jualan Produk HPM.

Saya pun heran. Buat apa nak beritahu semua orang berapa banyak pendapatan awak.  Apa tujuannya ? Saya rasa banyak buruk dari baiknya berbuat begitu. Antaranya:

1. Tidak elok menunjuk-nunjuk. Ugama Islam pun melarang. Orang juga meluat.  Kenapakah orang kita suka benar menunjuk-nunjuk. Kalau orang lain, mati-mati mereka tak nak beritahu keuntungan atau pendapatan mereka.

2. Pembeli akan rasa awak tu cekik darah dia. Kalau saya nak beli, mesti saya minta diskaun sekurang-kurangnya 90%. Kalau awak tak bagi, saya akan kata:

" tak kan tak boleh  kot .. awak untung banyak sampai boleh beli lima enam buah banglo dan tujuh lapan biji kereta mewah dalam masa dua tahun".

3. Jadi sasaran mudah perompak, pencuri atau pencolek. Lebih-lebih kalau cerita peribadi sering masuk surat khabar atau tv. Minta dijauhkan Allah jua.

4. Nak beri sedekah sedikit pun tak boleh, nanti orang akan kata awak kedekut. Begitu juga kalau tak mahu bagi pinjam duit. Orang akan kata "awak tahi hidung masin"

5. Banyak lagilah kalau nak cerita. Anda sambunglah pulak. Sila !






.