Friday, November 25, 2016

RASA SEBIJI RAMBUTAN DARI SEBATANG POKOK SERUPALAH DENGAN MERASA SEMUANYA.

Gambar hiasan hasil carian Google.


Kita melihat sepohon rambutan yang lebat berbuah dan sedang masak ranum, lalu kita ingin merasa buahnya. Kita pun petik sebiji dari satu dahannya yang banyak. Kita merasa isinya cukup manis. Lalu perlukah kita mencuba setiap biji dari setiap dahan untuk mengetahui rasa buahnya yang lain-lain?

Begitulah ibaratnya ugama Islam ini. Jika kita rasa peraturan berzakat itu baik untuk ekonomi orang Islam, maka kenapakah kita merasa ragu-ragu untuk melaksanakan cabang-cabang lain dalam peraturan ugama seperti undang-undang jenayah misalnya?

Adakah peraturan zakat sahaja yang baik tetapi peraturan yang lainnya kurang sesuai dengan kita ?

Siapkah kita yang hendak menentukan mana perintah Allah yang baik dan mana yang tidak, sedangkan diri kita sendiri Dia yang menjadikannya dan Dia juga yang memberi rezeki? 




2 comments:

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.