Friday, October 9, 2015

ALA .. SUNAT JE.

 Surah Al-Isra


وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَتَهَجَّدۡ بِهِۦ نَافِلَةً۬ لَّكَ عَسَىٰٓ أَن يَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامً۬ا مَّحۡمُودً۬ا

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji (79).


Selalu kita dengar jawapan "ala .. sunat je" dari mereka yang ingin mengelak atau tidak bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah sunat.

Alasannya "kalau tak buat tak berdosa ..".

Saya rasa prinsip atau kefahaman ini perlu diperbetulkan kerana ia boleh mendorong orang meringan-ringankan dari melakukan amalan sunat. Hendak menyalahkan mereka yang berkata begitu sepenuhnya tak boleh juga kerana itulah yang diajarkan di sekolah atau di surau oleh ustaz atau penceramah ugama selama ini.

Saya cadangkan ubah paradigma pengajaran dengan mengingat atau menasihatkan begini ..

"Sunat ni kalau buat dapat pahala, tapi kalau tak buat sangatlah rugi !"

Dengan berkata begitu mungkin akan timbul dorongan kepada orang yang mendengarnya untuk mengerjakan ibadah-ibadah yang sunat.

Oleh itu janganlah kita lepaskan peluang untuk membuat ibadah sunat jika berkesempatan, setidak-tidaknya melakukan solat sunat Tahajjud kerana ia merupakan satu gesaan dari Allah SWT seperti petikan ayat Quran (17:79) di atas. Mungkin mereka yang masih bekerja susah untuk melakukan solat sunat Dhuha atau solat sunat-sunat yang lainnya di tempat kerja. Sedangkan solat sunat Tahajjud boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana ia tidak mengganggu masa kerja kita selain masa untuk melakukannya juga adalah panjang. 

Bagi mereka yang telah menjadikan amalan melakukan solat Tahajjud sebagai satu rutin, tahniah. Teruskan dan pertingkatkan. Dalam pada itu ingatlah pesan Nabi ini.

Rasullah SAW bersabda: "Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidrunya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya". (Riwayat al-Nasai'i dan Ibny Majah r.a)




8 comments:

  1. Benar tu pak ngah..
    Bila dikatakan tidak berdosa kerana ianya sunat..
    Maka terpasaklah didalam otak tu..
    Tak buat tak berdosa pun..
    Kena ada anjakan paradigma seperti yg pak ngah katakan..
    Saya pula berkata kepada anak2 ...
    Rugi kalau tak buat sebab kalau kita buat dapat pahala..
    Contohnya kalau buat dapat RM10... kalau tak buat tak dapat apa2.. kan rugi..
    Kena pasak kebaikan sunat ni kepada anak2 kan pak ngah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sekali pendekatan itu. Terima kasih atas komen yg memberi pengukuhan kpd pandangan saya tersebut.

      Delete
  2. Sebenarnya bila sudah menjadi rutin harian ianya bagaikan satu kemestian dalam kehidupan kita. Akan rasa janggal bila ditinggalkan. Rasa bagai ada yang tak kena. Oleh itu kena mulakan perlahan-lahan lama-lama jadi kebiasaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat .. hidup rasa tidak lengkap bila tertinggal w/pun sekali.

      Delete
  3. Tuan, kalau tipu sunat, bagai mana?

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.