Berlin: Mahkamah German memerintah seorang perokok tua supaya mengosongkan rumah yuang diduduki kira-kira 40 tahun selepas jiran-jirannya mengadu tentang asap rokoknya.
Kalau anda nak hisap rokok, hisaplah. Saya tidak ada kuasa nak melarangnya, walau telah difatwakan merokok adalah haram. Bagi yang tidak mahu mematuhinya, tidak ada undang-undang yang boleh mensabitkan kesalahan kecuali merokok di kawasan larangan seperti di dalam hospital dsb.
Ada juga yahg berkata, tak ada nas dalam al-Quran yang mengharamkan merokok. Dalam al-Quran juga tidak ada disebut ganja, morfin, heroin, ketamin dsb termasuk biawak sebagai benda-benda yang diharamkan.
Tapi itu bukan isu yang saya nak bincangkan kat sini. Apa yang ingin saya sentuh ialah isu setengah dari sesetengah dari penghisap rokok yang tidak menghormati hak orang yang tidak merokok untuk menikmati udara bersih. Udara ini secara semula jadinya adalah bersih sebelum dicemarkan oleh manusia sendiri. Kadang-kadang perokok ini bertindak seolah-olah udara ini adalah hak dia seorang dan mereka bebas melakukan apa yang dia suka.
Saya pernah menerima kata-kata yang kurang enak dari salah seorang jemaah di surau tempat saya, yang sedang menghisap rokok dengan kengkawan yang lain di bawah khemah, selepas Maghrib sementara menunggu masuk waktu Isyak bilamana saya menghampiri mereka:
"Orang yang tak pandai campur orang ni, kena duduk jauh-jauh".
Kata-kata itu jelas ditujukan kepada saya kerana tiada orang lain kecuali saya yang berjalan menghampiri mereka. Dia menganggap saya ini anti sosial kerana tidak merokok. Saya tahu dia bergurau tapi gurauan dia itu susah untuk saya nak telan.
Nasib baik dia tak duduk kat Berlin. Kalau dia duduk kat Berlin, tahulah nasib dia seperti yang diceritakan dalam keratan akhbar di atas.
Nota kaki: Saya cukup takut dengan asap rokok selepas 6 hari terlantar di hospital seperti yang pernah saya ceritakan dalam entri ini sedikit masa dahulu.
Cuba halakan ekzos kereta atau motor kat muka jemaah surau tu, apa yang akan mereka lakukan...?
ReplyDeleteTentulah mereka secara beramai2 akan membelasah saya.
DeleteSungguh biadap gurauan sebegitu.
ReplyDeleteMemang pedih utk menelannya ..
DeleteBagi saya salah satu cara ‘campur orang’ ialah ke masjid tu lah.
ReplyDeleteBagi sesetengah orang, menghisap rokok adalah salah satu cara bersosial.
Deletenk kongsikan di FB blh? sy juga x amat x suka.
ReplyDeleteSilalah kongsi .. tak ada masalah.
DeleteYANG PENTING PERLU HORMAT ORANG LAIN..
ReplyDeletesaya rasa mmg sangat ramai perokok kat berlin ni, tapi mostly mereka hormat kepada peraturan, dan tak pernah lagi saya jumpa arrogan smoker, to them nak smoke, smoke la, nothing to be proud of.
ReplyDeleteMmg orang putih amnya cukup menghormati hak individu selagi tidak mengganggu hak orang lain.
DeleteSinisnya kata2 org tunpd uncle. Huhuhu
ReplyDeleteSaya benci org yg merokok dan bongok. Sesuka hati merokok dikedai mkn x kira duduk sebelah org hamil atau ank kecil. Mcm xde otak.
Yg buat sakit hati lagi ada sesetengah tu suka buang puntungnya merata-rata. Kadang2 sinki pun boleh tersumbat.
Delete