Gambar 1: Status saya di fesbuk pada hari Isnin lalu. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan saya agar segera sembuh.
Sehingga hari Jumaat 2 minggu lepas saya sudah tak sedap badan selama seminggu - batuk bertalu-talu-talu, tekak sakit, letih dan tak ada selera nak makan. Saya gagahkan juga pergi ke Manjung ke rumah abang ipar saya yang menerima menantu (lelaki) buat buat kali pertama. Dari Seremban ke Manjung, Makngahnya yang memandu. Dah sampai sana kenalah ikut aturcara orang sana. Tak kan nak duduk saja.
Dalam pada itu sempat juga curi-curi pergi memancing kat jeti Lumut. Dapat sekor Ikan Tetanda pun sudah dapat melepas gian yang selama ini terpaksa di bendung.
Gambar 2: Ikan ini walupun kecil, tapi kuat melawan. Aktiviti sebelah pagi 27/1.
Gambar 3: Dengan pasangan pengantin baru pada sebelah petangnya. Lelakinya orang Kuala Pilah ( 2-0 ).
Gambar 3: Dengan pasangan pengantin baru pada sebelah petangnya. Lelakinya orang Kuala Pilah ( 2-0 ).
Balik ke Seremban pada hari Isninnya saya gagahkan juga memandu separuh jalan. Sampai rumah saya pergi klinik lagi sekali. Habis ubat sakitnya masih begitu juga. Pagi Jumaat minggu lepas (1/2/2013), batuk saya berdarah. Saya terus pergi ke klinik. Setelah dibuat xray, saya dikenalpasti mengidap radang paru2 dan disuruh masuk hospital untuk rawatan rapi. Maka mulai petang Jumaat lepas saya masuk hospital swasta berdekatan rumah hinggalah keluar kelmarin - 6/2/2013.
Nak jadikan cerita tak lama selepas dimasukan ke hospital, saya telah disuntik dengan antibiotik. Tak sampai 5 minit saya telah diserang alahan yang sangat teruk. Badan rasa terbakar, nafas tersekat-sekat, seluruh anggota menggeletar dan gatal yang amat sangat. Saya rasa masa itu seolah-olah sudah berada di hujung nyawa. Kelam kabutlah kakitangan hospital berusaha merawatnya. Selepas kira-kira satu jam setengah barulah saya rasa lega sikit. Nasib baiknya masa kena alahan tu, saya sudah berada dalam wad.
Selepas itu bermulalah rawatan penyakit broncitis saya dengan pelbagai kaedah. Ada ubat dimasukkan melalui suntikan, nebolizer (sedut), telan dan juga fisio.
Alhamdulillah setelah berada dihospital selama 6 hari 5 malam, saya telah dibenarkan keluar.
Gambar 4: Saya ditempatkan di sini - tingkat 2. Gambar sebelum balik petang semalam.
Selama 6 hari di hospital, tugas menguruskan rumahtangga terpikul dibahu Makngahnya seorang diri dan nampaknya dia telah berjaya menjalankannya dengan cemerlang. Syabas !
Masa ini sakit baru pula timbul untuk melunaskan bayaran bil hospital.
Akhirnya terimalah serangkap pantun dari saya di sini.
alhamdulillah uncle dah sihat.. jaga kesihatan ye... untung mak ngah yg sentiasa menyokong ada di sisi
ReplyDeletememang beruntung .. tapi kesian dia sangat keletihan nampaknya.
Deletesemoga cepat sihat ye... mak ngah memang terbaik.. :)
ReplyDeleteSelamat pulang ke rumah. Semoga abang betul2 sembuh.
ReplyDeleteBil hospital tu kena bayar duit sendiri atau ada insuran bang?
kalau ada insuran, tak adalah sakit baru timbul .. hehe !
Deletesemoga cepat sembuh.....jaga kesihatan tuan
ReplyDeleteConnectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...
ReplyDeletePengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
Baca selanjutnya...
Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...
Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...
Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage.Baca selanjutnya...
Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini. Baca selanjutnya...
SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.Baca selanjutnya...
Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac Apple. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...
SEMOGA TERUS DIBERI KESIHATAN YANG BAIK DARI ALLAH SWT.
ReplyDeleteBroncitis saya ingat serang kanak2 je sebab anak2 kalau masuk wad selalu dok ckp broncitis. Penyakit ni bahaya kalau tak dirawat cepat.
ReplyDeleteMau sungguh dgn Lavendar, dari Lavendar Height lari pi dok Ward Lavendar pulak.
penyakit ini sebenarnya sudah agak lewat saya kesan .. mulanya saya ingatkan batuk biasa yang boleh elok dengan makan breacol sahaja.
DeleteAlhamdullilah...
ReplyDeleteUncle ingat ya, dalam tempoh 2-3 bulan ni, jaga kesihatan paru2 dengan 'extra cautious'...Sebab selepas kena infection seperti bronchitis utk warga veteran macam uncle, paru2 mmg dlm keadaan lemah/fragile...mudah ke infection lagi...antara tips penjagaannya:
1- elakkan pergi ke tempat crowded selalu sangat macam Kipmart depan rumah uncle tu :)
2- berpada pada memancing tau uncle..rehat secukupnya...utk 2-3 bulan ni aja..
3- lari secepat mungkin dari perokok/asap
4- consider jumpa doctor kalau uncle mengah/batuk >5 hari selepas ni
terima kasih atas segala nasihat tersebut. akan uncle sedaya upaya menurutinya. tapi yang no. 3 tu agak susah sikit kerana rata-rata kawan-kawan uncle adalah perokok tegar .. harap-harap mereka lebih bersimpati dengan uncle selepas ini.
DeleteAlhamdulillah ... di mana pun lavender tetap di hati kaaannn ..
ReplyDeleteKakak rasa Mak Ngah mendapat tempias bila suami terlantar. Hati tak senang sebab 6 hari bukan sekejap. Urusan rumah kakak percaya tak ada hal buat Mak Ngah tapi berjauhan suami yg sakit kena kuat semangat.
ReplyDeleteMoga terus sihatlah hendaknya.
nasib baik hospital cuma 'sepelaung' sahaja dari rumah saya .. tapi gangguan perjalanan urusan harian tetap ada.
DeleteSemoga cepat sembuh...........jgn lasak2 sgt. Kena byk rehat n makan pun kena pantang.
ReplyDeletekalau nak lasak pun, dah tak larat sekarang ini.
Deletealhamdulillah..speed recovery ya pakngah. :-)
ReplyDeletealhamdulillah..semoga kembali sihat dan cergas seperti dahulu... :)
ReplyDeleteLavendar Ward juga yang dipilih ye... berkemampuan memilih Al-hamdulillah.. Semoga cepat sembuh.. oh ya.. jgn lupa amalkan nasihat Daddy Ziyyad
ReplyDeletealhamdulillah .. ada rezeki diberikan Allah.
DeleteSemoga pakngah cepat sembuh
ReplyDeletePakNgah ikut nasihat doktor Faiz tu.. lupakan hobi sekejap dan katakan tidak juga pada teman2 perokok tegar tu... asap rokok mereka memang menyusahkan(padahal yg dalam rumah saya ni pun perokok jugak)
ReplyDeletemoga PakNgah sembuh sepenuhnya... gambar tu dah nampak ceria tambah2 berlatarkan bunga2 lavendar
tentang asap rokok ni sangat susah untuk dijauhkan .. dekat surau pun ada terpampang iklan bahaya merokok, masih lagi berkepul2 .. walaupun dah berbuih mulut ustaz menasihatkan mereka .. namun yg sudah tegar tetap tidak berubah nampaknya.
Deletekesiannya pak ngah kena tahan di ward. lama tu 6 hari. pak ngah jaga kesihatan ya! kurangkan aktiviti luar dan jangan hidu asap rokok dah. kalau ada kawan pak ngan yg merokok cuba elakkan dari mereka tau!
ReplyDeletepak ngah** typing error hehe!
Deletesebenarnya sudah agak lama .. rasanya sudah hampir 10 tahun pakngah tidak masuk wad .. satu peringatan dariNya.
Deleteala... patutla pak ngah dah jarang menulis...
ReplyDeletejaga kesihatan ye pak ngah :)
lepas ni akan kerap menulis .. insya-Allah.
Deletesemoga memberi perkongsian yang baik :)
Deletesemoga cepat sembuh ...
ReplyDelete