Thursday, February 14, 2013

PENANGAN BUSUK.

Salah satu tempat untuk ping blog secara percuma ialah di busuk.org. Saya selalu ping blog saya di sana. Ternyata ia telah berjaya meningkat dan mengekalkan trafik ke blog saya walaupun pada hari-hari yang saya tidak buat entri baru.


Cetakan skrin busuk.org yang menyenaraikan entri-entri pilihannya.


Semalam blog  saya dilawati oleh lebih seribu pengunjung. Ia adalah gara-gara busuk.org yang telah menyenaraikan sebuah entri saya yang bertajuk "MENGAPA SAYA TENGOK BOLA WALAUPUN SAYA TIDAK MINAT BOLA" dalam segemen 'artikel pilihan busuk'. Saya terperanjat seronok kerana entri itu saya buat pada tahun 2011.


cetakan skrin menunjukkan bilangan pengunjung ke blog saya.


Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pentadbir busuk.org kerana memilih salah sebuah entri saya untuk disenaraikan di bawah artikel pilihan busuk.



Kepada anda semua (bagi yang masih belum), cubalah ping entri anda di busuk.org dan lihatlah hasilnya.

33 comments:

  1. Walaupun busuk, terbukti amat berkesan. :D

    ReplyDelete
  2. camtu ker Dato'? eh Uncle.
    Saya takder entry menarik la nak ping sana. kekeke btw saya blom habis jelajah entry2 lama Uncle lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruskan jelajah .. kalau sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan.

      Delete
  3. Busuk2 pun...boleh tahan penangannya uncle :)

    ReplyDelete
  4. Nak cuba jugalah. Terima kasih kerana memberitahu. :)

    ReplyDelete
  5. Makchaq segan pulak kalau ramai mai baca (orang yang tak kenai)..

    Apa yang makchaq tulih ala-ala sembang kosong nak kongsi dengan kawan2 yang rasa dekat dihati.. padahai ramai yang tak pernah jumpa pun.. kenai kat blog saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. segan apa pulak .. alang-alang blog sudah di publickan .. biarlan ramai orang baca .. lagipun kalau sudah public, kita tak dapat nak halang orang baca.

      Delete
  6. sebelum ni sy ingt kan apa la ping busuk ni

    ReplyDelete
  7. dah lama dengar pasal busuk.org nie
    tapi belum pernah ping kat sana lagi
    acu pun nak cuba jugak lah lepas nie :)

    ReplyDelete
  8. owwhhh.. ingat kan apa la ping busuk ni.. tqs for d info..

    ReplyDelete
  9. Asaallamualaikum Tuan,
    namanya busuk tapi mewangikan minat membaca..
    saya ni serupa macam Mak Chaq di atas, rasa seganlah pulak kalau ramai sangat baca blog saya yang biasa-biasa. Saya suka baca blog Tuan, begitu juga tetamu lain , tentu suka cara Tuan menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      komen saya sama seperti komen saya kepada komen Makchaq ..

      Delete
  10. Replies
    1. orang kita memang suka benda busuk .. misalnya belacan, cincalok, budu, tempoyak, jering dll.

      Delete
  11. laa...selama ni saya cuma tau ping pong jer!
    terimakasih atas perkongsian info..

    ReplyDelete
  12. Ooooo..saya tak pernah ping entri saya...nak try la..TQ uncle

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah ping nanti, buatlah satu entri mengenai hasilnya.

      Delete
  13. ah...busuk pulak....hmm nanti nak try parking sana pulak. TQ pak ngah

    ReplyDelete
  14. saye rase saye takde tersenarai la :)

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum..
    saya balas kunjungan...dan follow sini juga...
    terima kasih kerana sudi singgah blog saya yang tidak seberapa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      terima kasih kerana blasa kunjungan saya .. nanti bila senang-senang, berkunjunglah lagi ek !

      Delete
  16. Bagusnya al-lavendari, suka berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Baca entri kali ini, jadi teringat pula perihal bantal busuk. Itulah kekasih pemiliknya, sehingga tidur pun tak boleh "start" tanpanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seingat saya, saya tidak punya bantal busuk yang khusus sebab semua bantal saya busuk belaka ... hehe

      Delete
  17. wah, menarik ni, thanks uncle..nak ping jugak!

    ReplyDelete
  18. Salam...
    Tahniah sebab artikel jadi pilihan busuk.org Selalu ping kat situ tapi blum dapat lagi trafik sebegitu byk, mgkin saya xpasang widget dia kot. Belum pernah pun terpilih dalam artikel pilihan. Namun ianya masih menyumbangkan trafik walaupun sedikit. Sekurang2nya boleh juga promosi blog...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      mungkin juga sebab awak tak pasang widget .. cuba pasang tengok apa jadi.

      Delete
  19. kite pong selalu ping kat busuk.. at least ada gak yang datang belog hihi

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.