Monday, February 18, 2013

TERKENANG SEMASA DULU 74 : MELAYAN TETAMU DARI TANZANIA

Semasa saya bekerja di salah sebuah unit di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 90an dulu, saya pernah menjadi salah seorang petugas yang menyambut dan mengaturkan lawatan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tanzania ke Malaysia. Beliau datang membuat lawatan rasmi bersama isterinya beserta seorang pegawai kanan dan seorang pegawai rendah yang menguruskan kemudahan  boss-boss dia.

Antara tempat yang dilawati yang berada di luar Kuala Lumpur ialah Langkawi. Berikut adalah beberapa keping gambar di sekitar lawatan tersebut.


Gambar 1: Disambut dengan muzik tradisional. Adapun lelaki yang ang bercermin mata hitam di belakang sekali itu adalah saya.



Gambar 2: Duduk di hadapan saya di sebelah pegawai perempuan itu adalah pegawai rendah yang saya maksudkan dalam intro di atas. Beliau juga menjadi orang perantara kami.


Gambar 3: Melihat orang membuat kueh karas di perkarangan makam Mahsuri.


Gambar 4: Melawat hotel yang disiapkan kurang dari dua bulan untuk kegunaan tetamu yang menghadiri LIMA yang pertama.


Gambar 5: Di ladang pemeliharaa  biawak  buaya. Cer sebut biawak buaya cepat-cepat sepuluh kali.


Gambar 6: Pengalaman pertama kali menaiki kereta buaya.



Gambar 7: Melawat dan mendengar taklimat di LADA pada 6 Julai 1994.


Gambar 8: Di luar rumah KSN (Tan Sri Ahmad Sarji) sebelum menghadiri majlis makan malam. Saya lihat muka saya hampir 20 tahun dulu berbanding sekarang sikit pun tak berubah. Tetap nampak tua macam itu juga.

Ada dua perkara yang saya nak cerita di sini.

Cerita 1. Semasa di Langkawi sesampainya di hotel, rombongan mereka terus dipersilakan menikmati minuman selamat datang. Saya lihat pegawai rendahnya risaukan nasib beg boss-boss dia dan juga beg dia. Saya kata usah risau, saya akan uruskannya. Mereka cuma ada 3 beg sahaja dan saya kenal beg mana kepunyaaan siapa. Bila sudah tahu bilik masing-masing saya pun meminta pekerja hotel menghantar beg-beg tersebut ke bilik yang berkenaan. Rupanya ini menjadi kehairanan kepada pegawai rendah tadi macamana beg-beg mereka itu boleh masuk ke bilik yang betul.

Cerita 2. Pada majlis makan malam terakhir di rumah KSN kita di KL, kami ternanti-nantu juga kalau-kalau KSN dia mempelawa kami membuat lawatan balas ke negara mereka. Dalam hati saya, kalau ada lawatan balas, tentu saya akan dibawa berasama. Malangnya sampai ke sudah, tiada undangan dari mereka. Hampeh. Hari terakhir saya bertanya kepada pegawai rendah tadi kenapa jadi begitu. Beginilah jawapan dia lebih kurang .. 

"kami sebenarnya malu untuk mengundang tuan-tuan semua ke negara kami kerana kami langsung tidak mempunyai hotel dan juga kenderaan yang baik atau yang agak selesa untuk kemudahan tuan"

Begitulah pandangan orang luar terhadap kita tetapi malangnya ada orang kita yang langsung tidak menghargainya dan menganggap segala kemajuan dan kemudahan yang kita nikmati sekarang ini datang dengan sendiri tanpa ada pihak yang merancang dan mengusahakannya.  

 

38 comments:

  1. Wow! Lain dr yg lain Pakcik. Kereta buaya tu!!

    ReplyDelete
  2. Agak nya Tanzani ni mcm mana lah skrg ye Pak Ngah??
    negara kita sdh pesat membangun dan byk kemudahan yg masih tiada di tempat lain.. tapi syg ada segelintir masyarakat kita tak tahu menghargai..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang negara kita hebat berbanding negara yang lebih dulu bertamaddun seperti India dan Mesir .. bagi mereka yang tidak tahu menghargai itu, cuba duduk sana 4-5 bulan , baru tahu.

      Delete
  3. err kereta buaya tu betul2 buaya ker..hehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betu-betul buaya tapi dia dah betul-betul mati ..

      Delete
  4. Salam Pak Ngah.. saya pun nak carik la kereta buaya tu nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jumpa nanti, jangan lupa untuk pak ngah satu ..

      Delete
  5. Memang ada negara yang ketinggalan dari negara kita.. bila kita duduk tempat yg lagi teruk baru la tau nak menghargai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah masalahnya bila kita terlalu manja atau dimanjakan ..

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      saya pun tak tahu apa sebabnya jadi begitu .. sekarang dah boleh follow nampaknya. tahniah.

      Delete
  7. walaupun dia pegawai rendah, namun kekagumannya pada sistem hotel kita begitu tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dia nampak tersangat kagum dan juga kehairanan sebab mungkin apa yang dia bayangkan sebelum datang tidak begitu ..

      Delete
  8. Saya juga ada perasaan macam pegawai rendah tu (sebab saya pun pekerja rendah). Segan nak ajak orang ke rumah saya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak baik macam tu .. yang penting ikhlas .. kalau rumah macam istana pun tapi kalau ajak orang tak ikhlas, apa gunanya.

      Delete
  9. Saya sama macam Kakcik.

    P/S : Ada lagi ke kereta buaya tu sekarang, Pak Ngah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada pun, mungkin buaya tu sudah tersangat tua ..

      Delete
  10. Wah...kereta buaya tu. 1st time tengok ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergilah langkawi untuk dapat naik dan pegang2 ..

      Delete
  11. Hahahaha..kereta buaya!

    Tanzania sekarang dah maju kot uncle...mesti dah ada hotel & kereta cantik2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu nak cakaplah .. jom kita buat trip pergi sana nak !

      Delete
  12. awal2 lagi saya dah "biayak buawa". heh
    Betul Pak Ngah, orang sini yang prnah ke Malaysia, sangat respect dengan Malaysia, orang kebanyakan ni, biasa la asal Asian jer depa fikir exotic hehe.
    Kami pun hari2 duk cakap "best nya kalau kat Malaysia".

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga orang yang ikut rupanya .. hehe

      memang begitulah kalau kita duduk di negara orang sentiasa teringat Malaysia terutama makanan dan buah-buahannya yang pelbagai jenis dan rupa.

      Delete
  13. sedih mengenangkan ada di antara orang kita mudah lupakan kebaikan orang hanya kerana benda remeh-temeh dan hearsay sahaja...

    p/s : er, agak2 kereta buaya tu ada lagi ke uncle? heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedih kepada mereka yang tidak sedar dan tidak tahu berterima kasih ..

      Delete
  14. Kita tidak menghargai kelebihan negara sendiri kerana, antaranya, tidak nampak akan kekurangan negara orang. Kini, ada yang masih mahu menganggap Afrika sebagai "dark continent", kerana keadaan sosio-politik dan ekonominya yang sedemikian rupa. Rasanya sukar juga untuk kita menafikan kemampuan pemimpin-pemimpin kita dalam mentadbir Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. saya pernah terbaca beberapa kali dalam akhbar penuilis mengatakan "masalah politik di India dan juga dibeberapa negara Arab dan Afrika hanya boleh diselesaikan oleh pemimpin2 seperti Lee Kuan Yew dan Dr Mahathir"

      Delete
  15. Salam Tuan,
    Bagusnya di negara kita..Dapat lihat orang buat karas pun dah rasa seronok..
    Yang best di sini tentang gambar No 7 tu..siap informasi dengan tarikh..heheh rupa-rupanya backdrop dah terpampan..sebab tu Tuan ingat tepat! Tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      kalau tak ada backdrop tu, tahunnya pun saya tak ingat .. tapi saya masih tak lupa rasa kuih karas tu.

      Delete
  16. Buaya kat Tanzania bukan lagi besaq dari yang ada kat Langkawi tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya percaya ia lebih besar kerana orang Tanzania pun besar2 ..

      Delete
  17. biawak buaya biawak buaya biyawak buyawa ehh....buyawa biyawak eh...eh..
    hehehe...tersasul² dibueknye Pakngah oitt...

    alhamdulillah syukur...sayangi la negara kite yang sememangnya terbaek dan terbaek dari yang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ... ada juga yang cuba sebut buaya biawak tu.

      memang negara kita terbaik dari segala segi .. cuma sikap segelintir rakyatnya sahaja yang amat mendukacitakan.

      Delete
  18. acu pun pernah merasa naik "kereta" buaya tu..hehehehee

    ReplyDelete
  19. tak boleh nak komen, lenguh lepas sebut biawak buaya laju2....ada2 jer hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh komen pun komen juga .. terima kasih kerana menurut perintah. hehe

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.