Gambar 1: Baru sampai dah disambut dengan salji .. tengok tu, seluar pun masih fesyen kembang semangkuk lagi.
Gambar 2: Di hadapan bangunan utama kedutaan Malaysia di USA.
Gambar 3: Keluarga besar kedutaan pada satu sambutan yang diadakan di kediaman rasmi pak duta.
Gambar 4: Di kanan sekali adalah seorang pegawai tinggi kerajaan yang melawat pejabat kami.
Gambar 5: Bergambar ramai dengan pak duta yang duduk di tengah-tengah.
Gambar 6: Ini kerani kawan saya. Merupakan Staf Ambilan Tempatan (LRS) yang berasal dari Malaysia. Dia berbangsa China tapi cakap Melayunya lebih fasih dari orang Melayu sendiri.
Gambar 7: Kerani ini juga Staf Ambilan Tempatan berasal dari Indonesia. Dia bukan kerani saya tapi kerani kawan saya yang seorang lagi.
Gambar 8: Ini baru kerani saya. Dia juga merupakan Staf Ambilan Tempatan berasal dari Johor dan berkahwin dengan mat saleh di sini. Pejabat kami memperuntukkan seorang kerani untuk seorang pegawai. Saya berkongsi bilik dengan kerani saya. Senang kalau nak minta tolong, terus jer cakap nak apa. Sebenarnya kami kekurangan ruang pejabat. Gambar ini dan gambar 6 dan 7 adalah di saat akhir sebelum saya kembali bertugas di Malaysia - 1984.
Gambar 9: Bergotong royong menolak kereta kawan yang terlekat kat salji sewaktu hendak pulang dari pejabat. Kebiasaannya bila musim salji ramai kawan-kawan yang bawa kereta buruk ke pejabat. Kereta cantik tutup dengan kelambu kat rumah.(Yang ini je gambar kitar semula)
Gambar 9: Bergotong royong menolak kereta kawan yang terlekat kat salji sewaktu hendak pulang dari pejabat. Kebiasaannya bila musim salji ramai kawan-kawan yang bawa kereta buruk ke pejabat. Kereta cantik tutup dengan kelambu kat rumah.(Yang ini je gambar kitar semula)
Tiga tahun bekerja di USA rasanya sekejap sangat kerana negaranya besar untuk diterokai. Saya rasa banyak juga budaya mereka yang boleh kita contohi. Antaranya menepati waktu, menjaga kebersihan, tidak merosakkan kemudahan awam, beratur untuk menaiki bas atau membeli ikan, kejujuran seperti beli buah atau surat khabar bayar sendiri tak ada orang jaga, memandu secara berhemah, menghormati pendapat orang bila berdebat dan banyak lagi.
Pada masa ditukarkan ke sini, saya baru 3 tahun bekerja dengan kerajaan. Saya rasa macam 'rusa masuk kampung' bila mula-mula menjejakan kaki di sini. Semuanya itu kini tinggal kenangan yang indah dan sangat berharga. Banyak juga barang terutamanya pinggan mangkuk yang dibeli di sana masih lagi kami gunakan sehingga ke hari ini. Melihat dan menggunakannya membuatkan saya susah untuk melupakan Amerika lebih-lebih setiap kali melihat anak kedua saya yang lahir di sana.
Pada masa ditukarkan ke sini, saya baru 3 tahun bekerja dengan kerajaan. Saya rasa macam 'rusa masuk kampung' bila mula-mula menjejakan kaki di sini. Semuanya itu kini tinggal kenangan yang indah dan sangat berharga. Banyak juga barang terutamanya pinggan mangkuk yang dibeli di sana masih lagi kami gunakan sehingga ke hari ini. Melihat dan menggunakannya membuatkan saya susah untuk melupakan Amerika lebih-lebih setiap kali melihat anak kedua saya yang lahir di sana.
Sekarang ni dasar Kerajaan kita masih ke ambil LRS di kedutaan2 kita di luar negara?
ReplyDeleteCuba uncle bercerita pula tentang racism(kalau ada), ataupun Islamophobia ( kalau dah wujud masa tu) di US sepanjang pengalaman uncle di sana...Sebab sekarang ni, mmg 'susah' dan ketat kawalannnya kalau warga Asia/Arab nak masuk waima melancong ke US khabarnya..
1. Tentang dasar pengambilan LRS tu, uncle tak tahu langsung amalan masa ini.
Delete2. racism tu ada tapi tak ketara. kalau tidak, masakan Obaman terpilih menjadi Presiden USA dua penggal berturut-turut.
3. Islamophobia rasanya tidak wujud masa tu. Ia wujud selepas peristiwa 9/11. Entri uncle di link berikut sebagai buktinya ..
http://al-lavendari.blogspot.com/2012/12/terkenang-semasa-dulu-67-menghadiri.html
pasni bole cerita plak pengalaman paling ngeri masa keje kat sana yer...
ReplyDeleterasanya tak ada pengalaman ngeri .. kalau ada pun mungkin pengalaman naik keretapi gunung kat Disney Land di LA.
DeleteSebelum ke Jerman ni, saya kerja dengan US company di KL, sistem dan kebajikan pekerja adalah terbaik pada pendapat saya. Kawalan memang ketat, tapi saya rasa saya dibayar gaji untuk menjaga kesihatan pulak kat sana hahaha.
ReplyDeletesemalam pakngah terbaca kat akhbar The Star tentang perbandingan produktiviti di beberapa negara.. rakyat USA masih nombor 1.
DeletePengalaman yang amat berhargakan pak ngah ...
ReplyDeletememang sangat berharga ..
Deletekalau agak2 dah penat nak simpan pinggan mangkuk dari sana ataupun dah bosan nak menggunakannya, lelong2 la kat saya ya, hehehe
ReplyDeleterasanya tak akan bosan sampai bila-bila sebab ada nostalgianya .. maaf je lah ye !
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekalau rasa nak terkentut atau nak terkincit ke .. cepat-cepatlah keluar. hehe
DeleteTapi, kan Pakcik...ade sesetengah tmpt kat US, teruk kelakuan sivik.
ReplyDeletekata orang, dalam setandan kelapa tu, mesti ada sebiji dua yang busuk. kat Jepun pun ada penjara.
DeleteBestnya.
ReplyDeleteCiter lah pengalaman manis dan pahit sepanjang bekerja di negara orang.
saya dah banyak kali bercerita tentangnya di bawah segmen Terkenang Semasa Dulu sebelum ini.
Deletegambar dulu2 memang nampak klasik selalu.....saya betul2 admire misai org dulu2....kikikikiki....
ReplyDeleteBoss, thank you for sharing. Bangunan Embassy baru siap dibaikpulih tahun lepas. Masih belum ada penghuni.
ReplyDeleteSalam, macam mana nak apply bekerja dengan kedutaan di sana ya? Teringin nak kerja under Kementerian Luar lagipon sekarang masih belajar diploma business study uitm. Layak tak? Sebenarnya saya memang nak bekerja di luar negara, nak angkat kaki dari Malaysia tapi taklah selama lamanya. Kat Malaysia even dunia ni pon saya tak ada sesapa dah melainkan mak & 3 orang adik saya so tak berat hati nak tinggalkan Malaysia. Kalaulah saya ada rezeki bekerja di sana, saya nak bawak keluarga saya sekali senang. Sebagai anak sulung saya lah kena galas tanggungjawab nih tambahan pula adik2 masih bersekolah..
ReplyDelete