Saturday, February 16, 2013

KISAH NASTYNA DAN KTS

Dulu saya pernah ada peminat yang sentiasa membaca dan meninggalkan komen di blog saya. Namanya KTS. Entah apa silap dan salah saya, tiba-tiba dia berhenti melawat dan juga membuat komen.  Mungkin secara tak sedar atau tak sengaja saya ada menyakitkan hati dia. Entahlah.

Baru-baru ini saya mendapat  seorang follower yang gemar membaca entri lama saya dan meninggalkan komen. Namanya Nastyna dan mengikut profil di blognya dia kini menetap di German. Walaupun baru beberapa hari berkenalan di alam maya, dia telah panggil saya Pak Ngah.

Pagi tadi saya buka blog, saya tengok ada 12 komen dia yang terperangkap untuk diluluskan.


Sebenarnya banyak lagi komen dia kepada entri lama saya yang telah saya lepaskan.

Saya minta maaf kepada Nastyna kerana tidak menjawab kesemua komen dia. Walau bagaimanapun dua komennya saya ketengahakan di sini yang ingin saya beri sedikit ulasan atau balasan


Memang semua komen dia dan juga tentunya komen orang lain tidak lepas dari pembacaan saya. Saya juga macam dia, pasti akan respon kalau ada komen yang berupa pertanyaan yang serius.


Kesian kat suami dia sampai jam dua pagi masih lagi membaca blog saya. Dia kata dia kena translate entri saya kepada suaminya. Saya agak suaminya tentu bukan orang Malaysia.

Terima kasih Nastyna.

39 comments:

  1. Peminat baru tu.

    Peminat2 lama masih ada, cuma kadangkala malas nak tinggalkan komen je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. peminat lama memang sangat dihargai .. tanpa yang lama tiada yang baru (klise sangat kan !)

      Delete
  2. KTS mungkin dah bersara kot

    Peminat lama totap dtg, cuma mcm kta kakcik.... tak komen tp totap /like

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana totap datang walaupun sibuk.

      Delete
  3. Blog yang bagus mcm blog abang ni berbaloi dibaca w/pun entri yang lama2 tu.

    KTS dah tak aktif berblog w/pun 2-3 bulan lepas dia ada menulis semula. Skrg dah senyap semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. abang pun baru tahu dia sudah menulis semula di blog yang baru .. tapi entri terakhirnya pada 17hb Januari yang lalu.

      Delete
  4. Wah, ada peminat dari benua lain.

    Betul, tak respon komen tak semestinya tak baca. Pantun 'pecah kaca pecah gelas' memang tak relevan lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walau pun dari benua lain tapi orang Malaysia juga ..

      pecah kaca pecah gelas,
      sidah baca komenlah seulas.

      Delete
  5. Betul kata Kakcik Nur tu..kadang2 hanya baca but tak tinggal komen jea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mengapa .. saya tahu siapa yang datang melawat.

      Delete
  6. assalamualaikum ... seronok rasanya bila ada pembaca tegar . Kita pun sentiasa bersemangat nak edit blog .

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumslam .. betul .. semangat berblog pun menyala-nyala bila kita tahu ada orang suka baca.

      Delete
  7. Assalamualaikum. hahahahaha Adoi segan pulak saya nak komen dah, "Uncle in the Hat", itu yang suami saya gelar Uncle masa saya tunjuk gambar Uncle and wife kat "kerusi batu".
    Saya respect, dan menghargai blog yang bagus, thats why saya akan baca dari awal. Macam baca buku yang best, tapi sini free.
    Terima kasih sebab respond komen saya :D And saya harap KTS will come back here too.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar saya dan isteri kat "kerusi batu" yang mana ni ? saya pun dah lupa.

      Delete
    2. Entry Pak Ngah tentang jambatan runtuh, perbandingan struktur binaan dengn gambar Pak Ngah and wife kat rome kalau tak silap saya. Dicadangkan letka kerusi batu dalam parlimen instead supaya takder nak baling2 kerusi to each other. ingat tak ingat tak?

      Delete
    3. Gambar yang ni http://al-lavendari.blogspot.de/2009/10/runtuh-sekelip-mata.html
      entry tu saya tak komen sebab berita kemalangan tapi saya duk gelak2 tak habis lagi. macam tak patut.

      Delete
    4. ok dah jumpa dah .. patutlah pakngah dah lupa sebab entri itu dibuat tahun 2009.

      terima kasih kerana memberi linknya .. ini sudah terbalik !

      Delete
    5. Ha terbalik sudah....macam saya pulak tuan umah. maafkan daku Pak Ngah, terbuat macam umah sendiri pulak. hohoho

      Delete
  8. yg pasti sy jg akn ulang cari banyak entri yg ketinggalan dr pakngah.

    ReplyDelete
  9. sy dah ke blog KTS. patutlah uncle suka blog nya macam menarik. InsyaAllah akan ke sana lagi. tq bagi link

    ReplyDelete
  10. Uncle kena tulis entri dalam Bahasa German, baru husband Nastyna faham..hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya nanti uncle pulak yang tak faham .. hehe

      Delete
  11. assalam AL..rasanya KTS tu tak de terasa hati tu..kadang2 ada blog yang tercicir bila kita ubah background..saya pun pernah juga..bila kawan tu tinggalkan komen baru perasan..blog dia lama dah tak ditengok dan baca apalagi tinggalkan komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      harap-harap begitulah .. kalau dia nak berkecil hati dialah yang susah .. sebab saiz hati kita dah sesuai dengan badan kita. hehe

      Delete
  12. wiwit glemer pak ngah skang...

    ReplyDelete
  13. nak panggil pak ngah juga la hihi.. Kejap tadi melawat ke German trus transit ke sini huhu.. rasa macam pernah jejak ke sini tapi mungkin dah terputus link coz pernah berhenti berbelog kejap.. lepas ni boleh round kat sini pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi memilih blog ini untuk transit .. transitlah selalu.

      Delete
  14. seronoknya ada peminat dari jauh...
    ( ni komen jgn tidak jer hehe....dah baca kena la tinggalkan komen, ya tak?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh atau dekat, dalam dunia internet sekarang ini tak ada beza pung !

      Delete
  15. Replies
    1. Nieda pun jauh juga hinggakan tak dapat dikesan dari mana .. hehe

      Delete
  16. Ramai kawan, luas pengetahuan. Saya sentiasa percaya itu.

    ReplyDelete
  17. sy baca dendiam... jarang sgt komen....

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum.. 1st time singgah sini..

    ReplyDelete
  19. wah Pakngah..da ada peminat dari jauh...
    peminat mat salleh lak tuh...sanggup di translate kan lagi...
    tahniah Pakngah..bertuah!..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.