Gambar hiasan - hasil carian Google.
Syarat utama kepada ibadat kita diterima dan mendapat pahala dari Allah swt adalah ikhlas. Lawan kepada ikhlas ialah riak. Adalah amat sukar untuk mencapai status mukhlisin dalam beribadat kerana iblis sentiasa menggoda kita dengan pelbagai tipu helah sehingga hari kiamat.
Saya terjumpa sebuah hadis yang agak panjang yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah seperti berikut:
Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang pertama kali diseru pada hari kiamat adalah orang yang menghafal al Quran, orang yang mati syahid dan orang kaya.
Kepada orang-orang yang menghafal al Quran, Allah berfirman: "Apakah Aku tidak mengajar kamu membaca al Quran yang Aku turunkan kepada RasulKu?"
Jawab mereka: "Tentu sahaja, ya Tuhanku"
Firman Allah seterusnya: "Untuk apa ilmu yang engku miliki itu?"
Jawab mereka: "Saya amalkan dan saya kaji siang dan malam"
Firman Allah lagi: "Engkau dusta!"
Para Malaikat juga berkata: "Kamu dusta!"
Firman Allah: "Sebenarnya engkau ingin mendapat pujian dari orang ramai bahawa engkau seorang qari. Maka cukuplah pujian ramai sebagai pahala untukmu"
Sekarang, giliran orang kaya pula dihadapkan kepada Allah.
Firman Allah: "Apakah Aku tidak memberi kekayaan kepada mu, hingga engkau tidak memerlukan sesiapa pun?"
Jawabnya: "Tentulah ya Tuhanku. Hamba telah mendapat kakayaan dariMu".
Seterusnya Allah berfirman: "Engkau gunakan kekayaan yang Aku berikan itu untuk apa?"
dia menjawab: "Saya gunakan untuk bersilatulrahin dan bersedekah"
Maka Allah berfirman: "Engkau berdusta!"
Firman Allah seterusnya: "Sesungguhnya engkau ingin mendapat pujian sebagai seorang yang pemurah. Nah, ambillah pujian itu sebagai bahagian untuk mu"
Kini, tiba giliran yang yang mati syahid dihadapkan kepada Tuhan.
Allah berfirman: "Apa yang engkau lakukan selama di dunia?"
Jawabnya: "Saya diperintahkan untuk turut serta dalam perang sabil dan perintah itu saya turuti hingga saya mati dalam peperangan itu"
Firman Allah: "Kamu dusta!"
Kemudian Allah berfirman: "Sebenarnya engkau hanya ingin dipuji sebagai seorang pahlawan yang berani dan pujian itulah bahagian untukmu".
Kemudian Rasulullah menepuk lututku sambil bersabda: "Ya Abu Hurairah, mereka itu adalah orang-orang yang mula-mula sekali merasakan panasnya api neraka".
Sungguh-sungguh hati saya merasa
kecut bila membaca hadis ini. Rasa-rasa macam tiada peluang untuk masuk ke syurga memandangkan orang yang mati syahid, dermawan dan qari
pun dihumban ke dalam neraka kerana riak apalagi saya yang tidak pernah sunyi dari melakukan pelbagai dosa. Hanya rahmat, keampunan dan belas kasihan Allah sahaja yang saya harapkan untuk mendapat ridhaNya.
Sumber: Minhajul Abidin - Wasiat Imam Ghazali. Victory Agencie. Mukas surat 393 -395.
.......................................................................................................................................
Ya Allah, sangat kerdilnya diri ini...
ReplyDeletekerdil .. itulah perkataan yang paling sesuai utk menggambarkan siapa kita.
DeleteMudah -mudahan kita memasuki syurga Allah kerana rahmatnya. Ibadah itu hanya sebagai KPI ketaatan kita kepadanya. Amin
ReplyDeletesusah betul untuk mencapai KPI ini ..
DeleteAllah.... apalah lagi kakak yg tidak sempurna ini.
ReplyDeleteTerasa diri terlalu banyak kekurangan..
Betulla pakngah...ni siapkan keje pun pasal tanak bagi boss marah, nak bagi boss suka kita...macamana nak betulkan balik niat keje ni pun tak tau...sungguh menggusarkan perasaan...
ReplyDeletemungkin hati kecil semua orang begitu kot !
Deletebersedekah tanpa menunjuk-nunjuk...
ReplyDeleteorang tengok pun tak apa asal ikhlas ..
DeleteJgn kecewa dan putus asa. Ianya hanya peringatan buat kita, memberi kita kekuatan dan keikhlasan untuk terus melakukan segala perintah Allah, memohon keampunan dan melakukan amal jariah. Jauhi segala larangannya. Ingatlah, sesungguhnya Allah SWT itu Maha Adil, Maha Mengetahui, Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.
ReplyDeletedalam mengharap .. bimbang tetap ada.
Deleteterima kasih pokcik atas peringatan dr entry ini.
ReplyDeleteApa yang penting, niat kita dalam melakukan ibadat tersebut.
ReplyDeleteBagus sangat apa yang pakcik tulis hari ni. Semuanya terletak pada hati.
ReplyDeleteNak mintak izin share tulisan pakcik ni. Buleh ke?
P.S. Jaga diri dan kesihatan luar dan dalam ye pakcik. :)
boleh .. silakanlah perpanjangkan !
DeleteSalam...boleh saya minta share..sngat bermanfaat.. follow me back ya!..
ReplyDeletesilakan share dan saya dah follow balik .. t.kasih.
DeleteTQ uncle berkongsi peringatan ni....
ReplyDeleteYA ALLAH.. BUKAN SEMUDAH YANG DISANGKA.. BAGAIMANALAH KITA YANG TERNYATA BANYAK MELAKUKAN DOSA SAMAADA YANG SEDAR ATAUPUN TIDAK MAHU MENCIUM BAU SYURGA..
ReplyDeleteSAYA PUN MOHON UNTUK DIKONGSIKAN DI BLOG SAYA YE TUAN..? MOHON DIBENARKAN.
kebenaran diberikan dengan rasa senang hati ...
DeleteBila baca paparan al-lavendari, teringat sangat Temuk akan peringatan para ustaz supaya kita sentiasa memohon keredhaan Allah bagi apa juga amalan yang kita lakukan, kecil atau besar. Rugilah kita, apabila sekalipun hebat amalan tapi tiada keredhaan-Nya baginya.
ReplyDeleteBenar sekali. Saya petik nukilan dari Rabiatul Adawiyah:
Delete"Alangkah buruknya,
Orang yang menyembah Allah
Lantaran mengharap surga
Dan ingin diselamatkan dari api neraka
Seandainya surga dan neraka tak ada
Apakah engkau tidak akan menyembah-Nya?
Aku menyembah Allah
Lantaran mengharap ridha-Nya
Nikmat dan anugerah yang diberikan-Nya
Sudah cukup menggerakkan hatiku
Untuk menyembah-Mu"
antara tanda2 seorang itu ikhlas adalah dengan menyembunyikan kebaikannya :)
ReplyDeletesemoga kita tergolong orang2 yang mendapat syafaat..tq share
ReplyDeletemekaseh di atas perkongsian...insaf..
ReplyDeleteSesungguhnya tanpa kita sedari riak banyak menghapuskan pahala amalan kita.
ReplyDeleteAdakah perkara yang lebih tersorok dari riak ?? Bahkan banyak daripada kita terlupa kerana yang nyata terzahir hanya sombang, bongkak dan angkuh.
Riak ???? Selalunya kita tidak terasa.