Monday, February 25, 2013

KALAU PANDAI MEMINJAM ..



Dulu saya pernah buat entri khusus tentang masalah dan derita orang yang meminjamkan wang, kali ini saya nak cerita masalah orang yang meminjamkan barang atau benda pulak.

Kita bukanlah mengharapkan barang yang kita pinjamkan itu bila dipulangkan makin bertambah baik tetapi biarlah dalam dua keadaan, iaitu:

1.  Dalam keadaan yang munasabah.

Misalnya kalau kita pinjamkan kereta yang minyaknya penuh, maka kita mengharapkan semasa orang memulangkan kereta itu biarlah minyaknya penuh juga. Kita tidaklah mengharapkan tayar kereta kita semakin tebal bunganya masa dipulangkan. Kita pun munasabah juga.

Saya pernah meminjamkan kotak sejuk (cool box) pada seseorang yang ingin berniaga cendol semasa bulan puasa. Bila dipulangkan kepada saya, saya dapati kotak itu penuh lubang sana sini. Rupanya dia memcecahkan air batu menggunakan alat yang tajam (ice pick) seperti gambar di atas dan tentulah ada masanya terbabas dan tercocok dinding dan lantai kotak itu. Akhirnya saya sedekahkan kotak itu kepada dia.

2. Dalam keadaan yang masih boleh dikenali oleh tuannya. 

Misalnya kalau kita pinjamkan tangga, masa dikembalikan nanti janganlah pula tangga itu penuh diselaputi cat sampai kita tak pasti samada itu tangga kita atau tidak. Kes ini juga pernah berlaku kepada saya. Tapi saya terima kembali tangga itu sebab kondisinya masih baik, rupa parasnya sahaja yang tidak cun seperti masa ia dipinjamkan.

Jadinya kalau satu hari nanti kita terpaksa meminjam barang orang, maka ingatlah masa barang itu dipulangkan ia hendaklah berada dalam keadaan yang munasabah dan juga dalam keadaan yang boleh dikenali oleh tuannya yang empunya. 

Nota: Kalau ada yang terlepas membaca entri yang saya sebut dalam intro itu dan berhajat hendak membacanya silakan ke sini.


49 comments:

  1. ya...

    sy akan ingat pesanan tu.. keadaan munasabah dan masih boleh dikenali....

    tapi kalau meminjam duit macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba klik link yang dinyatakan dalam nota tu .. mudah-mudahan bertemu jawapannya di sana.

      Delete
  2. kagum & bangga jadi pemngomen pertama.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa ini pertama kali awak jadi pengomen pertama .. tahniah dan saya juga tumpang bangga.

      Delete
    2. haah.. memang pertama kali....

      blogger picisan.. jarangla meninggalkan komen..... :)

      Delete
  3. oh, pakngah. saya serik pinjamkan wang pada org.. time nak minta semula, dah macam peminta sedekah pula..punyalah susah. pandai pinjam, buat2 taktau time nak bayar. boleh pula buat dono..kalau setakat belas2 takpe, ni ratus2..kalau family, ok lagi. ni org luar.. serik sgt.

    satu lagi, pasal pinjam barang. sy pun geram juga, kata nak pinjam, sampai sekarang tak pulangkan.. bila minta, terus tak ingat kat mana. geram sgt2.. dari kita ni serba rasa nak bagi terus terpaksa mengkedekutkan diri dgn org macamnih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakngah memang tak akan tuntut kalau orang ada berhutang .. kalau dia nak bayarlah, kalau tak nak, tanggunglah sendiri nanti.

      jumlah yang orang dah pinjam beribu2 .. nak tahu lebih lanjut kenalah klik link yang pakngah sebutkan dalam nota itu.

      Delete
  4. Salam hormat :)

    Kalau meminjam barang atau apa saja, kenalah beringat untuk pulangkan balik... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      ada orang yang memang berniat nak pulangkan dan ada juga orang memang dah berniat dari awal tak mahu pulangkan.

      Delete
  5. Sy sendiri klu nak gune sesuatu brg, sy berat nak pinjam dgn org, sbb sy tak tanggung risiko klu jdk pape. Elok le kumpul uit n beli je brg tu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memanglah elok begitu .. tapi kalau dah terpaksa macamana ? misalnya ada orang pinjam gas masak dari makngahnya jam 5 pagi sebab gas masak dia habis .. dia sebenarnya pembuat dan penjual kuih. kenalah beri .. nasib baik rumah uncle memang sentiasa ada spare.

      Delete
  6. kes saya lain sikit bukan kes pinjam kot..,boleh saya kongsi? Saya suka beri makanan kepada jiran,oleh kerana saya jenis hormatkan jiran saya tak pernah beri makanan jiran dengan pinggan yang buruk atau mangkuk yang buruk...namun demikian setelah banyak pinggan mangkuk saya semakin kurang (ada yang lupa memulangkannya),kini saya menggunakan polisterin atau bekas plastik berpenutup untuk memberi makanan kepada jiran.Maka tiadalah lagi penggunaan pinggan mangkuk saya.Kalau tak pulangpun takpe.Biasanya kalau guna pinggan mangkuk sendiri,saya suruh dia salin terus makanan tu,tapi ramai yang tak mahu,menangguh-nangguh.lepas tu lupa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dia ingat bila guna pinggan yang elok dan cantik dia rasa serba salah nak pulangkan kosong .. tapi elok juga guna polistrin atau bekas plastik .. kira hangus dengan makanan yang diberi. penerima pun tak rasa serba salah.

      Delete
  7. Macam...pernah terjadi pada kami je cerita pakngah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya semua orang pernah mengalami .. malahan kanak2 di bangku sekolah pun.

      Delete
  8. Sedih la kalu barang kita dipinjam tapi dipulang macam dah tak rupa barang. Pendek kata macam dibuat harta dia sendiri la pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedih .. itulah risiko yang perlu kita jangka dan tanggung kalau kita beri pinjam barang kita. tak apa .. Dia akan menggantikanya berganda2 kalau kita redha.

      Delete
  9. kalo tak sengaje rosakkan, eloklah ganti baru kan pak ngahnya...

    ice box tu bagi saya memang kena ganti baru tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang orang yang rosakkan itu tak ada duit nak ganti baru .. itu sebab dia pinjam.

      Delete
  10. tetiba saya teringat.. masih belum pulang kan tangga kawan yang saya pinjam tempohari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak buat komen ini tepat jam 12 pm .. rasanya tangga itu sudah pun selamat dipulangkan pada masa ini.

      Delete
  11. Ada orang bila pinjam barang nak jadikan harta sendiri pulak. Kita yang terpaksa mengalah terhegeh2 minta balik barang kita sebab kita nak guna.

    Nasihat abang tu sangat relevan bila orang mcm tu pulangkan barang tu sebab selalunya bila dibalikkan sudah tak mcm masa dia pinjam..... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang benar2 terlupa dan ada juga yang buat-buat lupa dengan harapan kita pun lupa (agaknya) .. ada juga yang segan nak pulangkan sebab barang itu sudah tak serupa mula.

      Delete
  12. hehehe...saya pun pernah terkena beberapa kali, kita pinjamkan brg yg bersih tp bila terima balik dlm keadaan berkulat, sadisnya dia tk beritahu pun yg tk sempat basuh ker apa, main bungkus jer...

    kalau setakat penyepit kuku, gunting, penyapu kakilima tu mmg kira jadi khazanah diorang terusla....berus cuci tandas pun pernah dipinjam orang! hahaha....

    tp tu dulu la...skrg ni saya lebih bijak melindungi hakcipta terpelihara hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru teringat nak pinjam berus cuci tandas dari awak .. orang lain dah pinjam dulu .. bedebah.

      Delete
  13. memang itu yang diharapkan dari orang yang meminjam....
    ~pedih rasa orang curi2 pinjam barang kita dan bila rosak senyap tiada siapa beritahu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang jumpa orang yang lurus bendul sanggup mengaku dia yang merosakkan barang kita .. kadang2 sanggup bersumpah lagi menafikannya.

      Delete
  14. Memang bagus entri uncle ni..
    Org yg pandai berbudi, kalau lepas pinjam kereta kita, bukan sahaja di top up minyak bagu Full, tapi siap hantar car wash lagi..Tu org yg berbudi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi ada juga orang yang top up minyak dan hantar cuci tu mempunyai harapan untuk pinjam lagi .. hehe

      * ada juga orang, bukan semua.

      Delete
  15. Salam,
    Bagus peringatan ini...harap2 ada yg meminjam tu faham le.
    Kalau xnak terjadi apa2...jangan sesekali memberi pinjam. Kerana bila sahaja telah berpindah tangan, maka anda harus tanggung risikonya dan anda perlu redha dengan ketentuan. Sesekali perlu ada sikap kedekut nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      ada juga betulnya pandangan awak tu .. tapi kita perlu ada juga semangat untuk membantu orang yang benar2 memerlukan .. kalau barang tu rosak atau hilang, kita halalkan je lah dan beli baru. kalau kalau barang2 tu mahal macam motor atau kereta misalnya, peminjam itu harus bertanggung jawab.

      Delete
  16. jumpa buku arwah bapak.. banyak jugak orang pinjam darinya tapi tak bayar balik.. tapi kami adik beradik dah halalkan.. mula tu rasa cuak jgk tapi kami yakin rezki Allah luas di luar sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang itulah tindakan yang sangat baik .. orang yang meminjam itu tidak akan kaya raya dan kita juga tidak akan jatuh miskin kerananya.

      Delete
  17. pernah kawan meminjam buku..sekali pinjam nak banyak pulak tu..sampai berbelas..sekali bila dipulangkan selepas beberapa kali dimintak..dan selepas 2 tahun....sedih..kulit pun dah tak de

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang orang macam tu tak ada tamaddun agaknya .. nasib baik kulit sahaja yang tak ada, kalau isinya sekali, apa pulak yang nak dibaca.

      Delete
  18. sy ambil perhatian tentang perigatan ini...selalu berlaku dalam kehidupan sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang mesti mengalaminya .. kalau tak dulu, mungkin akan datang.

      Delete
  19. Baiklah Pak Ngah, saya janji saya pinjam lagi lepas ni.

    Baru beberapa hari lepas saya tengok kat tv kat Jerman ni ada buat komuniti untuk pinjam barang kat internet, register as a member, nak apa2 just post kan request or search camner tah, then gi collect jer. Ada kereta, alat pertukangan, macam2 la. kagum saya hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan juga nakalnya awak ni ! hehe

      tapi budaya orang barat dan juga jepun yang baik2 semacam itu, memang tidak tertiru oleh kita ..

      Delete
  20. Saya pun pernah terkena...nak utang rayu rayu...bila dapat..hilang terus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selepas ini suruh dia jadi perayu undi pulak .. hehe.

      Delete
  21. Dulu ada jiran yang sewa rumah kat sini, dia pinjam 2 extension wire kami pada satu malam raya, katanya nak pasang lampu lip lap..dia buat harta sendiri..sekarang dah pindah entah kemana.....saja cerita, saya dah halalkan bagi dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. halalkan sahajalah .. kalau nak tuntut kat mahkamah pun tak berbaloi. hehe

      tu taklah teruk sangat .. ada kawan saya sewakan rumahnya kat artis .. selepas hampir setahun tak bayar sewa, dia orang lari malam dan rumah pulak hancur lebur. nak konteks nombor telefonnya ditamatkan. tahan sahajalah perasaan marah tu.

      Delete
  22. Assalam

    Saya pun jenis segan nak mintak orang pulangkan balik brg yg dia pinjam. Tapi bila dah terdesak saya kias2 juga...pastu taknak bagi dah pinjam apa2 kat org jenis gitu... pinjam wit kita pun ada yg tak bayar.. Dulu mintak2 suruh bayar..last2 engko tanggunglah sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      saya serupa, segan nak minta balik. kalau dia orang nak bayar saya terima, kalau tidak tak apalah. tanggunglah sendiri nanti.

      Delete
  23. assalamualaikum ... saya ni susah sikit nak pinjamkan brg kat org sbb bila dah cacat aka x cukup sifat mesti saya hangin ... jadi saya lbh suka beli sendiri daripada pinjam dengan org .

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      kita boleh control tak mahu pinjam barang orang, tapi orang tidak boleh kita control .. itulah masalahnya.

      Delete
  24. ni namanya etika meminjam, kalau dah sampai berbeza dari segi rupa dll, itu dah kira bukan pinjam kuikuikui

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.