Tuesday, February 12, 2013

FERRARI PUN TERSANGKUT JUGA BILA JALAN SESAK.

Entri kali ini ringan sahaja. Cuma sekadar nak mengemaskini blog. Hari Sabtu lepas, saya hadir dua kenduri kawin. Satu di taman perumahan saya dan satu lagi di Dengkil bersebelahan Wetlands.


Gambar 1: Bergambar dengan pengantin, ibubapanya dan sahabat lama. Macam biasa Makngahnya tak dapat pergi kerana menjaga bapanya . Taman Arked, Dengkil.

Dah lama saya dengar nama Wetlands, baru kali ini sampai. Boleh tahan cantiknya dan berpoteni untuk di majukan oleh usahawan yang kreatif dan inovatif.



Gambar 2: Di perkarangan kompleks Paya Indah Wetlands, Dengkil. Cuma sempat bergambar tapi tak sempat meneroka.

Hari Ahad semalam pula saya ke Pusat Komuniti, Taman Koperasi Polis, dekat Batu Caves. Dari rumah saya ikut Lebuhraya LEKAS. Jalan menghala ke KL, lengang.  Bila mendekati kawasan Cheras dan memasuki Jalan Lingkaran Tengah (MRR), jalan mula sesak. Saya lihat sebuah Ferrari pun ikut tersangkut dalam kesesakan. Walau pun harganya mungkin lebih RM 1 juta, tapi bila menempuh jalan yang sesak, dia pun tak boleh buat apa. Sama sahaja nasibnya dengan kereta yang bukan Ferrari macam kereta saya.

Saya tak bawa kad jemputan sebab entah letak kat mana. Main redah jer. Setelah bertanya 3-4 kali, akhirnya saya sampai juga ke dewan itu. 

Saya suka pergi kenduri kenduri kawin yang diadakan di rumah atau di dewan yang bila sampai boleh terus makan. Tak perlu tunggu makan bersama-sama dengan orang lain macam kenduri kat hotel besar-besar. 


Gambar 3: Masa pengantin bersanding, tetamu dah ramai yang balik. Itulah nasib pengantin kalau kenduri kawin  makan tak serentak - Pusat Komuniti, Taman Koperasi Polis, Batu Caves.

Saya pernah buat satu entri mengenai "kemalasan" saya kalau kena pergi kenduri kawin kat hotel besar. Saya baca semula entri tersebut dan tersenyum sorang-sorang. Kenapa sekarang ini saya tak ada idea nak menulis macam itu lagi. Mungkin demam belum kebah sepenuhnya lagi kot. 


19 comments:

  1. kali pertama saya baca kedua dua entry ni... yg mkn di hotel tu mmg cukup menarik dan kreatif... seronok saya baca kedua duanya,.. sedikit sebanyak dapat motivasi dengan penulisan Tn Hj di sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi baca entri lama saya ..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah nampak tuan dah sihat.
    Masa jem kereta atos buruk makchaq boleh seiring dengan ferari... kalau tak jem dapat tengok asap je la...

    Makchaq pun suka kenduri terus makan dari yg makan serentak, kekurangan makan terus, ada kala sampai masa peak, makanan habis tak sempat refill/tempat semua penuh, kena tunggu sampai ada tamu yg selesai makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur semakin sihat dan semakin bertambah selera makan ..

      kadang2 ada juga rasa nak pergi kedai mamak bila susah nak dapat tempat duduk.

      Delete
  4. Assallamualaikum Tuan,
    Saya pun suka kenduri bila sampai boleh terus makan. Terasa meriah kenduri bila tak payah ikut protokol..baju kena itu ini..kena jawab nak hadir ke tidak..kalau kena jawab pakai tak pi lerr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      tapi kadang2 hajat tuan rumah dan pengantin kena jugalah diraikan walaupun agak leceh sikit.

      Delete
  5. kami pun berselisih dgn Farreri yg pakai eskot dgn polis trafic 2 org. sapa lah tu?

    ReplyDelete
  6. saya suka gi kenduri kawin yang sajikan makanan tradisional/ yang bukan tipikal..yang bukan tipikal nasi minyak+ rendang daging + ayam masak merah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. unlce tak kisah .. hari tu ada kenduri hidangkan makanan tradisional dan nasi briyani. uncle belasah dua kali. hehe

      Delete
  7. Semalam pun IM pergi kenduri kat Kampung Pasir, Slim village. Satu famili pengantin berpakaian sedondon.

    Bisik hati IM: Mak aiihhh... dasyat juga depa ni. Ad duit nak buat satu set pakaian.

    Masa kenduri anak IM dulu, bila ibu_suri tanya nak buat sedondon tak, IM kata.. buat apa bazir duit semata-mata nak guna untuk sehari itu saja!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin mereka ingin meraikan dan merakamkannya sebagai tanda kenang2an hari berbahagia mereka.

      Delete
  8. Assalam AL..saya pun suka sampai je tempat kenduri..tuan rumah atau penyambutv tetamu terus suruh makan dulu..tapi selama pergi kenduri ada sekali je saya pi kenduri di tasik jaya tu..dia tutp semua makanan dulu..suruh orang tengok pengantin bersanding..siap tepong tawar bagai..baru tuan rumah benarkan orang makan..semua yang datang terpaksa menunggu macam nak tengok persembahan pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      kalau kenduri bukan buat kat hotel besar, macam ganjil pulak kalau buat macam tu.

      Delete
  9. Hehehe eka suka pegi kenduri kahwin.Seboleh-bolehnya memang tak nak lepas jemputan.

    Mesti ikut mak ayah hehehehe

    eka nanti nak buat kat rumah je.Rasa lagi seronok.

    ReplyDelete
  10. semoga pak ngah jaga kesihatan baik-baik...

    saya pun suka pegi kenduri yang di rumah :)

    ReplyDelete
  11. saya selalu wonder pasal wetland tu, tempat apa sebenar nya ek?

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.