Gambar hiasan hasil carian Google.
Tersebut kisah seorang pesakit mental bernama Che Wel telah memanjat dan berada di atas pokok kelapa dari pagi hingga ke petang. Puas ibubapa, adik beradik, saudara mara serta orang kampungnya memujuk supaya dia turun namun tidak diendahkannya. Selepas letih memujuk, ada seorang mencadangkan supaya dikenakan ugutan.
Setelah dibenarkan oleh keluarga pesakit tadi, orang yang mencadangkan itu mengambil kapak dan berpura-pura ingin menebang pokok kelapa itu. Jangankan takut malah tindakan orang itu ditertawakan oleh Che Wel.
Kemudian ketua kampung mencadangkan supaya dipanggil orang yang sakit mental juga untuk berurusan dengan pesakit mental seperti Che Wel ini. Lalu dipanggillah Che Ngong yang rumahnya berdekatan untuk menjayakan misi ini.
Sebaik tiba, Che Ngong pun mengeluarkan sebilah pisau cukur dan menjerit kepada Che Wel yang berada di atas pokok itu ..
"Baik kau turun sekarang, kalau tidak aku tebang pokok ini" sambil dia menunjukkan pisau cukur yang ada di tangannya. Tetiba Che Wel yang berada di atas pokok itu menggelungsur turun dengan sangat lajunya.
Orang ramai pun tercengang dan salah seorang di antaranya bertanya kepadanya:
"Tadi ada orang nak tebang pokok itu dengan kapak engkau tak takut, tapi bila dia tu nak tebang dengan pisau cukur, kenapa pulak engkau takut sangat ?"
Dengan muka yang bersungguh-sungguh Che Wel menjawab ..
"Che Ngang tu kan ge gila .. orang gila bukan boleh kira sangat"
p/s: Ada tak sesiapa yang belum mendengar lawak ini ?
bukan orang gila je bukan berkira sangat .. dengan anak-anak kecik kadang2 saya terbuat macam tu ...tipu sunat
ReplyDeletesaya rasa semua ibu bapa/abang/kakak pernah dan biasa buat gitu ..
DeleteHehehe.. Siapa yang gila sebenarnya? Dan siapa yang sebenanya telah diperbodohkan? ;-)
ReplyDeleteyang pasti, saya tidak gila .. hehe
Deleteuncle,,saya first time bace cerita lawak nih..senyom sorang2 :)
ReplyDeletepakcik, ecah pernah dengar citer ni..abah ecah yang citer..lawak tul..kata abah nak tipu org gila,gaya / teknik pon kena "gila" jgk..
ReplyDeleteboloeh tahan juga kelakarnya bapak ecah tu ye !
Deletehahahaha........orang gila juga takutkan org gila.....
ReplyDeleteHaahhahhha yg ni Na. 1st time bace hihi jgn main gila dgn org gila :)
ReplyDeleteSaya tak pernah dengar kisah ni Pak Ngah. Ada pengajaran kan.
ReplyDeletepengajarannya seperti yang Abil cakap kat bawah tu ..
Deletehehehe...elok le tu..wel + ngong ( ke ngang?)..kena sangat la tu..
ReplyDeleteKalau ada problem panggil la org yg pakar untuk uruskannya..hahahaha 1st time dgr citer ni..
ReplyDeletebetul .. pandai awak buat rumusan. only thief catch a thief
Deletegila bertemu gila...double gila jadinya hehe
ReplyDeleteahahaha..saya baru saja dengar lawak i..
ReplyDeletedua jadi gila haha
Makchaq tak pernah dengaq....pandai pulak dia takut kat orang gila...
ReplyDeletehahaha..lawak lah Pak Ngah..belum pernah dgr..
ReplyDeletesalam kenal Pak Ngah...follow sini #878:)
terima kasih banyak-banyak kerana sudi follow dan singgah.
DeleteBaru kali ni baca
ReplyDeletetp betul juga biar orang yg tahu dan arif laksanakan kerja diorang
yang tak tahu duk diam diam
jgn menyibuk
kesimpulan yang tepat sekali ..
Deleteassalamualaikum ... boleh lak dia dapat idea tu ... hahahaaa
ReplyDeleteHahahaha gaya macam dia tu betul jer Che Wel ni. Ok,pengajaran.. kena hati2 jugak dengan orang gila, sebab depa akan buat betul2.
ReplyDeleteLucu sungguh! Rasa-rasa nak pula kata (sebagai reaksi) "cuma jauhari mengenal maknikam" Tapi takut orang marah kalau pembawa pisau cukur dinobatkan jadi warga jauhari.
ReplyDeleteboleh tukar peribahasa itu kepada "cuma johari mengenal maniam" .. rasanya tidak ada orang marah kecuali johari dan maniam kot.
Deletesy sudi membaca lawak ni.. memang lawak dua2 ngok-ngek.. hahaha
ReplyDeleteFirst time saya dengar.
ReplyDeleteMesti meriah pondok RT tu dgn pelbagai cerita. Bagus tu
memang sentiasa meriah .. kadang2 tak sedar jam sudah 3 pagi.
DeleteBapak pun first time dengar lawak ni..hehehe
ReplyDeletesaya tak pernah dengar lagi lawak ni.first time jugak ni...
ReplyDeleteSaya belum pernah dengar/baca di mana-mana pun. Cuma pelik juga, kenapa kerana orang yg disangka gila dia boleh turun?
ReplyDeletebukan di sangka gila tapi memang benar-benar gila ..
Deletepertamakali dengar cerita ni, kelakar hahaha
ReplyDeletetp saya pernah dengar orang "kurang sehat fikiran" menuduh orang "kurang sehat fikiran" yang lain, sampai termuncung2 mulut menggayakan cerita padahal keduanya dua kali lima jer hehehe....
orang kurang sihat ini terlepas dari tanggungjawab mengerjakan fardhu ain dan kifayah ..
Deletehahaha!!! saya gelak sambil blur blur..sapa yang gila sebenarnya?
ReplyDeleteyang pastinya pemilik blog ini tidak gila .. hehe
DeleteKali pertama baca kisah macam ni... cukup utk buat saya senyum lebar depan komputer :)
ReplyDeletehahaha...tesengih2 saya depan PC..
ReplyDeleteterima kasih singgah .. lama awak tak berkunjung ke mari.
Deletehahahaha...lawak la..
ReplyDeletentah sape yg giler pun xtau..
saya pun jadik giler dok pikirkan..
hahahahahahahahahahahahhahahahahahha..sah giler dah!
saya pulak yang berjangkit dengan gelak awak tu ... hahahahaha dan seterusnya.
Deletehehehehe,senyum sorang2 lepas baca ni tapi masih waras lagi....nasib baik dia tak terjun..."orang gila bukan boleh kira sangat"
ReplyDeletesaya dengar orang gila ni ada naluri yang memandu mereka .. misalnya dia tahu api itu panas.
Delete