Cakap apa tu ?
Dalam masyarakat Islam kita sekarang, saya percaya anda pernah bertemu dan berinteraksi dengan 4 golongan wanita ini.
Golongan 1: Berhijab dan menjaga adab.
Alhamdulillah. Inilah muslimah yang terbaik dan patut diteladani. Bertuahlah ibubapa mendapat anak perempuan begini dan kalau sudah berumah tangga, bertuahlah suami mendapat isteri yang begini.
Golongan 2: Tidak berhijab tetapi menjaga adab.
Walaupun tidak sebaik golongan pertama tetapi ia lebih baik dari golongan ke 3 dan ke 4. Syaratnya mereka ada azam untuk berhijab tetapi atas desakan pekerjaan seperti menjadi pramugari Air Asia misalnya, mereka tidak berupaya lagi untuk berhijab. Mereka tetap mengerjakan amal ibadat seperti yang dituntut di samping menjag mulut serta budi perkerti sebagai seorang Muslim.
Golongan 3: Berhijab tetapi tidak menjaga adab
Mereka behijab layak seorang muslimah sejati tetapi tidak menjaga adab. Mereka berhijab kerana ikut-kutan. Iman mereka tidak kukuh. Percakapan mereka busuk kerana suka mengumpat dan memuji diri di samping berat tangan untuk menghulurkan pertolongan kepada orang lain. Mereka seolah-olah menyangka kerana mereka telah berhijab mereka sudah terlepas dari dosa pahala. Sangatlah rugi golongan ini.
Golongan 4: Tidak berhijab dan tak beradab.
Golongan ini tidak perlulah saya huraikan ciri-cirinya. Sangat jelas. Marilah kita doakan mereka mendapat hidayah agar segera berhijab serta menjaga adab.
Nota kaki. Entri ini berdasarkan sebuah kuliah yang disampakan oleh seorang Ustaz di masjid di tempat saya sekarang. Dia merujuk kepada wanita tetapi saya rasa ia boleh juga digunapakai kepada kaum lelaki dengan menukar perkataan hijab kepada serban dan jubah.
Lampiran.
Kalau hendak berhijab jangan bertangguh-tangguh jika tiada masalah untuk melakukannya kerana sesungguhnya saat kematian tidak bertangguh bila sudah tiba waktunya DAN juga janganlah bersyarat.
"SELAMAT MENERUSKAN PUASA"
Setuju...kalau nak berhijab jangan bertangguh.
ReplyDeleteBoleh pulak bagi syarat sebegitu?
ReplyDeleteAlhamdulillah Pak Ngah sedang mendidik anak perempuan yang seorang tu menjadi muslimah sejati walaupun mak dia tak berapa nak sejati sangat muda2 dulu.
Itulah pasal .. masing2 ada sejarah yg silam. Yg penting lihat ke depan.
DeleteOrang sekarang kebanyakkannya yang nombor 3 tu, berhijab sebab ikut trend.
ReplyDeleteTapi ok kot sebab dosa buka aurat tu dah terlepas...
Best entri yg mcm ni
ReplyDeleteORANG KITA HANYA FIKIR AURAT ITU ADALAH BERHIJAB.. TAPI IA ADALAH LEBIH DARIPADA ITU..
ReplyDeleteAha, untuk lelaki pula, perkataan 'hijab' tu boleh ditukar dengan 'seluar pendek' atau 'seluar bermuda'... hahah ^^
ReplyDeletehahaHA .. sesuai.
DeleteMudah2an Allah bukakan pintu hati dia berhijab tanpa syarat
ReplyDeleteInsyaallah. Spt Neelofa dan Mizz Nina kan!
Delete