Tuesday, July 15, 2014

MASA MULA PINDAH SAYA AGAK SEGAN.

Masa mula-mula pindah sini dulu, saya agak segan-segan juga nak 'join' orang sini di majlis-majlis seperti kenduri kawin, aqeqah dan sebagainya.

Selain mereka tak kenal saya, dan sudah tentulah saya pun tak kenal mereka; saya tak tahu nak bercakap loghat orang sini dan tak berapa faham cakap orang sini. Saya juga khuatir orang sini tak faham cakap saya. Kalau saya nak tiru tiru pulak, takut orang sini langsung tak faham.

Kalau saya pergi kenduri pun saya duduk kat meja sesama keluarga saya atau keluarga isteri saya. Kalau ada orang lain kat meja itu, saya cuma berbalas senyuman. 

Tapi apabila selepas beberapa minggu, ada yang mula menyapa saya. Dari isi sapaan mereka saya tahu mereka telah pun mengenal saya dalam diam. Misalnya.

"Pak Masri macamana ?".  Masri tu adalah bapa mertua saya.

"Zimi tak balik ?"
. Zimi itu adalah nama abang ipar saya yang tinggal di Manjung, Perak.

"Dah lepas anak ikan?"
. Maknanya mereka tahu saya buat kolam ikan kat rumah dan tengah mencari anak ikan untuk dimasukkan.


Dari teguran itu, saya pasti mereka telah buat sedikit 'kerja rumah' mengenai saya. Dan saya rasa amat senang dengan apa yang berlaku dan semakin selesa duduk di tempat orang ini. Ini menggambarkan bahawa penduduk kampung tempat saya tinggal ini masih lagi padu perhubungan mereka serta mengambil tahu dan peka dengan orang keliling.

Namun begitu saya tetap missed ke tiga-tiga cucu saya yang tinggal di Selangor dan Negeri Sembilan.

 

Cucu pertama - Amirin (Yin)


Cucu ke dua - Iris (Yis)


Dia dua orang tu berjangkit penyakit dalam entri saya sebelum ini. Cucu saya yang ke tiga kecik sangat lagi, belum pandai bergaya, tapi saya masukan juga gambar dia seperti di bawah.



Izzatul Iman.


26 comments:

  1. Uncle ada buat kerja rumah tak tentang penduduk2 kampung tu? :P
    Mungkin cara mereka berbeza dgn kawan2 setaman uncle di Lavender Hgt, sebab di Lavender Hgt majoritinya berjawatan tinggi dan berwang...Tak apa lah uncle, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau, naya tak leh keluar! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mana2 negeri pun ada orang yang baik dan kurang baik, manusia ni bermacam-macam ragam, asalkan pandai bawa diri, InsyaAllah selamatlah kita pergi ke mana2 pun... just chill and stay positive wherever you are, good things are bound to happen to positive people, peace~ ^^

      Delete
    2. Daddy Ziyyad.

      Buat jugalah utk orang tertentu. Tak laratlah nak buat semua orang. Beratus tu.

      Delete
  2. Oooh, Pak Ngah ni bukan asal orang Perlih rupanya, heheh. InsyaAllah orang sini baik2 belaka Pak Ngah, saya orang Perlih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh PakNgah, pasal nama kg saya tu, biarlah ianya rahsia... hehehehehehe ;p

      Delete
    2. Memang orang Perlih baik-baik belaka. Cuma kuat berahsia. Hehe.

      Delete
  3. Pakngah... pengalaman saya yang kerap ke Perlis dulu. SERIUS saya berani kata, orang Perlis memang hebat. Depa sangat kuat ikatan persahabatan, kekeluargaan dan masyarakat. Baik hati dan pemurah.

    Memang best dok Perlis. Wpun saya juga rindukan Pakngah dan Makngah! cewahhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Orang Perlis memang hebat. Buktinya adalah Makngahnya. Hehe.

      Delete
  4. Awat Pakngah reply komen guna nama lain? Salah akaun kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bukan komen saya tapi dari Plain83, seorang blogger berasal dari Perlis.

      Delete
  5. sesekali sy masih rindu nk ke perlis, tapi hati belum terubat. lepas berbelas tahun sy ke kuala perlis untuk gathering raya dgn kawan2 sekolah few years back, dan masih belum ke sana untuk berziarah lokasi lama....

    satu y pasti, perlis lebih panas dari penang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Perlis agak panas dari tempat lain. Namun Allah itu maha adil. Dia jadikan tanahnya sesuai utk mangga harum manis.

      Delete
  6. Ye Pak Ngah saya pun sayang nak tinggalkan Perlis, walapun orang2nya 'hemoi-hemoi' belaka tetapi saya tak pernah jatuh cinta dengan orang Perlis...ahahahaa...

    Cucu yang comel dan keletah bukan Tok Wan dan Tok ja dok teringat dan rindu orang yang hat dok tengok ni pun senyum2 jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jodoh pertemuan telah ditentukanNya.

      Tak lama lagi Iris akan balik beraya. Yea.

      Delete
  7. Puas diorang study pasal Pak Ngah tu.. Silap-silap dah boleh buat tesis.. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia orang senanglah nak study, Pakngah sorang. Tambahan pulak Pak Mertua pernah jadi ketua kampung.

      Delete
  8. Alamak...! Saya macam terlepas entry Pak Ngah pindah dari Lavender Height je...

    Ala.. siapa ajar cucu-cucu Pak Ngah buat muncung itik tu...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish kesian. Ada lagi entri itu yg bertarikh 25/3/2014.

      Mungkin emaknya kot .. hehe.

      Delete
  9. bukan senang nak berubah kawasan ...

    ReplyDelete
  10. Walaubagaimana pun ramah tamah dn baik budi bahasa oghang perlih ni saya pasti en hamzah tetap rindukan rumah dan jiran tetangga di Al lavender..betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ..memang tidak dapat dinafikan .. kadang-kadang rasa ternampak-nampak.

      Delete
  11. Saya harap uncle dapat ramai kawan di tempat baru. Moga uncle serasi berkawan dgn mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah .. setakat ini tiada masalah .. kita saling menghormati walaupun mungkin berbeza parti dan pendekatan.

      Delete
  12. kadang kadang kita memang segan bila berada kat tempat baru.. tapi orang setempat biasanya teruja nak kenal jiran baru mereka... biasanya kat kawasan kampung dan perumahan lah kan Pak Ngah kan...

    Saya duduk kawasan perumahan juga dah enam tahun tapi sedih bila satu hari di bazar ramadhan jiran yang saya sering sapa setiap kali terserempak nak pergi kerja tanya "Baru pindah sini ke? Tak pernah nampak pun"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Pakngah mungkin jiran tu dah kena dengan steering lock .. hehe.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.