Monday, May 23, 2016

KISAH PENCURI DI KALANGAN PEMANCING.


 Papan tanda yang saya jumpai di salah sebuah kolam memancing.


Entri kali ini saya nak sambung cerita fasal memancing lagi. Entri sebelum ini tentang karenah sesetengah pemilik kolam. Kali ini saya nak cerita tentang sikap tidak beretika segelintir pemancing yang saya perhatikan dengan mata kepala saya sendiri.

Sebagaimana tajuk entri ini, saya fokuskan tentang sikap sesetengah kaki pancing yang suka 'mencuri'.  Mereka mencuri dalam dua keadaan iaitu curi masa dan curi pancing.

1. Curi masa dengan memancing lebih lama dari masa yang ditentukan.

Katalah kita bayar untuk memancing selama 3 jam dan sepatutnya tamat tempoh katalah jam 11 pagi, tetapi mereka yang biasa mencuri ini, akan memancing lebih masa selama 7-8 minit lagi baru berhenti.  Selalunya taukeh kolam tidak kata apa-apa kalau lebih 7-8 minit tapi dalam hati mereka tentu berasa jengkel dengan tindakan pemancing jenis ini.

Kalau sekali pancing curi 7-8 minit, sepuluh kali dah berapa. Dan kalau 10 orang buat perangai macam tu, besar kesannya kepada taukeh.

2. Curi pancing dengan menggunakan joran kedua secara sembunyi.

Keadaan ini biasa terjadi jika pemilik kolam tidak berada atau berjauhan dari kolam memancing. Bila pemilik kolam datang "round', mereka ini akan cepat-cepat simpan joran yang satu lagi.

Memang saya biasanya bawa dua joran kerana jika satu joran tidak berfungsi, maka saya boleh gunakan joran kedua. Bahkan rata-rata saya perhatikan pemancing akan bawa satu joran 'spare' untuk digunakan  jika apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada joran pertama. Joran ke dua inilah yang digunakan untuk 'mencuri' itu. Ia digunakan untuk memancing samada oleh isteri, anak, kawannya atau pun oleh pemancing sendiri.

Walaupun perbuatan mereka bukanlah mencuri dalam keadaan yang biasa kita fahami seperti mencuri motor dsb tapi perbuatan yang saya sebutkan di atas tergolong juga dalam perbuatan mencuri.




12 comments:

  1. Mencuri yg tak nampak inilah dia sebab itu tak memang susah nak di tangkap
    Cuma sendiri kena fikirlah perbuatan itu salah atau pun tidak kerana malaikat Allah tak pernah lalai mencatat walau sesaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau semua pemancing berfikiran begitu, senang hatilah taukeh kolam.

      Delete
  2. Banyak makna mencuri ye pak ngah..
    Tak semestinya mencuri pecah rumah orang ye..
    Memancing pun boleh mencuri..

    ReplyDelete
  3. Tak terfikir pulak perkara ni Pak Ngah sebab tak pernah gi memancing di kolam apatah lagi di sungai atau di laut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau suami awak atau ada adik beradik memancing, minta dia baca entri ini.

      Delete
  4. Tak terasa takut ke makan ikan hasil "mencuri" ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. taku juga agaknya .. tu sebab bila taukeh kolam dtg, cepat2 angkat pancing kedua.

      Delete
  5. Banyak makna curi kan Pak Ngah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya .. hati awak pun dah kena curi walaupun ia tetap melekat di situ.

      Delete
  6. Mencuri tetap salah walau apa pun niat tu..kalo mencuri hati yang belum terisi tu boleh la..hehe..kita ambil hak orang,nanti perkara tu berbalik dengan kita juga..kan uncle

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.