Gambar harum manis sebagai hiasan ihsan Google.
Sekarang ini musim buah mangga harum manis kat Perlis. Sana sini orang cakap pasal buah harum manis. Tiba-tiba saya teringat akan kisah seorang pakcik yang ingin menjual buah harum manis kepada saya dengan harga cuma RM10 sahaja sekilo sedangkan harga di pasaran adalah antara RM30-RM35 sekilo.
Memang "murah giler" bisik hati kecil saya.
"Betul ke RM10 sekilo ?". Saya bertanya untuk dapatkan kepastian.
"A'ahlah" jawab dia pendek. "Awak ndak ke?". Giliran dia pulak tanya saya.
"Kalau RM10 sekilo siapa tak ndak" jawab saya.
"Kalau ndak bak duit" katanya.
Saya tanya "mana buahnya?"
"Baru nak tanam. Pakcik perlu duit buat modal. Nanti bila dah berbuah, datanglah ambil". Jawabnya selamba.
"Hampeh". Kata saya dalam hati. Geram sebab terkena main.
Nampaknya pakcik ini sedang mengamalkan kaedah "crowd funding" untuk mendapatkan dana.
Notakaki: Sekilo tu maksudnya sekilogram bukannya sekilometer.
as salam..
ReplyDeletePak ngah, pakcik tu tgh masuk air tuuu
waalaikumusalam.
Deletehaha .. yelah kot. Pak Ngah pun tak kenal dia.
Pandai loyar buruk pulak pakcik tu..hehe..nasib uncle la terkena..
ReplyDeletenasib baik dia tak jadi loyar betul .. hehe.
DeleteAssalamualaikum Pak Ngah.. pandai marketing pakcik tu..
ReplyDeletewaalaikumusalam.
Deletebukan setakat pandai tapi lebih advance ..