Wednesday, April 27, 2016

PENGALAMAN CARI TEMPAT LETAK KERETA.


 Gambar hiasan ihsan Google.

Kadang-kadang masa kita cari tempat letak kereta kat gedung beli belah, kita terus terjumpa satu petak kosong, sebaik memasuki kawasan tempat letak kereta di situ. Tapi kita tak ambil sebab kita kata jauh sangat dari pintu gedung dan kita fikir sebelah depan berhampiran dengan gedung tentu ada lagi yang kosong.  

Kemudian kita pandu perlahan2 sampai ke pintu gedung tapi masih juga tak berjumpa tempat kosong. Lalu kita cepat-cepat patah balik ke tempat letak kereta yang kosong yang kita jumpa tadi, malangnya tempat itu sudah diambil orang.

Lain kali bila kita pergi lagi ke gedung yang sama, sebaik masuk ke tempat letak kereta kita terjumpa satu tempat kosong, terus kita ambil. Kemudian kita pun jalan kaki menuju ke pintu gedung. Nak jadi cerita, kita terjumpa beberapa tempat kosong berdekatan dengan pintu masuk. Kita pun kata "ish, kalau aku tahu tadi, aku terus ke sini"

Begitulah dengan kehidupan kita ini. Kita tidak mungkin akan tahu nasib kita pada masa hadapan. Oleh itu bila ada peluang baik atau rezeki, ambil sahaja kerana peluang atau rezeki itu selalunya tidak datang kali ke dua. Apa yang kita ambil atau terima masa itu, itulah sebenarnya rezeki kita.


~ 

12 comments:

  1. Betul tu pak ngah..
    Rezeki Allah yg menentu kan..
    Cepat atau lambat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya .. kalau tak dapat pun tentu ada hikmahnya. cuma kita jer yg tak tahu.

      Delete
  2. Setuju uncle..bersyukur dengan rezeki yang diterima tapi tak payah disesal sesuatu yang tak jadi rezeki kita.
    Analogi yg baik..nasihat yang bernas..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga digantikanNya dgn rezeki yg lebih baik.

      Delete
  3. Betul tu pakngah...ambil shj rezeki/peluang depan mata sebelum kita berputih mata. Masalah lain yg timbul pula ialah bila kita pegi semula ke parking selepas habis urusan, kemudian cari kereta tak jumpa, tak ingat parking kereta di belah mana...hahah...pernahkah anda mengalaminya? Saya pernah...hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak kali alaminya terutama kalau parking dalam bangunan yang bertingkat2 .. panik juga sebab ingatkan kereta dah kena curi.

      Delete
  4. betul sangat.. mm.. mmg nasib badan

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.