Monday, May 9, 2016
PEMBERIAN KU TAK DITERIMA.
Gambar hiasan hasil carian Google.
Beberapa tahun dulu saya pernah pergi kenduri kahwin anak kawan lama saya di sebuah taman perumahan di daerah Gombak.
Macam biasa semasa bersalaman dengan tuan rumah sebaik sampai, saya hulur sampul surat yang berisi. Tetapi saya sangat terperanjat kerana dia dengan muka yang serius, menolak pemberian saya sambil berkata:
"ehh tak payahlah .. buat malu jer"
Tindakan dia yg tidak saya duga itu membuatkan air muka saya berubah. Terperanjat ada dan malu pun ada diperlakukan sebegitu rupa di khalayak ramai. Tetapi saya tak peduli, saya ulur juga dengan tolakan yang lebih keras dari tadi. Agaknya bila dia tengok muka saya yang dah hampir bertukar menjadi Incredible Hulk, diambilnya juga pemberian saya yang tak seberapa itu dan seterusnya dia mempersilakan saya menikmati jamuan yang telah tersedia.
Saya makan pun sudah tidak terasa lagi nikmatnya dan teringat ingin segera pulang sahaja.
Kalau anda berada dalam situasi yg serupa dengan saya, apa agaknya perasaan dan tindakan anda ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ada jugak orang memang dah nazar Pak Ngah nak jamu makan free time kenduri kahwin. kalau kat kampung saya biasa macam tu, awal2 lagi memang dia akan tolak so tu perkara biasa. siap tak buat surat jemputan lagi untuk bezakan , just sampai mulut jer datang menjemput. hehehe
ReplyDeleteye ke mcm tu .. baru tau.
Deletemalu pulak rasanya, bila dah tau.
Kalau orang Kelantan biasa juga tak nak ambik..
ReplyDeleteMemang mereka buat majlis kesyukuran dan bertujuan nak menjamu tetamu.
Ada juga tempat yg biasanya pemberi tulis nama.. adat tanam... nanti turn org bertanam tu kenduri kita pulak membalas..
Yg lain biasa biasa2 je la... kita bg sumbangan ikhlas...
kalau kenduri kesyukuran tu saya fahamlah tapi ni kenduri kawin anak perempuannya.
Deletemasa saya kecik2 dulu adat tanam tu mmg ada diamalkan di kg saya.
Betul Pak Ngah...memang ada orang buat kenduri menjamu para tetamu makan tanpa sebarang 'huluran'/balasan, tapi dia tak naklah beritahu tetamu sebab dah niatnya begitu. InshaAllah niatnya baik. Tak apalah Pak Ngah, perkara dah berlaku dan Pak Ngah pun tak tahu.
ReplyDeletelain kali pak ngah hulur masa nak balik .. bolehlah perhati dulu ada tak orang hulur.
DeleteTajuk coretan hari ni macam lirik lagu 'Si cincin emas'. Pak Ngah pernah dengar tak? Lagu sedih tu Pak Ngah...arwah mak saya dulu selalu nyanyi lagu tu.
ReplyDeletememang pun pak ngak cilok lirik lagu tersebut .. hehe
DeleteHi uncle..menarik pengalaman uncle ni sebab biasa kalau pergi kenduri kahwin memang salam tu salam berisi..bagus juga lain kali uncle salam bila nak balik.
ReplyDeleteUncle tak kecil hati kalau ada orang nak salam berisi dengan uncle .. hehe.
Delete