Friday, May 20, 2016

TAK PERLU TERCENGANG KALAU POKOK ANDA KERING.

وَلَقَدۡ عَلِمۡتُمُ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُولَىٰ فَلَوۡلَا تَذَكَّرُونَ (٦٢) أَفَرَءَيۡتُم مَّا تَحۡرُثُونَ (٦٣) ءَأَنتُمۡ تَزۡرَعُونَهُ ۥۤ أَمۡ نَحۡنُ ٱلزَّٲرِعُونَ (٦٤) لَوۡ نَشَآءُ لَجَعَلۡنَـٰهُ حُطَـٰمً۬ا فَظَلۡتُمۡ تَفَكَّهُونَ (٦٥)

"Maka terangkanlah kepadaku tentang yang kamu tanam? (63) Kamukah yang menumbuhkannya ataukah Kami yang menumbuhkannya? (64) Kalau Kami kehendaki, benar-benar Kami jadikan dia kering dan hancur; maka jadilah kamu heran tercengang (65)". Surah Al-Waqiah.

Sebelum ini saya pernah tercengang kenapa sebatang pokok harum manis yang saya tanam tidak membesar dan akhirnya mati kering. Kesemua pokok yang lain adalah sebaya yang saya tanam pada hari yang sama, kesemuanya telah membesar bahkan ada sebatang daripadanya telah pun mengeluarkan bunga. Bila berjumpa ayat 63 hingga 65 dari surah al-Waqiah seperti di atas, saya terasa seolah-olah ayat-ayat itu ditujukan kepada saya. Sesungguhnya ia sangat memberi kesan yang mendalam kepada saya akan hakikat kekuasaan mutlak Allah SWT.  

Dan baru-baru ini pula, saya ada menanam beberapa biji benih petola yang mana setelah beberapa lama yang sepatutnya, cuma sebiji sahaja yang tumbuh dan membesar. Kesemua benih yang saya tanam itu adalah dari baka yang sama, ditanam pada hari yang sama dan pada batas yang sama. Tapi apa nak dihairankan, kerana Dialah yang menumbuhkan atau pun sebaliknya mengikut iradatNya.

Nota kaki: Entri ini telah lama saya draf iaitu semasa saya menetap di Perlis lagi.

.

7 comments:

  1. SubhanAllah...Hebatnya cara Allah mentarbiah kita. Sungguh Kalamullah itu merungkai setiap persoalan & permasalahan. Benarlah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat bijaksana dan tepat komen ini. Pak Ngah suka.

      Delete
  2. Sesungguhnya Allah yang Maha Berkuasa..

    ReplyDelete
  3. Ya benar sebenarnya ...kita hanya berusaha tetapi ketentuan adalah milik Allah ...

    ReplyDelete
  4. Pak Ngah, silah ucap "Selamat Kembali Berblogging kepada saya!" - hihihihi ...
    rindu nak berblogging macam zaman dolu-dolu ...saya dah tak pegang jawatan admin, so saya boleh menumpukan perhatian kepada apa yang saya suka iaitu menulis, tidak kisahlah menulis di mana, menulis kertas kerja, menulis buku, atau menulis di blog !

    Sorry ...lupa nak ucap Assalamu'alaikum ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Samalah kegemaran kita. Selamat kembali berblog. Kipidap.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.