Sunday, May 15, 2016

APA ITU PAMPERS, BUMPER, BONET DAN JAWS ?

Saya langsung tidak terniat nak tunjuk pandai, sekadar berkongsi pengetahun. Itu pun mungkin tidak berapa tepat. Dan saya terbuka kalau ada yang ingin membetulkan. Akan tetapi kalau tiada teguran atau bantahan, anggaplah apa yang saya tuliskan ini adalah betul. 

Saya perhatikan ada EMPAT benda yang sering orang keliru atau silap faham iaitu pampers, bumper, bonet dan jaws.

1. PAMPERS

Ramai yang keliru lampin bayi seperti gambar di bawah sebagai pampers. Sebetulnya benda itu namanya 'diapers'.  PAMPERS itu adalah nama jenama atau brandnya. Mungkin ada yang terkeliru kerana sering menggunakan diapers berjenama PAMPERS.
  
 

 Gambar 1: Nama generik benda alah ini adalah diapers.


 Gambar 2: Yang ini baru diapers berjenama Pampers.


ll. BUMPER

Banyak orang ingat gambar di bawah ini adalah 'bumper' tapi yang sebetulnya ia 'bump' sahaja.


Gambar 3: Benda ini banyak dipasang di jalan-jalan dalam taman perumahan bertujuan mengurangkan kelajuan kenderaan yang melaluinya. 

Ada pun bumper adalah seperi gambar di bawah. Ia adalah gambar bumber sebuah kereta.

Gambar 4: Inilah yang dinamakan bumper. Dipasang pada kereta untuk mengurangkan impak kalau berlaku perlanggaran.

lll. BONET.



 Gambar 5: Ini adalah gambar 'bonet' di mana terletaknya enjin kereta. Umumnya ia terletak dihadapan kereta, kecuali kereta VW 'kodok' yang enjinnya terletak di belakang. Saya dapati ramai yang keliru kerana ingatkan bonet itu adalah tempat letak barang di belakang kereta. Sedangkan tempat meletak barang dipanggil 'boot' dalam Bahasa Inggeris.
 

Gambar 6:  Pemandu ini dengan barangan memenuhi boot keretanya kelihatan bergerak menuju ke tempat 'car boot sale'.

lV: JAWS.

Oleh kerana kuatnya pengaruh filem 'JAWS' hingga ramai yang menyangka ikan itu beranama jaws. Sebenarnya itu adalah ikan jerung atau 'shark'.


Gambar 7: Ini adalah gambar seekor ikan jerung atau shark dan bukannya ikan jaws.


Gambar 8: Ini adalah gambaran jaw(s) atau rahang manusia.


Sekian untuk kali ini. Semoga entri ini ada manfaatnya. Sila perbetulkan saya jika apa yang saya tuliskan ini adalah tidak betul atau tidak tepat. Terima kasih.

16 comments:

  1. bener tuh ape wak capak :)

    salam kenal je kumpulankonsultasi.com

    ReplyDelete
  2. Saya selalu salahguna perkataan 1 dan 3 uncle..hehe..tapi rasa-rasanya bukan saya sorang kot..macam pampers tu..pengaruh jenama kot.rata2 orang kat tempat saya sebut colgate merujuk kepada ubat gigi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan risau .. itu kesalahan umum. Uncle banyak kali jumpa.

      Delete
  3. Thanking you & good job Pak Ngah! Saya salah kefahaman tentang bonet sebab saya memang 'buta kereta' (ada ke terma ni?) InshaAllah yang lain-lain Pak Ngah tuliskan tu, saya betul & tahu tentang itu...hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah .. betul 3 dari 4 itu sudah bagus.

      Rasanya lebih tepat kalau sebut "buta tentang kereta".

      Delete
  4. saya pulak gini..Perkara 1..mmg dah tahu, tapi selalu jer sebut pampers..mungkin sebab popular dan best bila disebut..hahaha..

    Perkara 3 saya mmg tak tau...ingat bonet dan boot tu sama je..kehkehkeh..

    anyway..thanks Pak Ngah...satu info yang berguna :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Pak Ngah perhatikan orang perempuan lebih ramai keliru penggunaan bonet dan boot itu.

      Delete
  5. Bab 'pampers' tu samalah halnya dengan 'colgate' untuk ubat gigi...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak lebih kerap tersasul menyebut "kodak" .. yg sepatutnya filem.

      Delete
  6. hahahaha.. Pak Ngah.. nasib baik saya sedar benda tu semua.. dan menyedarkan anak saya.. haha.. terimakasih. Menarik entry ni.

    ReplyDelete
  7. bole tambah lagi pak ngah yg orang selalu sebut

    mee segera - meggi
    ubat gigi - colgate
    filem - kodak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak buatlah entri pulak.. menarik tu. Bahan dah ada.

      Delete
  8. Sudah betul tu pak.. Memang sudah terbiasa. Kalau mee segera pun ramai yang sebut MAGGI, sedangkan MAGGI itu jenama.. Hebat betul penangan Jenama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg hebat penangan jenama terutama kalau jenama itu merupakan pioneer dlm sesuatu produk.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.