" Dan apabila orang-orang yang melakukan kezaliman (dengan kekufurannya) itu melihat azab, maka tidak akan diringankan azab itu daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh (kesempatan)" Surah An-Nahl ayat 85.
"Zalim bagaimana yang dimaksudkan di sini ? Apakah kerana dia menganiaya orang lain ? Adapun zalim kerana menganiaya orang lain, sudahlah tersedia sendiri hukumnya. Kezaliman yang paling hebat dan paling zalim, ialah zalim kepada diri sendiri. Bila kita berbuat dosa dan sudah terang bahawa dosa itu akan membawa kita masuk neraka, tidak juga kita mau menghentikan kejahatan itu, bukankah itu zalim namanya ? Kejam dan tidak merasa kasihan kepada diri sendiri. Lebih terasalah hendaknya dari hidup kita yang sekarang ini akan kezaliman itu. Sebab bila masanya itu tiba kelak, azab itu tidak akan diringankan, dan kesempatan untuk kembali ke dunia memperbaiki jalan hidup tidak ada lagi" - HAMKA, Tafsir al-Azhar, Juzuk13 -16, m.s 281.
Jelas sekali siapakah orang yang dimaksudkan telah melakukan kezaliman dalam ayat tersebut. Ia adalah merujuk kepada orang yang zalim ke atas diri sendiri dan bukannya melakukan kezaliman kepada orang lain. Semoga entri ini ada manfaatnya.
Pak Ngah.. setiap anggota badan kita punya haknya sendiri. Maka janganlah berlaku zalim kepada diri sendiri. Tunaikan haknya.. Salam Ramadan Pak Ngah dan Mak Ngah. Semoga kita semua mendapat kemanisan Ramadan itu.
ReplyDeleteSalam Ramadhan. Itu sebabnya kita dilarang membunuh diri kerana jasad kita ini ada pemiliknya.
DeleteBenar, kita telah menzalimi diri kita sendiri bilamana kita tahu tentang azab & balasan dari Allah SWT tetapi kita masih terus melakukan dosa-dosa. Lebih malang lagi, kita tidak punya perasaan takut ketika melakukannya. Wahai Allah, kurniakanlah taufiq & hidayah-Mu ke atas seluruh umat. Aamiin.
ReplyDeleteAamiin. Semoga kita tergolong dari kalangan orang2 yg bertaqwa.
Delete