Bergambar dengan penyanyi 60an, Siti Zaiton dan Maria Bachok (duduk) di satu funfair di Kuala Klawang, Jelebu pada 24 Oktober 1970.
Coba teka ada berapa orang ada dalam gambar di atas? Selama ini saya berpendirian bahawa hanya ada 10 orang sahaja. Tapi pada 25 Februari 2012, saya disedarkan oleh gadisBunga lewat entri ini, yang mengatakan ada 11 orang dalam gambar tersebut.
Inilah komen dari seorang blogger bernama gadisBunga yang saya maksudkan.
Selain 8 orang yang berdiri dan seorang yang duduk, ada 2 orang lagi yang cuba 'enter frame'. Seorang di sudut kiri bawah dan seorang lagi di celah lengan saya di sebelah kanan seperti yang dikatakan oleh si gadisBunga.
Bagi yang telah pening mencari mana lagi dua orang tu, mari saya tolong zoomkan seperti di bawah ..
Ni yang mengintai dari sebelah kiri.
Yang ni pulak yang mengintai dari sebelah kanan.
Pengajarannya:
1. Pendirian kita yang telah kita pegang sejak sekian lama tidak semestinya betul.
2. Pentingnya kita mendapat pandangan orang lain dalam sesuatu isu kerana kata orang, banyak kepala lebih baik dari satu kepala.
Nota Kaki. Ini entri yang sudah lebih 5 tahun tertangguh. GadisBuga pun dah jarang-jarang berblog. Harap-harap dia baca dan komen entri ini.
Salam Pak Ngah...haah..memang sebelas (sebab dah diberitahu, jadi mata jadi elert)..yang pasti Pak Ngah yang berbaju gelap berdiri disebelah penyanyi tersebut..(betul tak tekaan saya :-)
ReplyDeleteSalam kembali. Betul tekaan awak tu .. badan sekeping lagi.
Deletensb baik lah betul2 org yg sembunyi2 tuh ye Pak Ngah...
ReplyDeletetp Pak Ngah yg mana satu yek...
saya berdiri di kanan sekali ..
Deletehahaha!!! dulu kecik kecik saya suka main permainan cari benda tersembunyi dalam majalah Dewan Pelajar. hahah!!!
ReplyDeletesampai sekarang pun uncle suka cari benda tersembunyi .. hehe
Deletegb teringin nak aktif berblog balik, tapi sungguh sempit masa sekarang ni. dulu-dulu seronok je update hari-hari. dan uncle masih tetap antara blogger pertama yang menambat hati gb... :)
ReplyDeletepetuanya bila dapat masa lapang, deraf banyak2 sekali .. mcm uncle buat
Deletemudanya awak lagi ..
ReplyDeleteKerana post Facebook Malaysiaku Dulu Dulu Official saya berada di sini. ;P
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi bertandang dan tinggalkan jejak.
Delete