Saudara Teo Kok Seong kata etnik Cina wajib kuasai bahasa Melayu. Kalau etnik Cina dikatakan wajib kuasai bahasa Melayu, tentulah etnik Melayu lebih wajib lagi. Kan ?
Saya teringat kepada seorang blogger bukan Melayu yang menulis dalam Bahasa Melayu baku yang sangat baik dalam setiap entrinya. Blognya di sini.
Nota kaki: Entri ini sudah lebih 5 tahun tertangguh. Saya baru semak link yang saya beri tu rupanya dah tutup. Maaf bebanyak.
setuju ngn Pak Ngah, kadang2 dana hampir tak paham ngn ayat2 di chat hp bdk2 muda zmn skrg, menggabungkan nombor dengan huruf jd perkataan... yg kadang buat pening kepala nk paham....
ReplyDeleteMungkin sudah sampai masanya kita buat kamus untuk menyenaraikan istilah atau perkataan ringkas dalam sms, chat, wasap, fesbuk dan sebagainya yang digunakan oleh orang-orang sekarang.
DeletePernah berguru dengan prof.Teo,beliau sangat mencintai Bahasa Melayu.
ReplyDeleteBagi kami etnik Sarawak ni mudah menguasai Bahasa Melayu kerana kita dari rumpun bahasa yang sama,kebanyakan perkataan dalam bahasa kami hampir sama dengan Bahasa Melayu.
Keluarga saya sendiri menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama di rumah kerana kekangan bahasa yang tidak sama akibat kahwin campur.
Itu yang pelik dan sedih. Kadang2 orang Melayu sendiri yang memandang rendah Bahasa Melayu.
DeleteUncle juga masih ingat beberapa perkataan Iban yang hampir sama dengan BM seperti berjalai (berjalan), tuai (tuan) pulai (pulang, datai (datang) .. betul tak?
Memang BM boleh menjadi bahasa perpaduan dan bahasa penyatuan.