Ini adalah kampung tempat kelahiran Makngahnya. Dia telah balik lebih awal bersama dengan bapa mertua dan Ifa anak perempuan saya pada penghujung tahun lalu. Dia perlu balik terlebih dahulu kerana hendak menyelia kerja-kerja pengubahsuaian rumah bapa mertua saya. Kami tambah satu bilik bawah untuk kemudahan bapa mertua saya yang sudah sangat uzur dan tidak larat lagi untuk menaikki tangga. Sebelum ini dia tinggal dengan kami di Seremban selama kira-kira 5 tahun.
Gambar 1: Gambar keluarga lebih 10 tahun lalu semasa bapa mertua saya masih sihat dihadapan rumah yang saya maksudkan.
Mulai hari ini, saya harus membuat beberapa pengubahsuaian kepada rutin hidup saya selama ini. Saya tidak fikir itu akan menjadi masalah besar, kecuali kalau tiada tempat memancing di sini.
Apa-apa pun saya sangat gembira dan bahagia bila dapat bersama kembali dengan Makngahnya dan Ifa, anak perempuan bongsu saya yang menemani ibunya dan telah pun bersekolah di sini. Tentulah Haiqal juga, anak lelaki bongsu saya yang menemani saya di Seremban selama ini juga akan gembira dapat bersama dengan ibunya semula
Gambar 2: Nampak tak mandor berjubah hitam bercekak pinggang sedang menjalankan tugas menyelia kerja-kerja pengubahsuaian.
Gambar 3: Bilik tambahan yang saya maksudkan sedang dalam pembinaan.
Gambar 4: Rupa rumah yang telah selesai dibuat sedikit penambahan dan ubahsuai.
Gambar 5: Inilah sekolah tempat anak-anak saya bersekolah.
Gambar 4: Rupa rumah yang telah selesai dibuat sedikit penambahan dan ubahsuai.
Gambar 5: Inilah sekolah tempat anak-anak saya bersekolah.
Banyak sebenarnya pengalaman yang ingin saya ceritakan selama menjadi
'bapa tunggal' untuk beberapa bulan, tapi biarlah saya simpan sendiri. Cuma saya harus menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada adik beradik dan saudara mara saya serta sahabat handai yang kerap bertanya khabar, menghantar lauk dan kueh untuk saya dan Haiqal dan juga membelanja saya makan di luar. Budi baik anda semua tidak akan saya lupakan sampai ke akhir hayat.
Kesimpulannya apa yang ingin katakan bahawa sesungguhnya tempat suami adalah di sisi isteri.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSelamat balik kampung ya pakngah...jangan lupa catatkan kat blog ya.
PsssT: kalo gitu rupa mandurnya, memang cepat siaplah ;)
Alaikumsalam. Kalau ada cerita menarik, insya-Allah akan dicatatkan.
Deletewow, jauhnye ke perlis...
ReplyDeleteMemang jauh .. la ni tengah melayan kepenatan.
Deletesalam pakcik.. lama tak melawat blog pakcik ni. semoga sihat hendaknya ya..
ReplyDeleteSalam kembali .. tak ada bawa buah tangan ke ?
DeletePak Ngah kat mana ada air kat situ ada ikan tapi sawah skrg ni tengah kering jadi kat sawah tak de ikan. Aina doakan agar semuanya akan kembali seperti biasa, Pak Ngah dan Mak Ngah tak perlu berjauhan lagi. Jangan cari pasal diusia sebegini ye Pak Ngah...ini adalah pesanan ikhlas dari saya...larikkk...
ReplyDeleteMemang Pakngah tak ada niat nak cari pasal. Tapi kalau pasal cari Pakngah camano ? Heh
DeleteBila dah jauh baru kita tau kan betapa berharganya pasangan, have fun in Perlis Pakngah, best la duk kampung, merasa jugak anak2 pakngah suasana kampung.
ReplyDeleteKejutan pertama adalah .. panaih sampai ke petang.
Deleteooo..jadi org perlis dah la pakngah eh..selamat menjadi orang utagha..saya pulak dah merantau jadi org pantai timur..hehehe..
ReplyDeleteamboi makngah..hehe..kelako tgk gmbr makngah cekak pinggang tu..:P
Cadangnya jadi org Perlis tu bukanlah tuk selama2nya. Insyaallah.
DeletePak Ngah, macam tak kena je. Bukan ke tempat isteri adalah di sisi suaminya?
ReplyDeleteTapi, mesti pak ngah syok jadi 'bapa tunggal' buat sementara waktu, kan? Banyak betul 'bantuan' yang orang lain hulurkan... hehehe...
Sikit pun tak syok .. huru hara dan tunggang langgang hidup saya dan juga keadaan rumah.
Deletealhamdulillah..akhirnya rumah disini bersih dan tak jadi tongkang pecah lagi....hihihihi
ReplyDeleteTerima kasih banyak2 Ayong tolong uruskan rumah kita ..
Deleteassalam AL..nak pindah terus dok kampung Perlis ke..
ReplyDeleteAlaikumsalam. Tak ada cadang tapi apa2 pun boleh berlaku.
DeleteTersentuh hati saya bila Pak Ngah tulis macam tu. Betul tu Pak Ngah, dan tempat isteri juga adalah di sisi suami nya. Saling melengkapi dan menyayangi satu sama lain.
ReplyDeletePakngah kesian kat Haiqal yg masih lagi mahu berdampingan dgn ibunya.
Deleteterharu saya baca entri ini, Pakngah. byk yang bermain di fikiran saya. namun, saya berdoa segala hasrat murni pakngah dan makngah dipermudahkanNYA.. amin3
ReplyDeleteTerima kasih atas doa itu ...
DeletePakngah pun terharu komen awak.
salam. kalau pindah ke perlis, umah di NS ni sape yg nak duduk?
ReplyDeleteSalam kembali. Saya minta anak saya yg duduk berdekatan menengoknya ...
DeleteJADI ORANG PERLIS LE..
ReplyDeleteOK LE TU..
Nak rasa pulak duduk negeri makngahnya ...
DeleteOohhh..ok...ok..baru saya faham..:)
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi membaca entri ini ..
DeleteWelcome to Perlis Pak Ngah. Hehehe... Ayah saya juga orang Batu Kikir (jembatan bosi) yang cari rezeki di Perlis. Kalau nak cari kawan baru, boleh la ronda-ronda di Arked MARA Kangar. Ayah saya nama Md Aris kerja di Etika Ukur.
ReplyDeleteTerima kasih Nor. Pakngah dah pergi pej ayah awak. Dia tak ada tapi Pakngah dah call dia. Insya-allah akan ada pertemuan selepas ini.
DeleteAssalamu Alaikum Hamzah,
ReplyDeleteIsyyh....lama tak singgah......masih cergas nampaknya yer..... :)
Alaikumsalam.
DeleteTak secergas macam dulu-dulu ..
ish .. siapalah agaknya ancondash ini ?
As salam Uncle )))))))
ReplyDeleteLama yun tak jenguk sini...
Tadi baca entri2 terbaru Uncle
Aikkk...terkujat tgok Uncle pindah Perelih
Cari puncanya maka jumpalah n3 ni...hehehe
Umah kat somban sapo duduk?
Syok noh dok kampung...
nak makan buboq ada nyok mising... ;P
Semoga Uncle sefamili sihat2 blaka.
Jaga diri baik2 kat tempat orang yer.
alaikumsalam.
DeleteTerima kasih kerana Yun masih ingatkan uncle dan sudi jenguk.
Rumah kat Seremban tak ada siapa duduk. Anak2 yang 3 orang lagi tu bertemu sekala di situ.
Duduk sini rasanya bertambah sihat sebab hari-hari keluaq peluh.
Insyallah uncle akan cuba jagi diri di sini. terima kasih atas ingatan.
Saya sedih kalau dengar ayat tempat isteri di sisi suami. Semoga urusan perpindahan saya dipermudahkan. Saya nak anak saya membesar di samping ayahnya disisi. InshaAllah
ReplyDeleteInsyaallah.
DeleteNak pindah ke mana pulak ?