Bila kita buat kerja gotong-royong seperti memotong dahan-dahan pokok yang menghalang pemandangan atau membersihkan longkang yang tersumbat di taman perumahan kita, biasanya ramai yang ingin turut serta menyumbangkan tenaga atau pun dalam bentuk lain seperti menyediakan makanan atau alat kelengkapan.
Namun begitu kerap kali juga kita berdepan dengan pelbagai reaksi yang tidak memberangsangkan dari penduduk melalui komen-komen mereka seperti contoh berikut.
Penduduk 1. "Buat apa ramai-ramai ni ?" Buat-buat tanya pulak. AJK dah pasang banner sebulan yang lepas tentang aktiviti ini.
Penduduk 2: "Mana boleh buat pembakaran terbuka, akai tak de ka ?" Ye lah, engkau sorang je yang ada akal.
Penduduk 3: "Ini kerja bodoh .. kenapa kita harus buat kerja-kerja majlis perbandaran" Ye lah, engkau sorang je yang cerdik dalam kampung ni. Orang lain semua bodoh belaka.
Penduduk 4: "Minta maaf tak dapat tolong, hari ini saya sibuk sikitlah" Ye lah awak sorang je yang sibuk.
Penduduk 5: "Ada sebatang pokok yang telah condong kat depan rumah saya. Boleh tak datang tolong tebang kan ?" Banyak cantik kau punya muka.
memang kadang ada pelbagai ragam manusia dalam taman perumahan tu Pak Ngah, kadang dalam hati baik tak payah datang menolong kalau nak komen macam-macam hehehhe... kita gotong- royong supaya rumah kita ssama-sama bersih dan cantik
ReplyDeleteGotong royong juga utk kenal mengenal dan eratkan silatul rahim sesama jiran.
Deletehaha macam macam pe'el
ReplyDeleteSabar je lah.
Deletedah biasa dah dengan perangai camni Pak Ngah. Bila bercakap pumpang pumpang..tiba hari sorang pun takde
ReplyDeleteAkhirnya, balik balik muka tu juga.
DeleteSaya selalu hantar wakil 2 3 orang dari rumah ni. Saya ambil part buat air/supply makanan
ReplyDeleteIni sikap yg sangat terpuji. Syabas dan terusksn.
DeleteAlhamdulillah.. Kawasan perumahan saya tinggal sekarang masyarakatnya majoriti boleh bantu membantu antara satu sama lain. Apabila terdapat gotong-royong pun ramai juga yang hadir.
ReplyDeleteEloklah begitu. Semoga semangat kejiranan terus subur.
DeleteMasih aktif berblog lagi ke?
BUkan setakat di taman perumahan aje ada soalan-soalan tu Pak Ngah kat office pun sama bila ada acara gotong-royong tu
ReplyDeleteBetul tu. Kat mana2 organisasi pun serupa.
Delete