Gambar hiasan hasil carian Google.
BK: Sudi apalah kiranya tuan hamba memberikan saya durian itu barang seulas.
N9: Bak suleh.
BK: Alangkah baiknya jika kita semua dapat bersegera berangkat sekarang agar kita boleh sampai sebelum senja.
NS: Moh dogheh.
BK: Gerangan apakah yang membuat tuan hamba datang ke teratak hamba di tengah-tengah malam buta begini ni?
NS: Kau nak apo?
BK: Mengapakah tuan hamba gemar sekali menggangu anak-anak gadis yang sedang bergumbira bermain-main di dalam taman itu.
NS: Janganlah uncah.
BK: Bukankah telah hamba ingatkan berulang kali supaya tuan hamba tidak mengacau kerbau yang sedang tidur itu. Sekarang lihatlah apa yang terjadi.
NS: Ghaso an.
BK: Barulah hamba mengerti bahawa tuan hamba ini sebenarnya adalah pemilik sawah ladang ini.
NS: Kosan ea.
BK: Hamba kurang pandai bagaimana hendak mengajar tuan hamba menganyam tikar mengkuang itu.
NS: Hontah.
Begitu punya panjang, sekali masuk Negeri Sembilan, terus sebut pendek saja. Hehe
ReplyDeleteHahaha. Pendek dan tepat.
DeleteJanganlah uncah tu Mrs. A tak ponah donga laie hahaha
ReplyDeleteMemang biasa digunakan di kampung2 sampai hari ini.
Delete