Saya rasa kerajaan patut benarkan kolam pancing terbuka (bukan kolam simen dalam bangunan) beroperasi semula atas alasan berikut,
1. Para pemancing secara naturalnya akan duduk berjarak. Tiada pemancing yang gemar duduk berdampingan. Tak timbul isu langgar SOP.
2. Biasanya pemancing datang dari daerah yang sama. Tak timbul isu rentas daerah atau negeri.
3. Jadi pemangkin kepada kegiatan ekonomi sokongan seperti pembekal ikan, udang, pembekal umpan, pembekal air laut atau pembekal garam, penjual peralatan memancing, pembekal elektrik dan air, pembekal makanan ringan serta memberi peluang pekerjaan kepada pekerja kolam. Kadang-kadang saya dapati ada juga gerai makanan dibuka dalam premis yang sama.
4. Jadi pusat terapi minda bagi mereka yang sudah jemu atau stress akibat terlalu lama duduk terkurung di rumah.
Selain dari itu, belum pernah lagi saya terdengar kluster kolam memancing. Yang selalu saya dengar adalah kluster perkilangan atau tapak bina.
Sokong.. Saya anak air di sebelah rumah, tapi tak boleh memancing. Kalau tak boleh layan ikan betuk/puyu.. hehe
ReplyDeleteMancing sebelah rumah pun tak boleh ke?
DeleteSaya pun sokong. Walaupun bukan penggemar memancing tetapi aktiviti yang tak melibatkan pergaulan sosial dan rentas merentas kawasan tidak perlu ditutup pun.
ReplyDeletePelik juga apabila anak berbasikal di kejiranan sendiri pun kena herdik - mereka kata boleh 'jogging sahaja'.
Ini cuma perumahan teres biasa...entah macamana rasanya penduduk terutama yang ada anak kecil di rumah pangsa dan PPRT; adakalanya bilangan isi rumah melebihi tak sepadan dengan saiz tempat tinggal mereka.
Terpenjara, dan sengsara psikologi sukar dilihat dan diubati.
Dlm keadaan normal tanpa PKP pun mereka yg di rumah PPRT sudah tidak selesa, apa lagi masa PKP.
DeleteMungkin tunggu fasa 2 kot
ReplyDeleteHarap2 tak lama lagi. Letih dah menunggu.
DeleteBetul2 saya sokong,xde lagi kes covid ni berlaku di kolam mancing
ReplyDelete