Ilustrasi hiasan.
Ini kisah seorang gadis cantik yang pernah menjadi juara larian sekolah di kampungnya. Ramailah jejaka yg tergila2 dan menyimpan hati untuk menjadikannya isteri. Gadis itu pun sedar ramai yang meminatinya. Satu hari gadis itu buat cabaran. Dia umumkan sesiapa yang dapat berlari bersamanya keliling padang bola sekolahnya sebanyak 10 pusingan, akan jadi suaminya. Pak Maun yg sudah berumur hampir 70 tahun yang telah lama menduda pun ingin menyahut cabaran tersebut. Dia pun berlatih pagi petang sebulan sebelum tarikh larian yg ditetapkan.
Dipendekkan cerita bila tiba tarikh larian, bersesak-sesaklah lelaki tua muda datang ke padang yang ditetapkan, ingin mengambil bahagian.
Pada separuh jalan, ramai yang mengalah bahkan ada yang pengsan kerana mengikut rentak gadis itu yang lari dengan lajunya. Yang menghairankan semua orang ialah gelagat Pak Maun. Dia berlari dengan penuh bergaya, sentiasa di depan gadis itu bermula dari pusingan pertama hingga penamat. Bahkan dalam pusingan yang terakhir dia meninggalkan gadis tersebut jauh di belakang. Kemudian dia dengan bangganya menunggu gadis tersebut di garisan penamat.
Pelari2 lain rasa cemburu dengan Pak Maun namun bersama2 mengucapkan tahniah kepadanya. Apa yang memeranjatkan, gadis itu tidak mahu menerima Pak Maun sebagai suaminya dan beritahu sebabnya.
"Saya kata saya mahukan lelaki yang mampu berlari bersama saya, bukannya berlari mendahului saya".
Pak Maun sangat kecewa tetapi terpaksa akur kerana dia tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akibat semangatnya yang terlalu berkobar-kobar
Dalam hal ini siapa yang salah?
Salah pak maun sebab tak ikut arahan hahahhaha. Kesian dia terlalu bersemangat
ReplyDeleteTerlalu bersemangat sebab dah lama menduda .. hehe. Lain kali dengar betul2 apa orang cakap.
DeleteItulah hakikatnya takdir Allah, bila ketentuanNya begitu, sekali pun kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, namum kita tak berupaya mengubahnya
ReplyDeleteBenar Ustaz. Dan Dia adalah sebaik2 perancang.
Delete