Sunday, November 10, 2024

CERITA TAK JUJUR.

Jangan ingat ahli politik atau penjawat awam sahaja yang tidak jujur. Mereka yang bukan ahli politik atau penjawat awam juga ada (maksudnya bukan semua) yang tidak jujur. Antaranya, 

1. Drebar teksi. Kerap sangat kita dengar pelbagai rungutan dari penumpang. 

2. Penjual kereta terpakai. Saya penat nak berkisah tentangnya. Cuba baca sini.  

3. Taukeh kolam mancing ikan. Sentiasa tunjuk gambar pemancing yang dapat banyak ikan sahaja. Gambar orang yang kumpau macam saya tak pernah tunjuk.

4.  Penjual durian.  Saya terkena boleh kata hampir setiap kali beli. 

5. Penjual ubat. Tak kuasa nak cerita. 

6. Kedai baiki kereta (woksyop). Malas nak cerita. 

7. Peniaga PARAM. Pernah makan karipap inti angin tak ? 

Nota kaki: Kumpau bermaksud.

KUMPAU  adalah istilah dan gelaran para pemancing di Malaysia ketika gagal mendapat ikan yang disasarkan atau tiada hasil pancingan yang memuaskan ketika memancing ikan. Pemancing yang memancing dan pulang dengan tangan kosong akan di gelar KUMPAU.



Sumber istilah : http://maxxpeacock.blogspot.com/2013/08/kumpau.html


12 comments:

  1. Selalu tengok anak tulis kumpau baru tahu maksud sebenarnya hehehee...
    No 6 rasanya husband selalu kena keta masuk workshop lama jugaklah dah siap katanya, bawa balik rumah tak sampai seminggu dah problem semula hurmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak suka mancing juga ke? Fasal woksyop tu mcm2 cerita saya pernah dengar.

      Delete
  2. Dunia hari ini memang begitu, selain mencari rezeki yang halal, ada terserap perkara subhah sekali tanpa disedari atau sememangnya disengajakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ustaz. Bagaimana hendak melawan fitnah Dajjal kelak.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.