Kadang2 seronok juga berjalan2 (di samping urusan rasmi)
kena tanggung dek orang ni.
Tapi Makngahnya saya yang tanggung tau.
Gambar 1 - Mula-mula nak tunjuk dulu part yang rasminya.
Di antaranya melawat dan mengadakan perbincangan
dengan pegawai di Kementerian Waqaf di Mesir.
Lepas tu baru boleh tunjuk part yang tak berapa rasminya.
Gambar 2 - Ini hotel tempat kita menginap di Damsyik, Syria.
Ada cerita di sini.
Kita tanya guide kita, adakah makanan di hotel ini halal.
Dia kata "jangan bimbang, semua hotel di sini makanannya halal".
Besoknya masa sarapan pagi ada
hidangan yang kita tengok was-was.
Kita tanya manager. Dia kata "daging ba alif ba ya".
Kemudian bila guide kita tiba, kita pun tanya
kenapa semalam dia kata semua makanan hotel2 di sini halal.
Dengan selamba jer dia jawab "... kecuali hotel ini"
seorang panglima Islam yang tersohor.
Gambar 4 - Kesan tembakan askar Yahudi memenuhi
dinding bangunan salah sebuah hospital di "Golan Heights".
Gambar 5 - Bosra - panggung dulu-dulu. Cuaca sangat sejuk.
Tu yang duduk rapat-rapat tu !
Saya pernah buat entri mengenainya di sini
Gambar 6 - Di depan makam Sahibul Khafi.
Gambar 7 - Di Jordan kita menginap di sini.
Kawalan keselamatan macam nak naik kapal terbang.
Gambar 8 - Dihadapan bangunan Perbendaharaan kerajaan dulu2
yang dipahat dari batu gunung - Petra, Jordan.
Gambar 9 - Saya tidak berupaya menenggelamkan diri di Laut Mati.
Kelihatan berbalam-balam di belakang adalah negara orang Yahudi.
Gambar 10 - Kita menginap di sini semasa di Kaherah.
Diberi kawalan keselamatan 24 jam oleh polis di sini.
Mereka bergilir-gilir menunggu dekat lif tingkat kami menginap.
Sampai waktu sembahyang, mereka sembahyang atas karpet sebelah lif.
Tak ada nak sibuk-sibuk cari sejadah ke, tikar ke, kopiah ke !
Gambar 11: Makngahnya berposing di beranda hotel.
Kelihatan Sungai Nil mengalir lesu membelah kotaraya Kaherah.
Gambar 12 - Di hadapan salah sebuah piramid.
Piramid tak payah ceritalah kan.
Semua orang tahu piramid tu kat Bangladesh.
Suhu masa itu belasan darjah calcius.
Awas penipu dan pengambil kesempatan berkeliaran.
Kami nyaris kena .. nasib baik ada pak polisi mengiringi kami.
Gambar 13 - Dalam bot menelusuri Sungai Nil sambil
makan malam dan menengok tarian gelek.
Saya terkedu bila melihat ada pak Arab yang berjubah
dan berkopiah ghairah menari sama !
Gambar 14 - Di Dubai, United Arab Emirates.
Tolonglahjanganbandingkanperutsayadenganbangunandisebelahkiriitu!
Kesimpulan.
Lawatan ini walaupun banyak memberi pengalaman tetapi amat-amat meletihkan. Letih kerana banyak kali bertukar-tukar penerbangan, hotel, kenderaan darat dan letih kerana banyak berjalan kaki serta menaiki kuda. Alangkah seronoknya bila balik semula ke rumah dan tidur di rumah sendiri walaupun rumah kita 'blur' .
* Malaysia lagi best !
.
.