Sekarang ini kat Tenang sudah kembali tenang. Tetapi kat Mesir sedang bergelora. Presiden Mubarak sekarang ni tentulah tengah kepanasan. Bila buka CNN, tak ada cerita lain. Ini membuatkan saya teringatkan Mesir yang pernah saya kunjungi beberapa tahun dahulu. Untuk entri ini saya cuma fokuskan kepada Piramid sahaja kerana ia amat sinonim dengan Mesir.
Gambar 1: Menolak troli di lapangan terbang Kaherah.
Gambar 2: Gambar piramid dari luar kawasan.
Gambar 3. Berlatarbelakangkan bandaraya Kaherah. Kain yang saya pakai kat kepala tu ada peristiwa yang ingin saya ceritakan. Ada orang tu bagi free sebagai cenderamata katanya. Sayapun ambillah. Kemudian dia minta beli barang lain dari dia yang mak datuk mahalnya. Saya tak mahu dan ingin pulangkan benda atas kepala saya tu. Dia pun mula marah-marah dalam bahasa Arab. Nasib baik polis yang mengiringi kami ada. Kalau tidak pasti saya menjadi mangsa penipuan.
Gambar 4: Di Kaki Piramid .. tak sempat pun nak masuk ke dalam.
Gambar 5: Gambar dari dekat. Takjub saya memikirkan bagaimanakah orang dulukala membina piramid ini yang megah berdiri sampai sekarang. Kita buat jambatan, jalan, stadium tak sampai 5 tahun dah retak atau runtuh
Gambar 6 : Cuba lihat batu-batu itu. Beratnya mungkin melebihi satu tan. Bagaimanakah mereka menyusunnya ? Apakah teknologi yang dia orang gunakan ? Jurutera sekarang jangankan mampu membuat bangunan seumpama piramid, mereka masih belum mampu merungkaikan cara piramid itu di buat.
Gambar 7: Piramid .. piramid. Bergambarlah puas-puas.
Entahkan sampai lagi ke tidak nanti.
Gambar 8: Nampak tak Sphinx di belakang tu.
Gambar 9 : Dekat sikit. Masa tu cuaca di bawah 10 darjah. Saya cuba menahan kesejukan.
.
.
.