Monday, March 14, 2016

SONYUM SOKOJAP 76 - MALU MENGAKU BUTA HURUF.



Che Ngok adalah seorang yang buta huruf tetapi malu nak mengaku. Satu hari dia terpaksa isi borang. Untuk itu dia minta Che Ngang tolong isikan.

Che Ngok: " Kau boleh tolong isikan tak ? Aku tak bawa cermin matalah ".

Che Ngang:  " Tak ada hal .. tapi ejaan nama kau, satu e ke dua e ?"

Che Ngok:  " Dua e ". Menjawab dengan yakin.

Che Ngang: "Ok .. siap" Juga mengisi borang dengan yakin.


Pengajarannya. 

Jangan malu mengaku tak tahu dan jangan tak malu mengaku tahu kerana lambat laun orang akan tahu juga kalau kita tak tahu.

 


.
.

14 comments:

  1. Orang yg biasa malu mengaku biasanya merasa org tidak tahu yg dia tak tahu
    Walhal, sebenarnya org tahu dia tak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagipun kalau kita mengaku tidak tahu bukannya jatuh darjat kita.

      Delete
  2. Nak tutup malu, akhirnya tetap dapat malu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setengah orang fikir malu kemudian tidak mengapa ..

      Delete
  3. Che Ngok jumpa Che Ngang ye Pak ngah..
    Dah akhirnya dua2 salah..
    Betul tu pak ngah ..
    Tak salah pun mengangku tak tahu..
    Kalau mengaku tahu tapi tak tahu..
    Penyudahnya dapat yg salah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 rasa ego yg menyebabkan orang malu utk mengaku tidak tahu .. itu yg payah.

      Delete
  4. ha ha ha.... tu yg org dulu2 kata, malu bertanya sesat jalan,..si Ngang tu patutnya jangan over confident, hasilnya? Teringat kisah pegawai di pejabat pendaftaran zaman dulu2, oleh sebab tu nama anak2 dulu memang unik, kerana ketidakpekaan pegawai, ayah atau memang nama tu betul2 unik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya memang ada betul2 unik dan banyak juga kerana kesilapan ejaan.
      sepupu saya ejaan nama ayah mereka berbeza .. seorang eja Muhamad dan seorang lagi eja Mahmud, padahal orang yg sama

      Delete
  5. yang ni betul2 jadi kat saya uncle.pak mertua saya ni masa daftar nama suami saya dulu, dengan yakin dia sebut nama yang mak mertua pesan untuk daftar.sebab malu nak tanya betul ke tak sebutan tu,jadilah suami saya nama ala2 perempuan.uniknya nama dia ngan nama saya ni hampir sama..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak terjadi masa dulu-dulu ketika masih ramai rakyat yang masih buta huruf .. sekarang tak ada lagi rasanya.

      tentang nama suami dekat2 dengan nama awak tu, baguslah .. pasangan yang serasi gitu.

      Delete
  6. Assalamu'alaikum Pak Ngah.. ape khabar?

    Banyak keadaan yang macam ni Pak Ngah.. seronok juga tengok telatah orang yang buat2 tahu pusing sana-sini bila kita tahu tentang tu.... bila kita betulkan, tanak terima plak tu.. jadilah "bodoh sombong".. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Khabar tak berapa baik .. baru je selesai jalani pembedahan.

      bukan shj bodoh sombong ditambah ego menggunung.

      Delete
  7. Pak Ngah.. tak nak malu akhirnya dapat malu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. tapi rasanya Che Ngang pun buta huruf juga. Nama Che Nogk mana ada huruf e .. hehe.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.