Menemani orang tak takut. (Gambar kitar semula dengan diberi frame baru)
Pernah satu ketika di awal tahun 80an, saya ditugaskan oleh jabatan saya mengiringi DS Anwar dan isterinya melawat beberapa tempat untuk bertemu dengan pelajar-pelajar dan juga pemimpin gerakan Islam di USA selama beberapa hari. Masa itu dia baru sahaja dilantik menjadi Timbalan Menteri. Saya pula berkhidmat di Kedutaan Besar Malaysia di Washington D.C, USA.
Dipendekkan cerita, pada suatu hari semasa pertemuan dengan pelajar-pelajar di Universiti Harvard dan lain-lain universiti yang berdekatan di Boston; saya dipanggilnya naik ke atas pentas untuk duduk di sebelahnya. Antara lain dia kata kat saya "kalau ada soalan yang saya tak boleh jawab, minta you bantu". Saya pun mahu tak mahu terpaksa naik. Tuhan sahajalah yang tahu betapa takutnya saya bila dipanggil duduk disebelahnya. Peluh sejuk mercik di dahi. Jantung seolah-olah berhenti berdegup. Kaki terasa sangat berat untuk melangkah. Dalam hati berdoa janganlah hendaknya ada pelajar menanyakan soalan berkaitan jabatan saya.
Di sepanjang pertemuan itu, memang ada soalan yang sepatutnya saya jawab, tetapi dia sendiri memilih untuk menjawabnya. Secara kasar saya masih lagi ingat beberapa soalan dan juga jawapan darinya yang sungguh hebat yang tidak mungkin saya dapat menjawab sebaiknya. Mungkin dikesempatan lain saya buat entri khusus tentangnya. Otak dia memang bergeliga. Jujurnya kalau dia suruh saya jawab, mungkin saya terus pitam atau buat-buat pitam. Maklumlah pelajar Harvard semuanya bijak-bijak belaka selain ada pelajar Master dan PhD termasuklah sultan Perak sekarang. Sebelum ini juga saya pernah melihat beberapa orang Menteri di tempat lain yang terkedu bila disoal pelajar. Tak perlulah rasanya saya sebut nama menteri-menteri tersebut. Saya amat terhutang budi dan berterima kasih kepada DS Anwar kerana telah menyelamatkan saya dari situasi yang boleh memalukan saya. Saya percaya dia tahu saya takut untuk jawab bila dia melihat kecemasan di air muka saya.
Satu lagi sikapnya yang saya harus berikan pujian ialah dia seorang yang berani kerana dia sendiri telah meminta untuk bertemu dengan pelajar-pelajar di universiti yang diketahui anti kerajaan. Ada menteri yang memilih jalan selamat dengan meminta dibawa ke universiti yang menjadi kubu kuat penyokong kerajaan. Saya rasa pada masa itu ada dasar kerajaan yang menetapkan mana-mana menteri atau timbalan menteri yang pergi ke luar negeri, walaupun untuk bercuti agar pergi menemui pelajar-pelajar Malaysia sekurang-kurangnya di sebuah universiti.
Pengalaman menemani beliau yang cuma beberapa hari tertanam dalam ingatan saya. Sayangnya cuma ada sekeping gambar sahaja bersamanya. Itu pun entah siapa yang beri kepada saya. Mahu tak mahu terpaksalah gambar itu dikitar semula.
Nota kaki: Entri ini barangkali berkaitan. Ada banyak gambar lama yang menarik untuk ditatapi.
Pak ngah bersemangat sungguh sampaikan ejaan terkenang pun tersilap. Apa pun DS Anwar memang ada karisma tersendiri.
ReplyDeletehahaha .. itu pentingnya pembangkang.
Deleteterima kasih.
Wah! ada juga kenangan PakNgah bersama DSA ya... tambah menarik sama-sama di atas pentas.
ReplyDeleteTime tu belum ada smartphone kan?
Kalau ada mesti ada banyak gambar selfie-selpot hiks!
masa tu mmg tak ada henfon .. kalau ada, tentulah banyak kali berselfie dan berwefie.
DeleteTahniah DSA
ReplyDeleteMulai sekarang beliau akan jadi orang terpenting dalam kerajaan Malaysia Baharu.
kalau benih yg baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
Delete