Wednesday, June 20, 2018

DARI FESBUK # 22 : ADA JUGA PEREMPUAN BERSELUAR PENDEK DI HARI RAYA.

Saya perhatikan ada satu kaum tu, wanitanya suka sgt pakai seluar pendek sampai pangkal peha. Kalau pergi tepi pantai tak apalah jugak. Tapi mereka pakai semasa berhari raya di rumah org Melayu Islam. Saya bertemu sekelompok mereka yg dtg berhari raya di rumah adik saya di kg tempoh hari. Saya rasa sangat tidak selesa.
Saya tidak tahu adakah mereka tidak peduli, tidak sensitif atau jahil mengenai etika berpakaian semasa berkunjung ke rumah org Islam terutamanya di hari kebesaran agama.

Gambar keluarga di hari raya. Seorang menantu saya tiada dalam gambar kerana terpaksa bekerja..


10 comments:

  1. yer...saya setuju..pakaian mereka mcm nak pergi pasar...apa la salahnya pakai proper bagi menghormati hari kebesaran sesuatu kaum...agaknya mereka ni kurang pergaulan berlainan bangsa kut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin mereka selesa berpakaian mcm tu ..

      Delete
  2. Selamat hariraya Aidilfitri PakNgah.
    So far Mrs. A belum berjumpa lagi orang spesis macam tu.
    Itulah kadang-kadang pelik kenapa ada orang macam tu yang tak sensitif dan langsung tak menghormati majlis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas ucapan puan. mungkin mereka rasa itu hak peribadi .. org lain tak boleh dictate.

      Delete
  3. selamat hari raya aidilfitri pak ngah.

    semoga lebaran pak ngah ceria senantiasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya juga kpd anda .. mmg sgt ceria . semalam dapat cucu ke 7 . syukur alhamdulillah.

      Delete
  4. Hehehe... ermmm payah sikit bab2 ni Pak Ngah, depa dah anggap normal bila keluar berpakaian macam tu, jadinya kita kena buat-buat tak nampak dan tak kisah je, huhuu...

    Salam Syawal 1439H! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenalah ada sikap saling hormat menghormati budaya org lain ..

      Delete
  5. ssh nk ckp Pak Ngah, sbb mmg ada jenis yg mcm nih... jenis yg ikut suka je...
    teringat family cina kt kampung, kalau pg kenduri2 org kampung mmg pakaiannya sopan sekali ngn anak2nya... biarpun klu kt kedainya kadang yg suaminya pakai seluar pendek je heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetamu ini kira datang dari bandarlah juga tapi berhari raya di kampung tradisional .. jadi tak berapa kena pakaian mereka dengan hari dan suasana.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.