Saturday, March 28, 2020

BERLAKU ADIL JUGALAH KEPADA ORANG KAYA.



KALAU ada orang kampung yang bervideo dekat rumahnya yang buruk dan usang, sambil berpesan kepada penonton supaya duduk di rumah, saya percaya tak ada orang yang akan cakap kat dia jangan nak menunjuk-nunjuk.

Tapi BILA ada orang kaya yang berbuat demikian dekat rumah dia,  pasti ada yang kata  tak usahlah nak menunjuk-nunjuk. Nak buat macamana. Itu kan rumah dia. Habis tu memang orang kaya tak boleh tunjuk rumah mereka ke? Takkan dia nak pergi bervideo dekat rumah orang lain yang buruk pulak.

Dalam pada itu saya juga sedar memang ada orang kaya yang suka menunjuk-nunjuk. Saya pun tak selesa dengan perangai mereka,  tapi saya tak pernah pun kecam dia. Pokok dek diolah asalkan dia tak ganggu hidup saya.




6 comments:

  1. Assalamualaikum Pak Ngah.
    Baca tajuk saja, di hati sudah menebak ada maksud yang tersirat ingin disampaikan.
    Selamat menjalani PKP buat Pak Ngah sekeluarga. Sama-samalah kita berdoa moga wabak Covid-19 segera hilang dari muka bumi ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Insyaallah. Jangan berhenti berharap dgn pertolongan Allah.

      Delete
  2. semoga dipermudahkan urusan kita dlm wabak covid skrg nih., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Hanya kepadaNya tempat kita mengadu dan kita memohon pertolongan.

      Delete
  3. Bagi saya, biaq pi la dia nak menunjuk beg branded ke, keta mahal ke..janji tak mintak duit saya...cuma banyak jugak yang jadi batu api 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Samalah pendirian kita. Ramai juga yang menunjuk2 tu turut bersedekah berjuta-juta. Kita yang mengumpat tak fasal-fasal dapat dosa.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.