Monday, October 21, 2024

RIMAS DENGAN TUKANG CANTAS ?

Gambar hiasan hasil carian Google. 


Saya perhatikan ada di antara pengomen yang suka mencantas. Dia akan cantas apa sahaja entri di blog atau status di fesbuk orang lain. Komen dia mesti lain dari komen orang banyak atau menentang arus.

Contohnya.

1. Orang ajak buat kurban kat Syria. 

Dia komen,  "Buat apa kurban sampai Syria,  kat kampung sendiri pun boleh"

2. Orang luahkan rasa kesal kepada peminjam yang tak mahu bayar hutang.

Dia komen, "Kita dituntut membantu sesama Islam yang ditimpa kesusahan".

3. Seorang isteri beranak lima yang bekerja sebagai pencuci pinggan bercerita kesusahan hidupnya kerana digantung tak bertali oleh suaminya dah lebih 3 tahun.

Dia komen, "Tak baik seorang isteri mendedahkan aib suami".

4. Orang tulis fasal terlalu ramai pendatang asing minta sedekah di Kuala Lumpur.

Dia komen, "Bersedekah tu adalah satu amalan mulia"

5. Orang teruja cerita pengalamannya melancong ke Paris serta menunjukkan beg tangan  yang dibeli di sana.

Dia komen,  "Jangankah nak riak,  itu semua daki dunia"

Rimaslah.





1 comment:

  1. Alamak, kalau kita komen lain dr yg lain dpd main issue pun dikira pencantas ke? tp kan.. sy rasa kekadang sy pun mcm tu jugak di blog, mungkin cara pandang kita x sama dgn yg lain kot, semoga tuan tanah raikan perbezaan je la.. hihihi... jgn kecam ye

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.