Thursday, March 23, 2023

KENAPA SAYA DAH MALAS NAK PERGI HYPERMARKET?

 

Gambar Hiasan Hasil Carian Google.

Sebenarnya saya kenal dengan hypermarket ni dah lama, sejak tahun 1981 lagi masa kerja kat USA. Bila hypermarket MAKRO dibuka pada tahun 90an di Malaysia, saya sangat teruja membeli-belah di sana. 

Tetapi sekarang saya sudah malas nak pergi mana2 hypermarket walaupun dekat rumah saya ada beberapa buah. Sebabnya. 

1. Kalau nak beli dua barang dari kelompok yang berlainan kena berjalan berbatu-batu untuk mencarinya. 

2. Kadang2 barang yang nak dibeli terlalu banyak dalam satu bungkusan bagi kami berdua. Misalnya buah epal. Satu bungkus kadang2 ada sampai 8-9 biji. Kita makan dua orang je kat rumah. Bila dah lama tersimpan dalam peti ais, ada yang dah berubah rasa. Takkan kita nak makan buah tu je hari2. Kita pun nak juga rasa makan buah2 lain.

3. Dalam pada itu banyak barang2 keperluan lain seperti bateri, sharpener dsb yang dibungkus dalam bilangan melebihi keperluan semasa. Bila dah lama simpan, nak cari semula tak jumpa. Bila kita beli lagi, dan masalah yang sama akan berulang kembali.

4. Satu lagi saya malas nak beratur lama2 masa nak bayar. Sekarang ini pemilik gedung dah kurangkan bilangan kaunter bayaran, agaknya untuk jimatkan kos bagi memaksimumkan keuntungan. 

Itu sebab sayalah. Anda pula bagaimana?



 



3 comments:

  1. Salam Pak Ngah...lama tak buat entry baru..Salam Ramadan untuk Pak Ngah suami isteri...saya pun sama, kalau malas gi jer beli kat kedai aceh..tp harga kdg tak masuk akal mahalnya..tp redho jer la sbb malas nak ke supermarket..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Kat sini tak ada kedai Aceh. Kedai Melayu banyak. Tak ada masalah kalau tak pergi supermarket untuk beli barang keperluan.

      Delete
  2. Kaki saya dah mogok nak diajak ke Supermarket. Lebih lagi Hypermarket yg melaut besarnya.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.