Tahukah anda bahawa wujud perkhidmatan bas dari London, England ke Calcutta, India yang bermula pada tahun 1957. Perjalanannya mengambil masa selama 54 hari merentasi 12 negara dengan jarak perjalanan sejauh 16,100km sehala. Bagaimana pun perkhidmatan tersebut telah berakhir pada tahun 1976.
Monday, April 29, 2024
Wednesday, April 24, 2024
TAHUKAH ANDA FASAL PULAU PHEASANT?
Gambar Pulau Pheasant hasil carian Google.
Tahukah anda bahawa terdapat sebuah pulau ditadbir oleh dua negara secara bergilir setiap 6 bulan. Pulau yang terletak di antara negara Perancis dan Sepanyol itu bernama Pheasant Island. Ia berada di atas Sungai Bidasoa. Walau bagaimana pun pulau seluas 6,820m² itu tidak berpenghuni.
Sunday, April 21, 2024
TAHUKAH ANDA FASAL HARGA MINYAK TERMURAH DAN TERMAHAL DI DUNIA
Tahukah anda bahawa harga petrol yang termurah di dunia adalah di negara Iran. Ia dijual pada harga 0.029 seliter. Sebagai perbandingan harga petrol di Malaysia adalah 0.432 seliter. Malaysia termasuk antara 10 negara yang harga petrolnya termurah di dunia. Manakala harga petrol di Hong Kong pula adalah termahal di dunia iaitu 3.185 seliter.
Wednesday, April 17, 2024
TAHUKAH ANDA FASAL PENDUDUK TOKYO ?
Tahukah anda bahawa bandar yang pempunyai penduduk paling ramai di dunia adalah metropolitan Tokyo, Jepun dengan anggaran penduduk seramai lebih 37 juta orang. Sebagai perbandingan, jumlah seluruh rakyat negara Malaysia pun tidak seramai jumlah penduduk Tokyo.
Thursday, April 4, 2024
TAHUKAH ANDA FASAL SELAT BERING ?
Tahukah anda bahawa Benua Amerika dengan Benua Eropah terpisah oleh Selat Bering dengan jarak hanya 51 batu sahaja (di tempat yang paling sempit). Andainya nanti ada jambatan atau terowong dibina merentasi selat tersebut, maka kita boleh memandu kereta dari Senawang terus ke Amerika Syarikat melalui jalan darat.