Monday, September 30, 2024

KENAPA BUAT RUMAH BESAR-BESAR ?


Pemandangan belakang rumah saya.


Banyak saya dengar orang cakap macam ni,

"Buat apalah rumah besar2 .. akhirnya tinggal berdua je"

Bahkan pernah ada kawan saya yang bertandang ke rumah saya cakap macam tu.

Sebenarnya saya buat rumah ini bukan untuk saya duduk berdua sahaja tapi untuk keselesaan anak2 semasa mereka membesar, meningkat remaja, waktu mereka belajar di kolej atau universiti hinggalah mereka berkahwin.

Untuk itu saya buat rumah 7 bilik tidur berdasarkan kemampuan saya. Lima bilik untuk 5 orang anak saya seorang sebilik. Satu bilik untuk saya dan isteri. Dan satu bilik lagi dijadilan bilik tetamu. Sebenarnya ia tidaklah besar mana pun. Banyak lagi rumah di taman saya ini yang jauh lebih besar. 

Kalau saya nak ikut kata orang, boleh je saya buat rumah 2 bilik tidur. Lagi mudah dan jimat. Anak2 perempuan longgokan dalam satu bilik. Yang lelaki tidur kat ruang tamu. Tetapi saya tak mahu anak2 saya rasa apa yang saya rasa masa kecik2 dulu di mana saya tak pernah rasa ada bilik tidur sendiri. 

Oleh itu bagi anak2 yang mewarisi rumah besar, syukurlah. Hargailah pengorbanan dan keprihatinan ibu bapa anda yang membuat rumah besar, semata2 untuk keselesaan dan privasi anda.

Walaupun sekarang saya hanya tinggal berdua, tapi saya tidak menyesal buat rumah ini kerana ia telah mencapai tujuan saya. Bila saya sudah tiada nanti, terserahlah kpd anak2 saya nak buat apa. Dia nak duduk ke, nak jual ke. Ikut dialah. Masa tu saya dah malas nak ambil tahu.


2 comments:

  1. Apapun biar lah orang nak kata apa yang penting kita selesa dengan anak beranak bila berkumpul beramai-ramai. Cantik belakang rumah pak ngah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib dapat lot atas bukit. Beli dulu booking lot atas kertas je.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.