Wednesday, February 12, 2025

CARA ELAK GETAH NAGKA LEKAT KAT TANGAN.



Buah nangka ini sudah lebih tiga minggu tersimpan dalam peti ais rumah saya. Kelihatannya seperti masih baru 

Sebelum ini saya cukup malas nak buka buah nangka yang dah masak kerana getahnya melekat kat tangan. 

Untuk elakkan getah melekat kat tangan, saya simpan dulu buah nangka tersebut dalam peti sejuk (bukan tempat buat ais) selama 2-3 hari. Sebenarnya lebih lama lebih bagus. Selepas itu, getahnya sudah tiada lagi atau tidak melekat lagi kat tangan. 

Untuk elakkan isinya cepat rosak,  jangan pisahkan ia dari kulitnya. Bila nak makan, ambil isinya sebanyak mana yang dikehendaki dan selebihnya simpan semula dalam peti ais.  Insyaallah isi nangka masih elok selepas 2-3 minggu tersimpan. 

Kalau kita pisahkan isinya dari kulitnya dan simpan dalam peti sejuk,  selepas 2-3 hari ia dah mula berlendir dah tidak sedap dimakan.

8 comments:

  1. Satu petua yang baik.. Baru-baru ni saya balut buah nangka rumah mak saya dengan guni tepung.. Banyak buahnya, sampai tak cukup guni.

    ReplyDelete
  2. terima kasih tipsnya... lady biasa mmg bergelumang dengan getah, tp pakai minyak di tangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut petua ini, Insyaallah boleh elakkan bergelumang dgn getah nangka.

      Delete
  3. Alhamdulillah dapat ilmu baru hari ni. Buah yang sangat saya gemari. Jika ke Semenanjung, biasanya bila ke supermarket, saya akan cari buah ini. Tak pernah biarkan dalam peti sejuk, makan habis sebab tak mahu apa yang Pak Ngah cakap takut berlendir... 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau beli untuk dimakan terus, tiada masalah kena getah kerana biasanya penjual dah ambil isinya shj untuk dijual. Kita terus makan sahaja.

      Delete
  4. Buah peberet ni walaupun orang kata banyak angin. Kalau dapat nagka madu manisnya tak sempat simpan dalam peti sejuk pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga suka tapi tak ada pulak angin. Saya ada tanam 3 pokok kat kawasan masjid. Biasanya saya ambil sepotong je, dan selebihnya untuk orang masjid makan masa berbuka puasa Isnin Khamis.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.