Monday, June 3, 2013

8 TEKA TEKI YANG DAH ADA JAWAPAN.




Jawapannya ada dibawah, tapi jangan tengok dulu. 

1. Apa dia yang boleh dipegang, selalu dilanggar tetapi tidak boleh dilihat ? 

2. Apakah tugasan yang tidak akan dapat kita siapkan ? 

3. Apa benda yang semakin banyak kita ambil, ia semakin luas ?

4. Apa benda milik kita tapi orang lain lebih banyak menggunakannya ? 

5. Bila kita nak guna kita buang, bila dah habis guna kita ambil balik ? 

6. Siapakah orang yang suka cakap-cakap di belakang kita ?

7. Bila kita ada kita nak kongsi, tapi bila dah dikongsi ia hilang ? 

8. Antara ayam dengan telur, yang mana lebih dahulu ?



Jawapan:

1. Janji.
2. Menulis biografi sendiri.
3. Lubang.
4. Nama kita.
5. Sauh.
6. Tukang gunting rambut. 
7. Rahsia.
8. Antara.

Tahniah kalau ada yang dapat semua jawapan betul !  


* Jawapan kepada tekateki bertarikh 27/1/2015 ialah - pokok Aloe Vera.


 



Sunday, June 2, 2013

DUA KALI LIMA.




Akhbar Suara Keadilan tak akan cerita tentang kebaikan UMNO atau aktiviti UMNO. Kalau ada pun berita tentang UMNO adalah untuk memburukkannya. Kalau ada pemberita Suara Keadilan yang memuji aktiviti UMNO, dia sengaja mencari nahas.

Bagitu juga akhbar Utusan Malaysia atau yang seangkatan dengannya, tidak akan menyiarkan cerita tentang kebaikan PAS. Kalau ada pun berita tentang PAS adalah untuk memburukkannya. Kalau ada pemberita yang memuji PAS, bersedialah kemaskan bilik di pejabat.

Jadi semuanya 2 X 5. Kitalah yang kena pandai gunakan akal untuk berfikir secara rasional dan bukannya emosional dan tidak percaya bulat-bulat kepada laporan akhbar-akhbar tersebut. Cuma al-Quran sahaja yang kita wajib percaya bulat-bulat bahkan berdosa kalau kita merasa ragu-ragu walau pun satu huruf.



Saturday, June 1, 2013

TERKENANG SEMASA DULU 78 - PENGALAMAN SAYA MELAWAT RUMAH PANJANG SEMPENA GAWAI DAYAK - 1981.

Hari ini adalah hari Gawai Dayak. Ia umpama sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi orang Islam. Saya nak cerita sikit pengalaman saya melawat rumah panjang semasa hari Gawai Dayak pada tahun 1981. Gawai Dayak disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh dan beberapa ethnik lain selepas selesai menuai padi.

 " It is a thanksgiving day marking good harvest and a time to plan for the new farming season or activities ahead." - Wikipedia.

Masyarakat yang bekerja, belajar atau tinggal di luar kampung halaman, akan berusaha sedaya upaya untuk balik ke kampung masing-masing. Dalam usaha untuk balik ke kampung inilah tragedi bot karam di Belaga, Sarawak baru-baru ini terjadi. Saya pernah menaiki bot ekspres dari Sibu ke Kapit pada tahun 1978 dan dengan itu dapat membayangkan suasana di dalam bot seumpama ini.

Saya pernah bekerja di Sarawak dari tahun 1980 hingga 1981 sebelum saya ditawarkan berkhidmat di luar negara (USA). Walaupun tempoh masa saya bekerja tidak lama, namun banyak kenang-kenangan indah yang tersimpan dalam kotak memori saya. Kalaulah bukan kerana saya ditawarkan berkhidmat di Amerika, mungkin saya bekerja sampai pencen di Sarawak kerana semuanya mudah dan menyenangkan.

Salah satu kenangan yang sukar untuk saya lupakan ialah ketika membuat lawatan ke rumah panjang kampungl salah seorang staf saya. Yang lucunya ada staf saya berbangsa Melayu orang tempatan yang berkata lebih kurang begini kepada saya "terima kasih tuan kerana membuat trip ini sebab saya namanya sahaja orang Sarawak tapi belum pernah lagi melawat rumah panjang".

Kita pergi dengan menaiki kereta sendiri. Perjalanan ke tempat itu mengambil masa cuma kira-kira 2 jam sahaja.

Seterusnya jemput lihat gambar-gambar lama sebagai rakaman lawatan tersebut.


Gambar 1: Sebagai ketua rombongan saya berlakon meminum air tuak itu. Mereka pun faham kenapa kita tak boleh minum.



Gambar 2: Tarian Ngajat .. salah satu dari upacara sambutan.



Gambar 3: Yang ini tidak berlakon - memang saja 'ngajat' betul-betul.


Gambar 4: Makan tengahari. Lauk pauk kita bawa tetapi nasi dan minuman tuan rumah yang sediakan.


Gambar 5: Kaum wanita lepak-lepak selepas makan sambil mengumpat orang lelaki.


Gambar 6: Bergambar ramai anggota rombongan dan penduduk setempat.



Gambar 7: Bergambar lagi .. kali ini di luar rumah pulak.


Gambar 8: Grup perempuan sesama perempuan pulak dan bergambar. Cantik tak fesyen rambut Makngahnya ?


Gambar 9:  Kami berdua mahu juga bergambar.

Kepada anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut secara akademik mengenai Gawai Dayak, silalah baca di sini.

SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI DAYAK KEPADA KAUM IBAN, BIDAYUH DAN LAIN-LAIN YANG MENYAMBUTNYA.